Wednesday 23 January 2013

TUGASAN KAJIAN TINDAKAN T4PS


Pelajar T4PS yang dikasihi,
Selamat mengikuti sesi praktikum 3. Gunakan kesempatan di sekolah untuk melihat sesuatu yang boleh dijadikan bahan kajian. Untuk itu pelajar perlu menyediakan draf tugasan mengikut perkara berikut:
a) Dapatkan tajuk yang sesuai dan menarik berkaitan proses p&p di bilik darjah atau sekolah.
b) Nyatakan objektif kajian.
c) Nyatakan metodologi yang digunakan.
Tugasan perlu dijalankan secara kumpulan, 2 atau 3 orang satu kumpulan mengikut sekolah praktikum. Pelajar dikehendaki memberi maklumbalas dalam blok ini untuk tujuan kerja selanjutnya. Tajuk perlu berbeza antara kumpulan.

20 comments:

  1. selamat maju jaya kepada kakak2 dan abang2 t4PS. Kami sedang berdebar menanti sesi praktikum pertama pada April ini. Doakan semuanya lancar.

    ReplyDelete
  2. diharapkan agar kakak-kakak dan abang-abang berjaya menempuhi fasa praktikum kali ke tiga ini dengan jayanya. Kami warga T3Ps mengaharapkan agar kakak-kakak dan abang-abang dapat berkongsi maklumat berharga untuk kami menghadapi sesi praktikum kami nanti

    ReplyDelete
  3. Shangari Sivabalan12 February 2013 at 13:13

    Masih ingat akan nasihat, tunjuk ajar dan pengalaman berkaitan Praktikum 1 dan 2 yang telah dikongsi oleh abang-abang dan kakak-kakak senior semasa perjumpaan jabatan.. Sesungguhnya, praktikum merupakan masa yang paling sesuai untuk kita mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari di IPG dan berusaha memberikan 100% komitmen dalam mendidik anak murid kita.. Selamat Maju Jaya bagi Praktikum ke-3 ini!

    ReplyDelete
  4. Tajuk -Meningkatkan kemahiran mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia menggunakan alat permainan puzzle dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4

    Objektif Am- Membantu murid mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia menggunakan permainan puzzle dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

    Objektif Khusus-
    1)Mengenal pasti permainan puzzle dapat meningkatkan kemahiran murid mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia.
    2)Mengenal pasti permainan puzzle boleh menjadi bahan bantu mengajar bagi menjadikan sesi P&P menyeronokkan, menarik dan berkesan untuk tajuk 'Mengenal Bendera Negeri-Negeri di Malaysia'
    3)Menilai perbezaan pencapaian ujian murid sebelum dan selepas didedahkan dengan permainan puzzle.

    Metodologi Kajian-
    1)Menjalankan ujian pra
    2)Meminta murid mencantumkan puzzle bagi membentuk bendera negeri-negeri di Malaysia
    3)Membuat 'slide show' bagi menunjukkan hasil kerja murid dan meminta murid mengeja serta menyebut nama negeri tersebut
    4)Menjalankan ujian pos
    5)Menjalankan soal selidik terhadap murid tentang keberkesanan permainan puzzle

    -Syafikah Ainun & Syarfiqa Salwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perluas skop kjian kepada KT atau PSK, bukan topik.

      Delete
  5. Tajuk : Meningkatkan pemahaman murid Tahun 5 mengenai ciri iklim di Malaysia dengan menggunakan peta minda.

    Objektif Am : Membantu murid memahami ciri iklim di Malaysia dengan menggunakan peta minda.

    Objektif Khusus :
    1) mengenal pasti keberkesanan penggunaan peta minda.
    2) mengenal pasti penggunaan peta minda mampu meningkatkan pemahaman murid dalam menguasai tajuk 'Ciri Iklim di Malaysia'

    Metodologi Kajian :
    1) Menjalankan sesi p&p tanpa mengaplikasikan penggunaan peta minda.
    2) Menjalankan ujian pra
    3) Menjalankan sesi p&p dengan menggunakan peta minda.
    4) Menjalankan ujian pos
    5) Menjalankan soal selidik dengan menggunakan borang soal selidik dan lisan tentang keberkesanan penggunaan peta minda kepada murid Tahun 5.

    - Norfarhana, Noor Aziela & Nurul Hanani -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kajian harus ditumpukan kepada subjek bukan topik. Tajuk ok tetapi perlu diperluas kepada subjek KT atau PSK?

      Delete
  6. Tajuk: Meningkatkan kebolehan murid Tahun 5 dalam menghuraikan faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuhan semulajadi dengan menggunakan kaedah eksplorasi komik-geo.

    Objektif Am: Membantu murid memahami faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuhan semulajadi.

    Objektif Khusus:
    1)Membantu murid menerangkan 4 faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuhan semulajadi.
    2)Membantu murid mengetahui bagaimana sesuatu faktor itu dapat mempengaruhi tumbuhan semulajadi.
    3)Menarik minat murid untuk mempelajari tajuk geografi fizikal.
    4)Mengukuhkan kuasa mengingat murid.

    Metodologi Kajian :
    1) Melaksanakan P&P tanpa mengaplikasi kaedah eksplorasi komik-geo.
    2) Melaksanakan ujian pra.
    3) Melaksanakan sesi P&P berbantukan komik-geo.
    4) Melaksanakan ujian pos.
    5) Menjalankan soal selidik dengan menggunakan borang soal selidik mengenai keberkesanan kaedah eksplorasi komik-geo dalam tajuk geografi fizikal.

    -Nazirah & Hayati-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan

      Objektif Am : Mengenalpasti keberkesanan penggunaan kaedah eksplorasi komik-geo dalam meningkatkan kebolehan murid Tahun 5 untuk menghuraikan faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuhan semulajadi.

      Delete
    2. Pelbagaikan topik untuk mengenalpasti kaedah trsebut. Jadi, skop berubah daripada topik kepada mp KT atau PSK.

      Delete
  7. Tajuk : Meningkatkan pemahaman dan ingatan murid tahun 5 mengenai topik Pengasasan Melaka menggunakan teknik lakonan

    Objektif Am : 1) membantu murid memahami dan mengingati topik Pengasasan Melaka menggunakan teknik lakonan

    Objektif Khusus :
    1) mengenalpasti keberkesanan penggunaan teknik lakonan
    2) menarik minat murid untuk mempelajari topik Kesultanan Melayu Melaka
    3) menilai tahap pemahaman murid sebelum dan setelah menggunakan teknik lakonan

    Metodologi Kajian :
    1) Melaksanakan P&P tanpa mengaplikasi teknik lakonan.
    2) Melaksanakan ujian pra.
    3) Melaksanakan sesi P&P menggunakan teknik lakonan
    4) Melaksanakan ujian pos.
    5) Menjalankan soal selidik dengan menggunakan borang soal selidik mengenai keberkesanan teknik lakonan dalam topik pengasasan melaka.

    zakwan, hafezul dan rifaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skop perluas diperluas kepada mp KT atau PSK bukan topik.

      Delete
  8. Tajuk: Meningkatkan Minat Murid Tahun 5 Dalam Matapelajaran Kajian Tempatan Melalui Kaedah
    Permainan Dam Ular Bagi Tajuk Pengasasan Negeri Melaka

    Objektif Am: - Menilai keberkesanan pengaplikasian kaedah permainan Dam Ular untuk meningkatkan
    minat dalam kalangan murid tahun 5 terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan

    Objektif Khusus:
    1) meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan
    2) menilai kebolehan murid untuk menyenaraikan kronologi pengasasan negeri Melaka
    3) melonjakkan penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
    4) membantu murid mengingati isi pelajaran dengan kaedah permainan Dam Ular


    Metodologi Kajian:
    1) melaksanakan P&P mengikut perancangan tanpa kaedah permainan Dam Ular (pemerhatian)
    2) menjalankan ujian pra (mengenalpasti masalah)
    3) mengedarkan borang soal selidik ( mengenalpasti punca masalah)
    4) menjalankan temu bual bersama murid-murid ( mengenalpasti langkah mengatasi)
    5) menjalankan P&P dengan menggunakan kaedah permainan
    6) melaksanakan ujian pos ( mengenalpasti keberkesanan kaedah yang digunakan)

    drpd: Gokila & Amerul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kajian bukan untuk topik pengasasan Melaka sahaja ttapi meliputi pelbagai topik dalam KT atau PSK. Bermakana permainan dam ular dalam mp KT atau PSK.

      Delete
    2. Luaskan skop kepada mata pelajaran bukan topik ye.

      Delete
  9. TAJUK:
    Implikasi token ekonomi terhadap murid-murid Tahun 5 untuk matapelajaran Kajian Tempatan

    OBJEKTIF AM:
    Menilai keberkesanan token dalam kalangan murid tahun 5 terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan

    OBJEKTIF KHUSUS:
    1)Meningkatkan minat murid terhadap Kajian Tempatan
    2)Menggalakkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran
    3)Meningkatkan tahap pencapaian dalam Kajian Tempatan

    METADOLOGI KAJIAN:
    1)Kajian dokumen-fail pencapaian murid
    2)Pemerhatian awal-aplikasi kelas
    3)Soal selidik
    4)Temuramah

    NORHANANI & MUHAMMAD NAQIB

    ReplyDelete
  10. Syabas. Teruskan kajian anda.

    ReplyDelete
  11. pertukaran tajuk kumpulan kami...(fana, ela, kak nani)

    Tajuk : Meningkatkan pemahaman murid Tahun 5 Excellent dalam mata pelajaran Kajian Tempatan secara jigsaw problem solving.

    Objektif Am : Membantu murid memahami dan menambah minat isi pelajaran Kajian Tempatan.

    Objektif Khusus :
    1) mengenal pasti keberkesanan penggunaan jigsaw problem solving
    2) mengenal pasti penggunaan jigsaw problem solving mampu meningkatkan pemahaman murid dalam menguasai tajuk 'Ciri Iklim di Malaysia'

    Metodologi Kajian :
    1) Kajian dokumen - fail pencapaian murid.
    2) Menjalankan sesi p&p tanpa mengaplikasikan penggunaan jigsaw problem solving.
    3) Menjalankan ujian pra
    4) Menjalankan sesi p&p dengan menggunakan jigsaw problem solving.
    5) Menjalankan ujian pos
    6) Menjalankan soal selidik dengan menggunakan borang soal selidik dan lisan tentang keberkesanan penggunaan jigsaw problem solving kepada murid Tahun 5 Excellent.

    daripada : farhana, aziela, nurul hanani

    ReplyDelete