Tuesday 22 January 2013

DIALOG KERJASAMA BSN-KGMMB


Dialog berlangsung pada 22 Januari 2013 (Selasa), jam 2.30 petang di Pejabat KGMMB, Jalan Sentul, Kuala Lumpur. Tn. Hj. Mohamad Sabri selaku Pengerusi Koperasi KGMMB membuka dialog dengan mengucapkan selamat datang kepada wakil dari BSN. Beliau seterusnya memperkenalkan pegawai-pegawai Koperasi KGMMB Bhd dan KGMMB. Tn. Hj. Jamaludin Jali dan Cikgu Roslan Saadon dijemput mewakili Pegawai Kanan KGMMB. Tn. Hj. Sabri seterusnya menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dalam urusan perniagaan dan pengurusan. En. Kamarudin, Pengurus Besar dari BSN Bandaran menyambut baik cadangan dan hasrat KGMMB. Beliau seterusnya memaklumkan kerjasama yang boleh dijalankan oleh BSN-KGMMB. BSN menguruskan sejumlah bilion ringgit untuk membayar gaji kakitangan awam dan swasta di Malaysia. Pelbagai produk diuruskan oleh BSN dan ahli-ahli KGMMB boleh menggunakannya. Antara perkhidmatan yang diperlukan oleh KGMMB adalah pembayaran gaji staf melalui BSN, simpanan tetap wang KGMMB dan peinjaman yang boleh disediakan kepada ahli KGMMB. 

8 comments:

  1. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan kerjasama yang boleh dijalinkan bersama pihak BSN.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. BSN ada menyediakan skim insuran, ASB, pinjaman peribadi, penjaman kenderaan dan sebagainya. KGMMB bersama kesatuan guru lain merancang menubuhkan tabung kebajikan guru yang melibatkan sokongan kerajaan dengan menggunakan BSN sebagai panel bank.

      Delete
  2. BSN merupakan salah satu sistem perbankan kerajaan yang selaras dengan peranannya untuk terus
    menyokong aspirasi Kerajaan demi menjamin kesejahteraan hidup rakyat.

    ReplyDelete
  3. Diharapkan kerjasama yang terjalin dapat berjalan dengan lancar....

    ReplyDelete
  4. Shangari Sivabalan7 February 2013 at 23:43

    kita perlu sentiasa bersikap proaktif dan inovatif dalam berusaha membuka pintu baru bagi memajukan diri..perkongsian kemahiran dan kerjasama satu langkah yang bijak dan menunjukkan satu usaha yang baik di antara kedua-dua pihak!

    ReplyDelete