Saturday 12 January 2013

PERBINCANGAN 2 SUMBER P&P


Pelajar T3PS,
Seorang guru juga boleh mengajar dengan baik tanpa sumber P&P. Berdasar pengalaman dan pengetahuan anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada guru yang boleh mengajar dengan baik walaupun tanpa sumber P&P?

11 comments:

  1. Mengajar tanpa sumber pnp kebiasaanya digunakan oleh guru-guru lama. Sebagai seorang pelatih guru, amatlah sukar bagi seseorang itu mengajar tanpa sumber pnp. Hal ini disebabkan guru tidak mempunyai kemahiran dalam mengajar. Sumber pnp inilah yang menjadikan objektif pnp tercapai. Namun begitu, mereka yang mempunyai kemahiran interpersonal yang baik boleh mengajar tanpa menggunakan sumber pnp. Mereka ini akan mengajar dengan menggunakan apa yang mereka ada.

    ReplyDelete
  2. Guru dapat menjalankan pnp tanpa menggunakan abm dengan menlaksanakan aktiviti yang berbentuk sesi soal jawab dan berunsurkan penglibatan murid secara aktif

    ReplyDelete
  3. Guru dapat menjalankan pembelajaran dengan berkesan tanpa menggunakan sumber kerana memiliki sesuatu ciri2 yg istemewa. Yg pertama ialah guru tersebut perlulah mempunyai tone suara yg tinggi, jelas dan kuat. Selain itu juga guru tersebut juga perlulah menyelitkan unsur-unsur humor ataupun unsur kecindan dalam setiap percakapan beliau yang boleh mnarik perhatian murid. Selain itu juga guru perlulah mempunyai perwatakan yang menarik. Sebagai contoh meemakai baju yang kemas dan rambut yang kemas turut akan menarik perhatian murid.

    ReplyDelete
  4. Terlebih dahulu saya ingin menyokong kenyataan bahawa seorang guru juga boleh mengajar dengan baik tanpa sumber P&P.Pada pendapat saya,ciri-ciri yang ada pada diri guru itu merupakan satu aspek paling penting bagi menentukan samada pengajaran yang dilakukan berjaya dan membantu murid mencapai matlamat pembelajaran yang dikehendaki. Ciri yang pertama merupakan aspek kualiti pada diri guru,contohnya kualiti penyampaian suara semasa mengajar seperti kelantangan dan intonasi yang sesuai. Selain itu,tanpa bahan PnP,guru masih boleh memanfaatkan kemahiran komunikasi interpersonal yang baik sebagai satu langkah bagi menyampaikan isi pengajaran dengan baik kepada murid.

    ReplyDelete
  5. Seorang guru juga boleh mengajar dengan baik tanpa sumber P&P kerana seorang guru itu sendiri adalah sumber pengajaran dan pembelajaran kepada murid. sebagai seorang guru, sebarang kemungkinan perlu ditangani dengan bijak dalam mengendalikan pengajaran yang memungkinkan risiko ketiadaan sumber pnp. oleh itu, guru perlu mendalami ilmu yang hendak diajar terlebih dahulu bagi memastikan ilmu pengetahuan dan maklumat yang hendak disampaikan tepat dan bersesuaian dengan pengetahuan dan keupayaan murid. selain itu, guru boleh memanfaatkan segala kemudahan sedia ada di sekolah termasuklah pusat sumber, makmal komputer dan sebagainya dalam membantu murid mencapai hasil pembelajaran. selain itu, tidak semestinya seorang guru memainkan peranan secara menyeluruh, guru boleh melibatkan murid secara maksimum dalam usaha melatih dan memantapkan segala kemahiran-kemahiran sedia ada murid. tambahan pula, nilai keguruan perlu ada dalam diri guru termasuklah keyakinan dalam menyampaikan ilmu, keberkesanan dalam pengajaran, kemantapan kemahiran interpersonal dan intrapersonal, pengajaran secara kreatif dan kritis dan memberi peluang penglibatan murid secara menyeluruh .

    ReplyDelete
  6. Pada pendapat saya, guru boleh mengajar dengan berkesan juga tanpa sumber p&p. Sumber p&p sememangnya penting tetapi keperibadian guru itu lagi penting sebenarnya. Dalam proses mengajar dan belajar, guru dituntut memiliki pelbagai pengetahuan dan pemahaman yang bermanfaat untuk menimbulkan dan meningkatkan proses pembelajaran pelajarnya, sehingga proses belajar yang dibimbingnya berjaya secara optimal. Oleh kerana itu, guru perlu memahami dan menghayati serta menerapkan pelbagai prinsip dan teknik-teknik untuk membangkitkan dan meningkatkan pembelajaran pelajar. Memang banyak sekali prinsip dan teknik yang berbeza-beza perlu diketahui oleh guru. Berbeza mata pelajaran, berbeza keperibadian pelajar, dan berbeza keperibadian guru menuntut perbezaan prinsip dan teknik yang dipakai oleh pelajar. Oleh kerana itu, perbezaan mata pelajaran, keperibadian pelajar dan keperibadian guru harus dipertimbangkan dalam memilih prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang akan dipakai dalam mengajar pelajar walaupun tanpa sumber p&p.

    ReplyDelete
  7. pada pendapat saya, terdapat beberapa ciri pengajaran dan penyampaian guru berkesan yang boleh memudahkan murid berfikir dan memahami isi pelajaran yang disampaikan guru walaupun tanpa sumber P&P. Guru perlu memiliki ciri-ciri positif seperti pertuturan yang jelas, pertuturan yang bersemangat, komunikasi dua hala yang baik, penyoalan,rangsangan,penglibatan,dan maklum balas.

    ReplyDelete
  8. bagi menjalan sesi p&p tanpa sumber ABM perkara pertama yang guru perlu beri perhatian ialah guru perlu mempunyai suara yang lantang dan intonasi yg sesuai. hal ini kerana dengan suara yang sebegini dapat membantu guru untuk menarik perhatian murid untuk menumpukan perhatian di dalam kelas.

    ReplyDelete
  9. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sesi P&P masih dapat dilaksanakan dengan berkesan walaupun guru tidak menggunakan sumber P&P ataupun ABM….Di sini, guru itu sendiri memainkan peranan penting dan boleh menggunakan dirinya sebagai sumber P&P semaksimum mungkin….. Namun, guru tersebut perlu memiliki ciri-ciri tertentu…... Yang pertama, guu tersebut perlu mempunyai gaya penyampaian yang menarik, sebutan dan intonasi yang jelas. Ini penting untuk mengelakkan murid dari terleka…... yang kedua, guru mengambil masa ‘take 5’ semasa P&P untuk membincangkan isu2 semasa yang diketahui murid , sama ada bekaitan topik pelajaran ataupun tidak secara santai. Ini dapat menggalakkan penglibatan aktif murid…...yang ketiga, guru haruslah mengenali setiap murid dan bersikap mesra semasa P&P. Ini dapat mengelakkan murid berasa tertekan dan mudah menerima pengajaran guru….. yang keempat, guru mengadakan interaksi 2 hala semasa P&P. Walaupun tiada ABM, cara ini masih boleh digunakan…...yang kelima, guru menyelitkan unsur jenaka dalam P&P. Ini dapat mengelakkan kebosanan…..

    ReplyDelete
  10. pada pendapat saya, sumber pnp dalam pembantu guru yang baik. Namun begitu, guru itu sendiri perlu juga mempunyai ciri-ciri tertentu yang boleh menarik minat pelajar dala menimba ilmu. Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan penuh yakin. Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat mengawal kelas dengan baik kerana beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk merancang dan mengajar dengan baik. selain itu, guru yang bersemangat akan mempamerkan keyakinan dalam perkara yang hendak diajar. Guru berkenaan menunjukkan kesungguhan semasa mengajar melalui nada suara dan gerak geri yang menunjukkan bahawa perkara yang hendak diajar adalah penting dan menarik.

    ReplyDelete
  11. Shangari Sivabalan7 February 2013 at 23:56

    Guru yang baik adalah seseorang yang boleh membantu pelajar memperolehi sebanyak mungkin ilmu dari pengajarannya..guru perlulah mempunyai personaliti yang bermotivasi agar murid berasa berminat untuk mencari ilmu.. guru juga perlu mahir dari aspek pengurusan hubungan dalam bilik darjah.. Unsur kecindan atau "sense of humor" juga amat perlu dalam diri seorang guru agar berupaya mengekalkan minat murid dalam P&P meskipun tanpa penggunaan ABM.. guru juga perlu bersikap positif terhadap murid dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dan galakan agar timbul satu kemesraan dan rasa hormat terhadap diri guru tersebut. Sekiranya seseorang guru mempunyai ciri-ciri ini, pengajaran yang berkesan masih mampu dijalankan meskipun tanpa penggunaan ABM. Sekian.

    ReplyDelete