Thursday 8 April 2010

Pembatalan/ Tundaan Program Cintai Alam Sekitar

Yang dikasihi para pelajar 2KS,
Program dibatalkan berikutan gempa bumi yang berlaku di negara jiran. Walaupun diumumkan tiada berlaku kejadian tsunami, namun dalam keadaan begini adalah lebih baik kita mengambil langkah berwaspada. Hasil perbincangan dengan KJ, keputusan dibuat supaya tarikh tersebut ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Apa yang anda faham dengan maksud tsunami dan mampukan manusia mengatasi atau menangani tsunami?

Tuesday 6 April 2010

Program Cintailah Alam Sekitar

Program perkhemahan selama 2 hari satu malam berlangsung pada 9 - 10 April 2010 di Pantai Karachut, Teluk Bahang. Program melibatkan pelajar 2KS yang bertujuan untuk menghayati keindahan flora dan fauna yang banyak memberikan nikmat kepada kehidupan manusia. Para pelajar terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti 'jungle tracking', mendirikan khemah, melihat spesis flora dan fauna, menyaksikan penyu bertelur dan sebagainya. Program tersebut di bawah bimbingan dan seliaan En. Roslan Saadon & Dr. Muhammad Raini.