Wednesday 9 January 2013

PERBINCANGAN T4PS


Semua Pelajar T4PS,
Mengapa Kajian Tindakan penting kepada seorang guru?

22 comments:

  1. Para pelajar boleh dapatkan maklumat daripada modul KPM yang diberi. Pelajar perlu membaca dan fahamkannya. Jika kurang jelas sila kemukakan kepada saya.

    ReplyDelete
  2. Walaupun saya belum berpeluang mendapat pendedahan mengenai kajian tindakan, namun saya berminat bagi mendalaminya.

    ReplyDelete
  3. terbaik la kajian tindakan...

    ReplyDelete
  4. kajian tindakan sebenarnya SANGAT PENTING kerana ia menjadi satu bukti tahap kualiti pendidikan dan penyelidikan guru-guru.

    ReplyDelete
  5. kajian tindakan penting kerana membantu pelajar mengkaji tentang suatu permasalahan yang terdapat di sekolah dan dunia pendidikan

    ReplyDelete
  6. Kajian tindakan penting kerana membantu membuat penambahbaikan terhadap pengajaran guru.

    ReplyDelete
  7. listen. let me speak16 January 2013 at 09:08

    kajian tindakan penting kerana dapat memupuk budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik

    ReplyDelete
  8. Kajian tindakan penting kerana guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dan memperbaiki amalan sendiri

    ReplyDelete
  9. Kajian Tindakan perlu dilaksanakan di sekolah adalah untuk mengenalpasti sesuatu masalah yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah dan perkaitannya dengan penguasaan ilmu pengetahuan. Contohnya,kelemahan teknik dan strategi pengajaran guru menyebabkan murid-murid lambat untuk menguasai isi pelajaran. Oleh itu,dengan adanya kajian tindakan ini, sesuatu masalah akan dapat dikupas dan langkah penyelesaian yang paling sesuai untuk masalah tersebut akan dapat diperkemas lagi (",) FIN T4PS

    ReplyDelete
  10. pada pendapat saya, kajian tindakan penting kepada guru agar dapat menyelesaikan masalah yang timbul,mencari alternatif-alternatif penyelesaian terbaik serta dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru. kajian tindakan ini juga dapat meningkatkan kemahiran guru.

    ReplyDelete
  11. kajian tindakan penting kepada seorang guru, supaya seseorang guru itu dapat mengenalpasti masalah2 yang sering diadapi semasa proses p&p, dan dapat mencari penyelesaian kepada masalah tersebut, agar objektif p&p dapat dicapai dengan baik oleh semua murid. selain itu, guru juga dapat melakukan penambahbaikan dalam pengajaran dan kawalan kelas mereka...

    ReplyDelete
  12. pada pendapat saya, kajian tindakan amat penting dilakukan oleh semua guru kerana melalui kajian yang dilakukan, segala kelemahan dalam pendidikan yang disampaikan kepada pelajar dapat dikaji dan diselesaikan jika terdapat sebarang masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. melalui kajian tindakan juga, inovasi dalam pendidikan juga dapat dipacu dan memurnikan lagi pendidikan di semua peringkat tak kira peringkat rendah, menengah mahupun tinggi.

    ReplyDelete
  13. saya masih belum mendalami tentang kajian tindakan. tetapi, apa yang saya tahu adalah, kajian tindakan merupakan proses yang dilakukan untuk membuat perubahan atau penambahbaikkan supaya dapat memperbaiki segala kelemahan serta dapat meningkatkan tahap pencapaian seseorang ke tahap yang lebih baik.

    ReplyDelete