Wednesday 27 March 2013

PENYERAHAN JURNAL BERWASIT


Buat kali pertama IPGKPP berjaya melahirkan sebuah jurnal berwasit hasil kerjasama Jabatan Penyelidikan dan Inovasi bersama para pensyarah institut dengan universiti luar. Jurnal Penyelidikan, Bil. 4, Disember 2012, dinaik taraf sebagai jurnal berwasit melalui proses penilaian dalaman dan luaran. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan inisiatif yang tinggi daripada Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPGKPP, maka Dr. S. Balasubramaniam, Ketua Jabatan JPIPK telah menyerah secara rasmi senaskhah jurnal tersebut kepada beliau. Jurnal Pendidikan Gerak yang merupakan jurnal terbitan tahunan IPGKPP juga diserahkan. Penyerahan rasmi kepada pengarah diadakan pada 8 Mac 2013, di Pejabat Pengarah. Dr. S. Balasubramaniam disertai oleh pensyarah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi yang terdiri daripada Dr. Tan Huat Tian, Dr. Chee kim Mang dan En. Roslan Saadon. Dalam pertemuan tersebut Tn. Hj. Khalid mengucapkan tahniah atas kejayaan menghasilkan jurnal tersebut dan menggesa jabatan mencari jalan meningkatkan lagi budaya penyelidikan di institut. Dr. S. Balasubramaniam selaku ketua jabatan memaklumkan bahawa pelbagai program telah disusun dan akan sentiasa berusaha membantu para pensyarah melibatkan diri dalam penyelidikan. 

Saturday 23 March 2013

TAKLIMAT KAD BARU KGMMB IHSAN FAZIL AGENCY

Taklimat berlangsung di Pejabat KGMMB, Jalan Sentul, Kuala Lumpur pada 23 Mac 2013. Y.Bhg Datuk Hj. Fazil bin Hj. Shafie, Pengarah Urusan Fazil Agency menyampaikan taklimat kepada Ahli Majlis Jawatankuasa KGMMB berkaitan kad yang ditawarkan. Kad tersebut merupakan kad keahlian baru KGMMB yang dikeluarkan oleh Fazil Agency. Kos kad berharga RM10.00 dan ahli cuma perlu membayar hanya RM2.50. Fazil Agency menanggung baki kos sebagai bayaran mengiklan Fazil Agency di dalam kad tersebut. Maklumat yang akan dimuatkan dalam kad tersebut adalah nama, nombor keahlian KGMMB dan Koperasi KGMMB Bhd, serta nombo-nomborr keahlian insuran. Dengan kewujudan kad baru ini diharap dan dipercayai keahlian KGMMB dan Koperasi KGMMB Bhd meningkat. 

Saturday 16 March 2013

PERBINCANGAN MEJA BULAT 1

Perbincangan Meja Bulat 1 anjuran Jabatan Penyelidikan IPGKK melibatkan pensyarah IPGKPP dan dua orang pegawai dari PPD Tengah, Seberang Perai Tengah. Program dianjurkan oleh Jabatan Penyelidikan sebagai penganjur dan Jawatankuasa Akademik. Perbincangan Meja Bulat 1 dijalankan pada 15 Mac 2013, jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat 1-7, Blok Baru, IPGKPP. Tajuk yang dibicarakan adalah Perkongsian Pintar LINUS yang disampaikan oleh dua orang FasiLINUS dari PPD Tengah. Ceramah diselang seli dangan soaljawab yang membincangkan keperluan PPD dan khidmat yang boleh disalurkan oleh pensyarah IPG sebagai 'service enggagement'. Perbincangan menjadi lebih bermakna kerana melibatkan Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPGKPP yang turut memberikan maklumat dan pandangan. Beliau bangga dengan usaha PPD dalam pelaksanaan LINUS dan menggalakkan para pensyarah membantu menjayakan LINUS di PPD dan sekolah.

BENGKEL PENYELIDIKAN 1

Bengkel anjuran Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPGKPP ini berlangsung di Bilik Angsana pada 14 Mac 2013, bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Para peserta terdiri daripada para pensyarah IPGKPP dari pelbagai jabatan dan unit. Dr. Balasubramaniam dan Dr. Tan Huat Tian bertindak selaku penceramah/fasilitator bengkel tersebut. Dr. Tan Huat Tian memberikan input berkaitan penyediaan dan penulisan proposal, manakala Dr. Balasubramaniam pula memberikan input berkaitan penyelidikan kuantitatif. Selepas input disampaikan, bengkel dibuka untuk sesi soaljawab. Bengkel yang diselaras oleh Dr. Suah See Ling ini berlangsung dengan baik dan lancar. Bengkel Penyelidikan 2 akan berlangsung pada 9 Mei 2013.