Saturday 5 January 2013

STAF JPIPK IPGKPP DIPINJAMKAN KE SEMEO RECSAM


Dr. Nur Jahan Ahmad dipinjamkan ke SEMEO-RECSAM selama 2 tahun bermula dari 1 Januari 2013. Beliau dilantik sebagai Research Specialist Sains di Unit Penyelidikan SEMEO-RECSAM. Sebagai ingatan dan rasa bangga dengan pencapaian Dr. Nur Jahan, JPIPK institut meraikan beliau di White Coffee Cafe di E-Gate, Gelugor pada 3 Januari 2012. Anggota-anggota Jabatan yang hadir ialah Dr. Balasubramaniam (KJ), Dr. Tan Huat Tian, Dr. Chee Kim Mang, Dr. Suah See Ling, dan En. Roslan Saadon. Ketua Jabatan, Dr. Balasubramaniam menyampaikan ucapan dengan mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan Dr. Nurjahan serta mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan tenaga beliau semasa berada dalam JPIPK. Dr. Balasubramaniam turut menyampaikan cenderamata sumbangan daripada pensyarah jabatan kepada Dr. Nur Jahan.

4 comments:

  1. Sekalung tahniah dan syabas buat semua yang terlibat.

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada Dr Nurjahan atas diberi kepercayaan untuk menjadi Research Specialist Sains di Unit Penyelidikan SEMEO-RECSAM. Anda hebat !

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH diucapkan buat Dr. Nurjahan...... Semoga ramai lagi yang akan mengikuti jejak langkah beliau....

    ReplyDelete
  4. Shangari Sivabalan7 February 2013 at 23:58

    Tahniah Dr. Nurjahan.. Semoga maju jaya..

    ReplyDelete