Tuesday 22 January 2013

MESYUARAT JK MENANGANI BEBAN TUGAS GURU


KGMMB menghantar 4 orang wakil ke Mesyuarat Pemuafakatan Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) Bersama Kesatuan Guru. Mesyuarat tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Aras 6, Blok E13, KPM, Putrajaya pada 22 Januari 2013 bermula jam 9.00 pagi. KGMMB diwakili oleh Tn. Hj. Mohamad Sabri Arshad, Tn. Hj. Jamaludin Jali, En. Roslan Saadon dan En. Mohd Said Hussin. Mensyuarat berkisar tentang status pelaksanaan 28 perakuan menangani 14 isu beban tugas guru, perbincangan isu baru beban tugas guru dan hal-hal lain. Anggota mesyuarat terdiri daripada Bahagian-bahagian dalam KPM dan kesatuan-kesatuan guru. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Sektor, Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Tn. Hj. Mohamad Sabri, Presiden KGMMB memainkan peranan yang aktif dengan memberikan banyak komen dan pandangan. Beliau juga mengemukakan pelbagai isu baru berkaitan beban tugas guru. Mesyuarat berlangsung dengan penuh harmoni dan kaya dengan pelbagai idea yang positif.

8 comments:

  1. Tugas seorang guru bukanlah satu perkara yang mudah dan memerlukan begitu banyak komitmen dan usaha. Seorang guru yang baik tidak harus berasa terbeban dengan segala tanggungjawab sebagai seorang guru. Dewasa kini,memang tidak dinafikan guru dubebani dengan tugas yang lebih berat berbanding zaman dahulu,namun apa yang harus ditanam dalam diri ialah kesungguhan kita dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa

    ReplyDelete
  2. Shangari Sivabalan4 February 2013 at 23:38

    Guru adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam pendidikan dan pengajaran, kerana gurulah yang akan bertanggungjawab dalam membentuk peribadi seorang murid. Namun, bidang tugas masa kini memerlukan guru berperanan lebih daripada mengajar sahaja dan ramai yang telah menyuarakan ketidakpuasan di hati. Apa yang boleh dilakukan adalah memandang bidang tugas guru dari segi positif dan menimba pengalaman yang secukupnya selain daripada memberikan yang terbaik bagi mendidik anak bangsa.

    ReplyDelete
  3. Sebagai seorang pendidik yang memahami fungsi dan tugasnya, guru khususnya ia dibekali dengan berbagai ilmu keguruan sebagai dasar, disertai pula dengan seperangkat latihan keterampilan keguruan dan pada kondisi itu pula ia belajar mempersosialisasikan sikap keguruan yang diperlukannya. Guru yang memahami fungsi dan tugasnya tidak hanya sebatas dinding sekolah saja, tetapi juga sebagai penghubung sekolah dengan masyarakat yang juga.

    siapa kata guru mudah tugasnya? :)

    ReplyDelete
  4. Memang tidak dapat dinafikan tugas guru pada masa kini lebih mencabar bebanding zaman dahulu..... Namun, ia bukanlah satu alasan untuk mengabaikannya...... Anggaplah ia sebagai satu cabaran. Mudah-mudahan Tuhan memberkati....
    ** Selamat Maju Jaya **:)

    ReplyDelete