Thursday 8 April 2010

Pembatalan/ Tundaan Program Cintai Alam Sekitar

Yang dikasihi para pelajar 2KS,
Program dibatalkan berikutan gempa bumi yang berlaku di negara jiran. Walaupun diumumkan tiada berlaku kejadian tsunami, namun dalam keadaan begini adalah lebih baik kita mengambil langkah berwaspada. Hasil perbincangan dengan KJ, keputusan dibuat supaya tarikh tersebut ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Apa yang anda faham dengan maksud tsunami dan mampukan manusia mengatasi atau menangani tsunami?

Tuesday 6 April 2010

Program Cintailah Alam Sekitar

Program perkhemahan selama 2 hari satu malam berlangsung pada 9 - 10 April 2010 di Pantai Karachut, Teluk Bahang. Program melibatkan pelajar 2KS yang bertujuan untuk menghayati keindahan flora dan fauna yang banyak memberikan nikmat kepada kehidupan manusia. Para pelajar terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti 'jungle tracking', mendirikan khemah, melihat spesis flora dan fauna, menyaksikan penyu bertelur dan sebagainya. Program tersebut di bawah bimbingan dan seliaan En. Roslan Saadon & Dr. Muhammad Raini.

Wednesday 13 January 2010

Kerja Rumah Pengenalan Pengajian Sosial

Salam satu Malaysia.

Pelajar KSED yang dikasihi sekalian.
Untuk persediaan kelas pada minggu hadapan, sila dapatkan maklumat berkaitan tajuk "Pengajian Sosial, Definisi, Matlamat dan Tujuan" dalam buku dan laman sawang-sawang berikut"

1. Sekolah Pembangunan Sains Sosial, UUM, 1988. Pengenalan Kepada Sains Sosial(Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors)
2. http://www.socialstudies.org/standards/introduction/?print-friendly=true

Friday 8 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat tahun baru kepada semua pelajar Pengajian Sosial, IPG Kampus Pulau Pinang. Semoga anda semua lebih ceria, bermotivasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas harian. Tahniah diucapkan kepada pelajar Major Pengajian Sosial PISMP Semester 1 kerana berjaya mengikuti program persediaan dengan jayanya. Kita akan berjumpa dalam semester ini untuk kursus Pengenalan Pengajian Sosial. Jadikan blog ini untuk kita sentiasa berinteraksi dalam hal pelajaran. Terima kasih.