Seminar tersebut berlangsung selama 2 hari di Dewan Utama, IPG Kampus Pulau Pinang bermula daripada 18 hingga 19 Mac 2014. Tn. Hj. Nazri dari UiTM dijemput khas membicarakan OBE yang menjadi perkara penting dalam meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi dan seterusnya mendapat pengiktirafan MQA. Turut sama dalam seminar ini ialah para pensyarah dari IPG Kampus Tuanku Bainun dan IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Darul Aman dan IPG Kampus Perlis.
Wednesday, 19 March 2014
Tuesday, 18 March 2014
TEMURAMAH TYT YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG
Pada 17 Mac 2014 (Isnin) di Seri Mutiara bermula jam 9.00 malam satu majlis temuramah TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Hj. Abdul Rahman bin Hj. Abbas dijalankan oleh Prof. Madya Datin Dr. Mahani Musa dan Cikgu Roslan Saadon. Turut dijemput hadir dalam majlis temuramah itu ialah Y.Bhg. Prof. Dato' Abu Talib Ahmad. Temuramah dijalankan bagi tujuan mendapatkan maklumat untuk menghasilkan buku Biografi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Penghasilan buku biografi ini diterajui oleh Gapena dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu, UPSI. Para penulisnya terdiri daripada pensyarah UPSI, USM, IPG dan pemimpin Gapena.
Sunday, 16 March 2014
PELANCARAN PROGRAM KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) IPGKPP
Pelancaran KBAT IPGKPP disempurnakan oleh Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPGKPP yang berlangsung pada 14 Mac 2014, di Gelanggara bermula jam 8.00 pagi. Program bermula dengan ucapan aluan daripada Dr. Mohd Azhar Bahari selaku Penyelaras KBAT dan disusuli oleh ucapan perasmian oleh Pengarah. Sejurus tamat ucapan, Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad diminta melancarkan program melalui gimik yang disediakan oleh Jawatankuasa KBAT IPGKPP. Dalam ucapannya, Pengarah memaklumkan akan kepentingan KBAT dalam membentuk generasi masa depan yang lebih kratif, inovatif dan kritikal. Finland sebuah negara yang kecil tetapi berjaya menjadi sebuah negara yang hebat hasil sisitem pendidikan yang cemerlang. Satu daripada amalan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Finland ialah KBAT. Justeru, sebagai Pusat KBAT di zon utara, semua warga IPGKPP perlu sentiasa mengamalkan KBAT terutama dalam PdP dan pembinaan soalan tugasan mahupun peperiksaan.
MESYUARAT JK INDUK FORUM REMAJA 2014
En. Roslan Saadon mewakili Presiden KGMMB menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Induk Forum Remaja 2014 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Tun Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 11 Mac 2014 bermula jam 11.00 pagi. Antara perkara yang dibincangkan ialah penyusunan pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan, penghakiman, persediaan tempat, kewangan dan sebagainya. Mesyuarat juga menjelaskan peranan KGMMB sebagai penganjur bersama dan sumbangan yang diberikan iaitu Piala Pusingan (baharu) dan peruntukan wang sebanyak RM5,000.00. Satu perkara yang menarik dalam mesyuarat ini ialah cadangan menamakan Piala Pusingan forum tersebut sempena nama tokoh-tokoh tertentu. Cadangan tersebut dikemukakan oleh Pegawai Bahasa daripada DBP Cawangan Sarawak. Majlis bersetuju menyerahkan cadangan tersebut kepada KGMMB untuk memikirkan nama piala dan seterusnya dikemukakan kepada pihak DBP dan KPM untuk persetujuan. KGMMB juga bersetuju agar piala lama disimpan oleh DBP atau KPM sebagai bahan arkib. Gambar menunjukkan En. Roslan Saadon nombor dua dari kiri bergambar bersama beberapa orang pegawai JPN dan DBP selepas tamat mesyuarat.
HARI TERAKHIR PERKHIDMATAN PN ZAINURIAH AWANG KECHEK
Selaku seorang kakitangan kerajaan yang sangat komited, beliau terus menabur bakti menguruskan persiapan tempat dan pentas untuk Majlis Deklamasi Puisi di Bukit Coombe. Selaku Ketua Jabatan Matematik, beliau bersama rakan-rakan pensyarah di jabatan itu bertungkus lumus menguruskan persiapan tempat dan pentas. Pn. Zainuriah tidak meninggalkan IPG tepat pada jam 5.00 petang 3 Mac 2014 iaitu tarikh dan masa persaraan wajib beliau. Atas permintaan Pengarah, beliau menamatkan tugasnya di Bukit Coombe sehingga tamat majlis. Sebagai tanda penghargaan, IPG memohon YB Sr. Hj. Muhamad Farid Hj. Saad, ADUN Pulau Betong menyampaikan sijil persaraan kepada Pn. Zainuriah. Majlis clock out pada malam itu menjadi bertambah meriah apabila disertai juga oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Seri Md. Salleh Yaapar, Y.Bhg. Dato' Seri Mohd Yusoff Latiff, Y.Bhg. Datuk Dr. Awang Sariyan dan beberapa orang tetamu VVIP. Sebelum sijil penghargaan disampaikan, Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad selaku Pengarah menyampaikan ucapan terima kasih atas sumbangan dan perkhidmatan cemerlang yang telah dicurahkan oleh Pn. Zainuriah selaku pensyarah di IPGKPP.
Monday, 10 March 2014
KEJOHANAN BALAPAN & PADANG IPGKPP KALI KE-44
Kejohanan tersebut berlangsung di padang institut pada 8 Mac 2014 bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.15 petang. Kejohanan balapan dan padang ini merupakan anjuran bersama pelajar PISMP Semester 5, pelajar DPLI, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Unit Kokurikulum dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Pelbagai acara balapan dan padang dipertandingkan dan ia berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh dengan semangat kesukanan. Anathasia Thomas, pemenang pingat emas Lari 3000 Meter Berhalangan dalam Kejohanan SUKIPT 2014 menerima medal pada hari tersebut disampaikan oleh Tuan Pengarah. Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPGKPP merasmikan pembukaan dan penutupan kejohanan tersebut.
Tuesday, 4 March 2014
DEKLAMASI PUISI DI BUKIT COOMBE
Majlis Deklamasi Puisi di Bukit Coombe berlangsung dengan jayanya pada malam 3 Mac 2014 dengan kehadiran TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Hj. Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang selaku tetamu istimewa. Program bermula jam 8.30 malam di Gelanggara, IPG Kampus Pulau Pinang, disertai oleh para pensyarah, para pelajar IPG Kampus Pulau Pinang, ahli-ahli Peradaban, warga USM, pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun dan pendeklamator jemputan. Tetamu kehormat yang turut menyerikan majlis ialah YB Sr. Hj. Muhamad Farid Hj. Saad, ADUN Pulau Betong/ Penasihat Peradaban; Y.Bhg. Prof. Dato' Seri Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Y.Bhg. Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP; Y.Bhg. Dato' Seri Mohd Yusoff Latiff, Yang Dipertua Pemenang; Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPGKPP dan En. Abdul Nasir Mohd Razali, Pengarah DBP Wilayah Utara. Sesungguhnya, majlis deklamasi ini memberikan kefahaman dan penghayatan kepada semua tentang betapa pentingnya pemeliharaan budaya bangsa. Majlis ini juga menunjukkan bahawa kolaborasi antara Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang (Peradaban), DBP dan IPG telah membuahkan hasil yang besar dan bermanfaat untuk semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)