Monday 10 March 2014

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG IPGKPP KALI KE-44

Kejohanan tersebut berlangsung di padang institut pada 8 Mac 2014 bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.15 petang. Kejohanan balapan dan padang ini merupakan anjuran bersama pelajar PISMP Semester 5, pelajar  DPLI, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Unit Kokurikulum dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Pelbagai acara balapan dan padang dipertandingkan dan ia berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh dengan semangat kesukanan. Anathasia Thomas, pemenang pingat emas Lari 3000 Meter Berhalangan dalam Kejohanan SUKIPT 2014 menerima medal pada hari tersebut disampaikan oleh Tuan Pengarah. Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPGKPP merasmikan pembukaan dan penutupan kejohanan tersebut. 





No comments:

Post a Comment