Friday 21 March 2014

BEKAS PELAJAR MTC SESI 1980-81

Datuk Haji Ibrahim bin Saad, Pengarah Biro Tatanegara, Sabah merupakan bekas pelajar MTC tahun 1980/81. Beliau ditemui oleh Cikgu Roslan Saadon semasa menghadiri kursus BTN di Kundasang, Sabah. Beliau lahir pada 26 Mei 1959 di Padang Durian, Pendang, Kedah. Datuk Haji Ibrahim mendapat pendidikan awal di SK Padang Durian dan kemudian melanjutkan pelajaran di SM Dato' Syed Omar, Alor Setar, Kedah. Beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang mulai 1980 hingga 1981. Pada tahun 1995 beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Antropologi Sosiologi) dari Universiti Sains Malaysia. Pada tahun 2005 pula, beliau menerima Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia). Datuk Haji Ibrahim menjadi guru selama 19 tahun bermula di SMK Merotai Besar, Tawau (1982-1986) dan Kota Kinabalu High School (1987-Sept. 2001). Mulai September 2001, Datuk Haji Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Biro Tatanegara Sabah. Atas jasa-jasanya itu, beliau dianugerahi Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) pada tahun 2003 dan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) pada tahun 2007 yang membawa gelaran Datuk.


No comments:

Post a Comment