Sunday 16 March 2014

MESYUARAT JK INDUK FORUM REMAJA 2014

En. Roslan Saadon mewakili Presiden KGMMB menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Induk Forum Remaja 2014 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Tun Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 11 Mac 2014 bermula jam 11.00 pagi. Antara perkara yang dibincangkan ialah penyusunan pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan, penghakiman, persediaan tempat, kewangan dan sebagainya. Mesyuarat juga menjelaskan peranan KGMMB sebagai penganjur bersama dan sumbangan yang diberikan iaitu Piala Pusingan (baharu) dan peruntukan wang sebanyak RM5,000.00. Satu perkara yang menarik dalam mesyuarat ini ialah cadangan menamakan Piala Pusingan forum tersebut sempena nama tokoh-tokoh tertentu. Cadangan tersebut dikemukakan oleh Pegawai Bahasa daripada DBP Cawangan Sarawak. Majlis bersetuju menyerahkan cadangan tersebut kepada KGMMB untuk memikirkan nama piala dan seterusnya dikemukakan kepada pihak DBP dan KPM untuk persetujuan. KGMMB juga bersetuju agar piala lama disimpan oleh DBP atau KPM sebagai bahan arkib. Gambar menunjukkan En. Roslan Saadon nombor dua dari kiri bergambar bersama beberapa orang pegawai JPN dan DBP selepas tamat mesyuarat.


No comments:

Post a Comment