Tuesday 4 March 2014

DEKLAMASI PUISI DI BUKIT COOMBE


Majlis Deklamasi Puisi di Bukit Coombe berlangsung dengan jayanya pada malam 3 Mac 2014 dengan kehadiran TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Hj. Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang selaku tetamu istimewa. Program bermula jam 8.30 malam di Gelanggara, IPG Kampus Pulau Pinang, disertai oleh para pensyarah, para pelajar IPG Kampus Pulau Pinang, ahli-ahli Peradaban, warga USM, pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun dan pendeklamator jemputan. Tetamu kehormat yang turut menyerikan majlis ialah YB Sr. Hj. Muhamad Farid Hj. Saad, ADUN Pulau Betong/ Penasihat Peradaban; Y.Bhg. Prof. Dato' Seri Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Y.Bhg. Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP; Y.Bhg. Dato' Seri Mohd Yusoff Latiff, Yang Dipertua Pemenang; Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPGKPP dan En. Abdul Nasir Mohd Razali, Pengarah DBP Wilayah Utara. Sesungguhnya, majlis deklamasi ini memberikan kefahaman dan penghayatan kepada semua tentang betapa pentingnya pemeliharaan budaya bangsa. Majlis ini juga menunjukkan bahawa kolaborasi antara Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang (Peradaban), DBP dan IPG telah membuahkan hasil yang besar dan bermanfaat untuk semua.





No comments:

Post a Comment