Thursday 27 March 2014

MAJLIS MAKAN TENGAHARI TYT BERSAMA BEKAS PELAJAR SITC

Pada 24 Mac 2014 di Seri Mutiara bermula jam 12.30 tengahari satu Majlis Makan Tengahari dianjurkan oleh Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri. Majlis ringkas tetapi amat bermakna itu mempertemukan TYT dengan rakan-rakan lama semasa menuntut di SITC. Seramai 19 orang rakan sepengajian di SITC hadir termasuk 2 orang rakan semasa TYT menuntut Universiti Malaya. Prof. Madya Datin Dr. Mahani Musa dan En. Roslan Saadon turut hadir atas undangan TYT. Kedua-dua mereka merupakan panel penulis Buku Biografi Tun Abdul Rahman Abbas. Cikgu Sidek Sanif yang diminta oleh TYT berucap di majlis itu berasa terharu dan sebak sambil menitiskan air mata kerana berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan lama. Beliau merupakan Ketua Pelajar di SITC sesi 1957/58, Cikgu Nordin Mahmud selaku Timbalan Ketua Pelajar, manakala TYT pula merupakan Ketua Rumah Patih Gajah Mada. Sejurus tamat majlis jamuan, En. Roslan Saadon dan Datin Mahani Musa sempat menemuramah Cikgu Sidek Sanif untuk dijadikan bahan penulisan. Sebelum itu iaitu sebelum majlis bermula, En. Roslan Saadon sempat menemuramah beberapa orang sahabat TYT yang sama-sama belajar di SITC dahulu.






No comments:

Post a Comment