Tuesday 18 March 2014

TEMURAMAH TYT YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG

Pada 17 Mac 2014 (Isnin) di Seri Mutiara bermula jam 9.00 malam satu majlis temuramah TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Hj. Abdul Rahman bin Hj. Abbas dijalankan oleh Prof. Madya Datin Dr. Mahani Musa dan Cikgu Roslan Saadon. Turut dijemput hadir dalam majlis temuramah itu ialah Y.Bhg. Prof. Dato' Abu Talib Ahmad.  Temuramah dijalankan bagi tujuan mendapatkan maklumat untuk menghasilkan buku Biografi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Penghasilan buku biografi ini diterajui oleh Gapena dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu, UPSI. Para penulisnya terdiri daripada pensyarah UPSI, USM, IPG dan pemimpin Gapena.






No comments:

Post a Comment