Sunday 16 March 2014

HARI TERAKHIR PERKHIDMATAN PN ZAINURIAH AWANG KECHEK

Selaku seorang kakitangan kerajaan yang sangat komited, beliau terus menabur bakti menguruskan persiapan tempat dan pentas untuk Majlis Deklamasi Puisi di Bukit Coombe. Selaku Ketua Jabatan Matematik, beliau bersama rakan-rakan pensyarah di jabatan itu bertungkus lumus menguruskan persiapan tempat dan pentas. Pn. Zainuriah tidak meninggalkan IPG tepat pada jam 5.00 petang 3 Mac 2014 iaitu tarikh dan masa persaraan wajib beliau. Atas permintaan Pengarah, beliau menamatkan tugasnya di Bukit Coombe sehingga tamat majlis. Sebagai tanda penghargaan, IPG memohon YB Sr. Hj. Muhamad Farid Hj. Saad, ADUN Pulau Betong menyampaikan sijil persaraan kepada Pn. Zainuriah. Majlis clock out pada malam itu menjadi bertambah meriah apabila disertai juga oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Seri Md. Salleh Yaapar, Y.Bhg. Dato' Seri Mohd Yusoff Latiff, Y.Bhg. Datuk Dr. Awang Sariyan dan beberapa orang tetamu VVIP. Sebelum sijil penghargaan disampaikan, Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad selaku Pengarah menyampaikan ucapan terima kasih atas sumbangan dan perkhidmatan cemerlang yang telah dicurahkan oleh Pn. Zainuriah selaku pensyarah di IPGKPP.






No comments:

Post a Comment