Tuesday 2 July 2013

SEMINAR PENDIDIKAN GURU KEBANGSAAN 2013 IPGM


Seminar 3 hari ini berlangsung di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam bermula pada 1 Julai 2013. Ia melibatkan para Pengarah dan Pegawai IPGM, Pengarah dan Pensyarah IPG, wakil-wakil KPM, JPN dan Nazir. Seminar dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Tema seminar adalah Transformasi Kurikulum Pendidikan Guru Menjana Guru Berkualiti. Beberapa orang Profesor dari universiti tempatan dijemput membentangkan kertas kerja. Mereka ialah Prof Madya Dr. Mohd Majid Konting (UPM), Prof Dr Sufean Hussin (UM), Prof Dato' Dr Noraini bt.  Idris (UPSI), Prof Dr Foong Soon Fook (USM) dan Prof Datuk Dr T. Subahan Mohd Meerah (UKM). Dalam seminar ini juga para peserta dilibatkan dengan sesi perbengkelan. Mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk membincangkan tajuk masing-masing berkaitan transformasi kurikulum IPG. IPG Kampus Pulau Pinang menghantar 4 orang wakil iaitu Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad (Pengarah), Dr. Balasubramaniam (KJ JPIPK), Dr. Parvinder Singh (PC Sains) dan En. Roslan Saadon (PC Sejarah). 

2 comments:

  1. Nursyahira Zulkarnain12 July 2013 at 02:02

    Tahniah atas penglibatan Encik Roslan. Sememangnya layak menjadi guru cemerlang yang dicontohi.

    ReplyDelete
  2. Shangari Sivabalan19 August 2013 at 23:01

    Syabas di atas komitmen yang ditunjukkan oleh Encik Roslan sebagai seorang pemimpin yang wajar dicontohi dan di teladani.

    "A leader is one who knows the way, goes the way, and shows the way." —John Maxwell

    ReplyDelete