Saturday 6 July 2013

SEMINAR KONGRES PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Seminar berlangsung pada 5 Julai 2013 di Dewan, Jabatan Pendidikan Selangor,  Shah Alam. Beberapa kertas kerja dibentangkan dan menarik perhatian para peserta. Tiga orang pensyarah dari IPG membentangkan hasil kajian mereka iaitu Dr. Zailah, Dr. Kamarudin dan Dr.... 
Seminar yang melibatkan wakil dari KPM dan peminpin-pemimpin kesatuan guru ini memperlihatkan sedikit perbezaan tujuan. Jika kesatuan banyak membentangkan perkara-perkara yang berkaitan perjawatan dan kebajikan guru, wakil KPM pula lebih menumpukan kepada tanggungjawab memajukan pendidikan anak bangsa. Mereka sentiasa mengingatkan para guru agar peka dan prihatin dengan pelbagai dasar pendidikan. Suka diingatkan bahawa dalam mengejar kedudukan yang lebih baik, kesatuan juga sentiasa peka dengan prestasi pendidikan anak-anak didik. Mereka yang terlibat dalam kesatuan merupakan pemimpin sekolah yang hebat, guru cemerlang dan pegawai jabatan atau PPD yang sangat komited. 

2 comments:

  1. nurnasuharoslan28 July 2013 at 13:11

    Peranan KPM sendiri adalah untuk membangunkan potensi murid dalam pelbagai aspek. Dalam usaha tersebut, kesatuan guru perlu juga melahirkan sumber tenaga manusia yang dapat memajukan negara. Penting untuk KPM sendiri berkolaborasi dengan kesatuan dalam menggembleng tenaga supaya menjadikan bidang pendidikan sentiasa gemilang. Tahniah semua.

    ReplyDelete
  2. sangat bersetuju dengan komen daripada saudari nur nasuha. kepekaan seorang guru bukan sahaja pada kemajuan profesion perguruan malahan kepada kemajuan prestasi anak-anak didik. biarpun wujud perbezaan tujuan antara KPM dan kesatuan namun, setiap usaha yang cuba dijalankan atau telah terlaksana sebenarnya menjurus kepada perkara yang sama iaitu kemajuan pendidikan anak bangsa dan perkembangan sektor pendidikan negara.

    ReplyDelete