Saturday 6 July 2013

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KONGRES



Mesyuarat melibatkan kesatuan gabungan berlangsung di Dewan JPN Selangor pada 6 Julai 2013. Mesyuarat dirasmikan oleh Y.Bhg Dato Hj Omar Osman, Presiden Cuepecs. Sebelum perasmian, Y.Bhg. Dato' Haji Jemali Paiman menyampaikan ucapan berkisar perkara-perkara berkaitan perjawatan dan kebajikan guru. Antara perkara menarik yang disentuh adalah berkaitan dengan dua jawatan KSU yang wujud di KPM. Jawatan ini pula lebih tinggi dari jawatan KPPM. Kongres melihat perkara tersebut agak kurang tepat dan seharusnya gred KSU dan KPPM setara. Ucapan perasmian Y.Bhg. Dato' Omar Osman juga amat memberangsangkan. Antara perkara menarik yang diutarakan oleh beliau ialah permohonan  bonus dua setengah bulan untuk tahun 2013. Dalam mesyuarat perwakilan Kongres pula pelbagai usul dan cadangan telah dikemukakan oleh perwakilan. KGMMB misalnya mengusulkan supaya guru-guru lepasan IPG (DPLI/PISMP) pengkhususan Sejarah/Pengajian Sosial diambil untuk mengajar mata pelajaran Sejarah yang bermula pada 2014. Subjek tersebut perlu diajar oleh mereka yang major supaya fakta yang betul diterima oleh para pelajar. Mesyuarat perwakilan itu juga membariskan Jawatankuasa yang sama. Dato Jemali Paiman kekal sebagai Presiden, manakala Tn. Hj. Mohd Sabri Mohd Arshad sebagai Timbalan Presiden. Cikgu Mohd Said Hussin kekal sebagai Setiausaha.

5 comments:

  1. Nursyahira Zulkarnain12 July 2013 at 01:59

    Terima kasih atas usaha Encik Roslan bin Saadon atas usaha dalam memperjuangan ambilan guru lepasan IPG pengkhususan Pengajian Sosial/Sejarah untuk mengajar subjek Sejarah yang bermula pada tahun 2014 kelak. Semoga usaha yang dilakukan mendapat keberkatan dan membuahkan hasil yang baik.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. nurnasuharoslan28 July 2013 at 13:03

    Terima kasih atas cadangan yang diutarakan. Semoga apa yang dipelajari selama 5 tahun dalam kursus Pengajian Sosial dapat diaplikasikan kelak untuk mendidik anak bangsa dalam mengetengahkan betapa pentingnya subjek Sejarah dalam kehidupan. Tahniah Encik Roslan dan pihak yang terlibat.

    ReplyDelete
  4. cadagan yang dikemukakan daripada Encik Roslan Bin Saadon harus dipandang serius oleh semua pihak memandangkan isu penempatan pelajar lepasan program ijazah sarjana muda perguruan daripada IPG semakin hangat diperkatakan. cadangan En. Roslan, seorang pensyarah yang mahir dalam pengkhususan pendidikan sejarah nyata relevan bahawa subjek tersebut harus diajar oleh pelajar-pelajar major supaya fakta yang diterima murid merupakan fakta yang betul. saya sangat menyokong dan bersetuju dengan cadangan tersebut kerana sebagai seorang pelajar major pengajian sosial sendiri, biarpun saya mendapat pendedahan berkenaan sejarah sejak dari bangku sekolah lagi namun, sepanjang pengajian di IPG banyak memberi kesedaran kepada saya bahawa kefahaman berkaitan sejarah bukan sesuatu yang mudah memandangkan ia mengkaji ilmu berkaitan peristiwa lampau. nyata pengajaran bagi sejarah harus disampaikan oleh individu atau pendidik yang benar-benar memahami dan menghargai sejarah supaya ianya dapat memberi kesan atau impak yang benar-benar bersejarah dalam diri serta minda murid.

    terima kasih atas cadangan dan keyakinan terhadap pelajar-pelajar major pengajan sosial/sejarah.

    ReplyDelete
  5. Shangari Sivabalan19 August 2013 at 22:52

    George Santayana pernah mengatakan, "those who forget the past are condemned to repeat it". Pepatah ini sahaja sudah mencukupi untuk menggambarkan kepentingan subjek sejarah buat santapan generasi masa akan datang. Oleh itu, wajarlah sekiranya pelajar guru pengkhususan Pengajian Sosial / Sejarah sendiri yang mengajar subjek sejarah ini agar ilmu yang ingin disampaikan mampu disampaikan dengan betul. Murid-murid berpeluang untuk memperoleh ilmu sejarah dengan fakta yang tepat, betul, sahih, serta dengan amalan pedagogi yang sesuai dengan subjek Sejarah. Pelajar guru Pengajian Sosial / Sejarah juga wajar diberi peluang untuk membuktikan keupayaan diri mengajar subjek Sejarah di sekolah nanti agar segala ilmu yang dipelajari selama 5 setengah tahun dapat dimanfaatkan dengan betul. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Roslan yang amatprihatin serta sanggup memperjuangkan isu ini. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas niat baik Encik Roslan. =)

    ReplyDelete