Tuesday 16 July 2013

LOCKER SERBAGUNA


Locker serbaguna ini sangat sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah, guru, kakitangan pejabat dan sebagainya. Isu bebanan beg pelajar yang sangat berat boleh diatasi dengan menyediakan locker ini di sekolah. Para pelajar boleh menyimpan buku, pakaian sukan dan lain-lain di dalam locker ini. Locker ini boleh diperolehi secara sewa beli. Menurut Tn. Hj. Roslan Madon, Yang Dipertua Majlis Guru Besar Kebangsaan, penggunaan locker ini sangat praktikal. Beliau telah menggunakan locker ini di sekolah. Sambutan yang diterima daripada pelajar dan ibu bapa sangat menggalakkan.

6 comments:

  1. nurnasuharoslan28 July 2013 at 12:59

    Setuju dengan adanya loker ini. Saya cuba kecilkan skop untuk penggunaan murid-murid sekolah. Kasihan melihat murid-murid yang kemetot menggalas beg seumpama mahu pulang beraya. Perkara ini jangan dipandang remeh kerana boleh mengakibatkan pelbagai kesan. Dengan membawa beg yang berat akan menyebabkan murid letih dan tidak semangat untuk belajar setibanya di kelas. Selain itu juga, dapat menyebabkan murid mengalami sakit belakang yang kronik nanti. Semoga dengan adanya locker ini dapat mengatasi masalah bebanan beg sekolah murid yag sering diperkatakan sekarang.

    Something smart is better than something hard.

    ReplyDelete
  2. kaedah ini telah digunakan dalam sistem pendidikan di negara-negara luar sekian lama. ternyata ianya memberi impak positif kepada pelajar kerana secara tidak langsung dapat mengurangkan beban buku pelajar, menghalang daripada masalah kehilangan buku, menipiskan risiko tertinggal buku dan menghapuskan masalah tidak siap kerja. Sebagai seorang individu yang masih bergelar pelajar biarpun di institusi pengajian tinggi, saya merasakan pengguaan locker ni sangat berseuaian dengan keperluan pelajar apatah lagi bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.contohnya di Sek Keb Sri Aman, Air Itam Pulau Pinang, sekolah praktikum fasa dua saya, seringkali menjadi masalah kepada guru-guru apabila timbulnya isu buku himah, peralatan tulis himag dan sebagainya. dalam mesyuarat guru-guru turut ada membincangkan mengenai penggunaan locker,namun disebabkan oleh kekangan kewangan dan ruang menyebabkan idea bernas ini terpaksa ditolak. biarpun, isu sebegini kelihatan remeh, namun yang nyata kini ialah dengan penggunaan dan pengaplikasian kemudahan locker di sekolah-sekolah bukan sahaja kepada guu-guru malah kepada urid-murid sendiri sebenarnya membantu menyelesaikan banyak masalah yang timbul di sekolah serta menimbulkan rasa selesa untuk ke sekolah dalam diri murid-murid.

    ReplyDelete
  3. Shangari Sivabalan19 August 2013 at 22:09

    Satu inovasi yang amat bagus dan sesuai diaplikasikan di semua institusi pendidikan bermula dari tahap sekolah rendah ke tahap yang lebih tinggi seperti IPTA dan IPG serta IPTS. Hal ini kerana loker serbaguna ini mampu mengoptimumkan penggunaan ruang dalam bilik darjah serta memberi kemudahan penyimpanan barangan akademik seperti buku-buku, alat tulis bagi murid- murid dan ahli akademik yang lain. Guru turut dapat memperoleh manfaat dari loker serbaguna ini kerana dapat melakukan pemfailan secara sistematik dan menyimpan segala instrumen penilaian atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang penting serta kerap digunakan secara tersusun. Locker serbaguna ini turut menampakkan imej pihak sekolah yang positif sekiranya dapat disediakan di sekolah. Ia menunjukkan keprihatinan pihak sekolah terhadap kebajikan murid-murid serta menonjolkan usaha sekolah dalam meringankan beban guru dan murid yang terpaksa mengangkat pelbagai bahan setiap hari. Diharapkan agar locker serbaguna ini dapat digunakan di institusi pendidikan bagi mendatangkan kesenangan kepada semua pihak.

    ReplyDelete
  4. Boleh share siapa supplier locker ni. Kami sedang cari utk kelas anak2.
    Kalau boleh nak tahu nampak sesuai dlm kelas. Ini usaha ibubapa.

    ReplyDelete
  5. Mohon share contact number supplier utk lihat dan dptkn harga.

    ReplyDelete
  6. Mohon share contact number supplier utk lihat dan dptkan harga.

    ReplyDelete