Showing posts with label Sains Sosial. Show all posts
Showing posts with label Sains Sosial. Show all posts

Sunday, 9 August 2009

Khemah dan Peralatan

Pelajar 3KSBM yang dikasihi.
Pastikan peralatan dipinjam dibersihkan, dilipat rapi dan kemas sebelum dipulangkan. Kita meminjam barang orang dan sewajarnya kita menghargainya dan buat apa yang patut.

Program Cintailah Alam Sekitar

Assalamualikum.Para pelajar 3KSBM yang dikasihi sekalian. Program 2 hari satu malam di Pantai Karachut amat mencabar terutamanya kerana terpaksa berjalan selama 2 jam pergi dan balik. Aktiviti tersebut menguji ketahanan fizikal dan mental. Sesetengah pelajar boleh menghadapinya dengan hati yang tabah dan tenang, sesetengahnya pula kelihatan kurang selesa dengan keadaan tersebut. Mungkin anda sudah biasa dengan keselesaan? Anda kurang mengikuti kegiatan bersukan dan rekreasi lasak. Walaupun ada yang membebel dan masam mukanya seperti cuka, tapi cikgu amat berharap program memberikan banyak impak yang positif. Berikan komen dan pandangan anda.