Saturday 29 December 2012

HIMPUNAN PELAJAR M4P 1985/87


Program yang bermakna ini berlangsung pada 22 Disember 2012, di Bilik Angsana, IPG Kampus Pulau Pinang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Program ini diselaras oleh En. Jabaruddin dan dibantu oleh En. Roslan Saadon. Seramai 18 orang bekas pelajar hadir dan merasa amat seronok sekali kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan yang terpisah sejak tamat pengajian pada Disember 1997. Majlis bermula dengan ucapan En. Jabaruddin selaku penyelaras program. Disusuli dengan penerangan daripada En. Roslan Saadon berkaitan sejarah dan perkembangan institut. Selepas itu kesemua yang hadir diberikan masa untuk bercakap mengenai pengalaman hidup. Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari di Payung.

2 comments:

  1. terdapat pelbagai kelebihan yang kita boleh garap melalui aktiviti himpunan pelajar ini. saya sendiri terlibat dengan himpunan pelajar sekolah atau dikenali sebagai alumni. Ia adalah sebagai platform untuk mengeratkan silaturrahim yang sihat dikalangan mereka dan yang erat,kita rapat2kan lagi. Platform untuk berkongsi maklumat, info, pengalaman atau apa sahaja idea yang muncul dari minda anda (nak gossip2 pon boleh je).

    ReplyDelete
  2. Himpunan bekas pelajar atau lebih dikenali sebagai reunion amat menyeronokkan.... Di samping dapat mengeratkan ukhwah, kita juga dapat bertukar pandangan dan pengalaman antara satu sama lain... Semoga aktiviti ini dapat dilaksanakan selalu....

    ReplyDelete