Thursday 4 October 2012

DISKUSI ILMIAH SEJARAH NEGARA

Program berlangsung di Dewan Kuliah A, Blok Akademik Baru IPGKPP pada 3 Oktober 2012 bermula jam 2.00 hingga 4.30 petang. Prof. Madya Abdul Rahman Ismail dari PPIK, USM dijemput khas untuk membicarakan tajuk "Peranan Tiga Kaum Utama Dalam Perkembangan Sejarah Negara". Diskusi dipengerusikan oleh En. Roslan Saadon. Peserta program terdiri daripada pelajar guru Kumpulan DPLI, PISMP dan PPISMP. Turut hadir ialah Tn. Hj. Kamarulizham Hazizi, Timbalan Pengarah dan Dr. Muhammad Raini Mat Rahim, KJ Sains Sosial. Penceramah menyampaikan ceramahnya dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh para peserta. Penceramah banyak menimbulkan persoalan yang perlu diteliti oleh para peserta sendiri. Justeru, kajian dan pembacaan yang meluas dan intensif perlu dilakukan terutama guru-guru sejarah. Program berjalan lancar, dan tahniah kepada kumpulan pelaksana (Kelas T2PS) yang diketuai oleh Ku Fatin.
PARA PELAJAR,
APAKAH YANG ANDA PEROLEHI DARIPADA DISKUSI TERSEBUT?

27 comments:

  1. Apa yang anda perolehi dari diskusi tersebut?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..banyak input yangh disampai berguna dalam setiap aspek kehidupan terutamanya berkaitan dengan tiga kaum utama di Malaysia. Prof Madya Abdul Rahman Bin Ismail banyak mengupas tentang isu sejarah tiga kaum di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana isu perkauman dapat diminimakan di negara kita?

      Delete
  3. diskusi yang hebat dibantu dengan pengerusi yang mantap. Pemerolehan ilmu baru mengenai sejarah negara turut memuaskan hati saya. Diharapkan diskusi seperti ini akan terus diadakan kelak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berikan pandangan anda tentang tolakansur pelbagai kaum di Malaysia?

      Delete
  4. Berdasarkan kpd diskusi ilmiah yg disampaikan oleh prof madya abdul rahman bin ismail, boleh disimpulkan bahawa perpaduan di antara kaum terutama 3 kaum utama di malaysia begitu memainkan peranan yg penting dalam menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.. Selain itu apa yg disampaikan oleh beliau diharapkan dpt diguna pakai dlm hidup oleh para pelajar terutamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa kaum bukan bumiputera sering mempertikai hak keistimewaan bumiputera?

      Delete
  5. diskusi yang amat menarik perhatian sekali. banyak input berguna telah disampaikan oleh penceramah terbabit.hasil daripada diskusi ilmu terbabit makin jelas sumbangan tiga kaum terhadap penubuhan malaysia untuk pengetahuan saya. saya mengharapkan diskusi ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan dengan tajuk yang lebih menarik.. sekalung tahniah diucapkan...... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah rukun negara memainkan peranan penting memupuk perpaduan kaum?

      Delete
  6. pada pendapat saya, tolak ansur di Malaysia masih di tahap sederhana. walaupun luarannya nampak seperti segalanya baik, masih ada jurang yang perlu diperbaiki. saya dapat mengesan, masih terdapat isu perkauman yang masih berlaku. usaha yang jitu perlu dilakukan bukan sekadar dari satu kaum sahaja, malah setiap kaum perlu memainkan peranan. bertepuk sebelah tangan tidak akan menjadi. banyak tangan lebih kuat bunyinya.

    ReplyDelete
  7. Mampukah sekolah kebangsaan memupuk perpaduan kaum?

    ReplyDelete
  8. Isu perkauman ini merupakan satu perkara yang masih belum selesai semenjak negara mencapai kemerdekaan,banyak isu perkauman yang dimainkan ole pihak-pihak tertentu bertujuan untuk kepentingan sendiri, diskusi ini sedikit sebanyak telah membuka mata saya dalam menilai perkara berkaitan tentang masalah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mampukah kaum bumiputera mempertahankan hak mereka yang sentiasadipertikai oleh kaum bukan bumiputera?

      Delete
  9. Isu perkauman masih lagi hangat dibicarakan. Tapi belum lagi berjaya menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum ini. Jujur saya cakap, orang-orang terdekat yang saya jumpa masih lagi ada jurang dengan kaum yang berlainan ini. Mereka masih lagi tidak boleh menjalinkan hubungan yang baik.

    Sikap individu itu sendiri yang membuatkan jurang di antara mereka sendiri.

    walla'hualam. Kita doakan generasi masa depan boleh bertolernasi antara mereka dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah toleransi yang berlaku antara pelbagai kaum dalam negara kita suatu yang ikhlas?

      Delete
  10. Diskusi yang sangat bermakana buat pelajar guru sekalian. Fakta-Fakta penting mengenai sumbangan dan kepentingan tiga kaum utama di Malaysia dibicarakan dengan lebih jelas dan teliti. Isu-isu dibincangkan dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar guru disamping dapat membentu kearah pemikiran rasional demi kelangsungan perpaduan negara kita

    ReplyDelete
  11. Bagaimana anda boleh membantu masyarakat sekitar anda meningkatkan perpaduan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murni berkata,

      Bagi saya isu perpaduan merupakan salah satu isu yang patut diberikan tumpuan. Hal ini kerana masyarakat kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Bagi saya, untuk meningkatkan perpaduan dalam masyarakat, perlunya aktiviti yang mengenengahkan perpaduan antara kaum. antaranya gotong royong antara kaum, program anak angkat yang terdiri daripada berbilang kaum. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan perpadan antara kaum kerana berlakunya interaksi sesama mereka dan kebolehpercayaan dapat dipupuk sesama mereka.

      Delete
  12. sebagai bakal guru saya akan menerapkan nilai-nilai perpaduan ketika sesi p&P dijalankan.

    ReplyDelete
  13. diskusi ilmiah ini adalah satu langkah yang bijak dalam memberikan penjelasan dan input kepada para guru pelatih. banyak perkara yang disentuh oleh penceramah dan memberikan satu sudut pandangan yang baru kepada para guru pelatih. sejarah malaysia seperti dijelaskan bahawa buku teks bukanlah satu-satunya sumber ilmiah yang boleh dirujuk kerana seperti kata-kata penceramah,sejarah di sekolah adalah sejarah yang dimudahkan.
    apa yang saya ingin utarakan di sini adalah satu cadangan penambahbaikan dalam program seumpamanya.topik yang diutarakan adalah amat menarik namun pemilihan penceramah melayu seperti kurang menjelaskan dengan lebih jelas mengenai sumbangan setiap kaum.hal ini kerana wujudnya tipikaliti yang mengatakan bahawa orang melayu banyak menyumbang dalam kemajuan negara.adalah wajar jika adanya jemputan daripada penceramah berbangsa cina dan juga india.akhir kata,majulah sejarah untuk negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cadangan itu. Penceramah pelbagai kaum memberikan pandangan yang lebih seimbang.

      Delete
  14. Tahniah kepada en roslan dan rakan sejawat yg telah melaksanakan diskusi ini dgn jayanya. Alhamdulillah saya byk mendapat input yg berfaedah. Diskusi ini perlu di buat lebih byk lagi krn ia byk memberi ilmu yg berguna pd pelajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiwa begitu yang kita mahu. Lebih banyak kita berdiskusi lebih banyak ilmu yang kita perolehi.

      Delete
  15. Nursyahira Zulkarnain5 October 2012 at 09:56

    Secara keseluruhan pengisian diskusi ilmiah ini sangat memberi kesan kepada penambahan ilmu pengetahuan dan maklumat baru kepada guru pelatih. Sebagai guru pelatih,program sebegini seharusnya diperbanyakkan supaya guru pelatih berpeluang mengikuti program ilmuan bagi meningkatkan ilmu masing-masing. Diskusi ini juga membolehkan guru pelatih memupuk unsur perpaduan dalam diri sebelum berupaya menjadi role model kepada anak-anak murid kelak. Hal ini menimbulkan keupayaan para guru pelatih sebagai agen atau medium yang mengamalkan kesepaduan dan perpaduan supaya dapat dicontohi dan menjadi ikutan generasi muda iaitu murid-murid sekolah. Tuntasnya,program sebegini harus terus dianjurkan demi kebaikan dan manfaat bersama.

    ReplyDelete
  16. sebagai seorang bakal guru, peranan kita sangat penting dalam usaha meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. seperti pepatah 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya' amat sesuai dikaitkan dengan penerapan nilai perpaduan pada masa kini. malaysia unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang membawa kepada kepelbagaian budaya.oleh itu, anak-anak harus diterapkan dengan nilai perpaduan antara pelbagai kaum sejak dari kecil supaya kefahaman dalam diri dan kesefahaman dapat diwujudkan. dalam hal ini, guru harus meletakkan penerapan nilai perpaduan dalam diri anak-anak malaysia sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah. malahan, aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan lagi supaya jurang perpaduan dapat dikurangkan. seperti kata hikmah 'seorang guru mampu menjadi cermin peribadi dan minda masyarakat' .

    ReplyDelete
  17. Diskusi yang sedikit sebanyak memberi input dan output berkaitan sumbangan kaum-kaum utama kepada Malaysia. Selain itu ada juga persoalan yang menarik yang berkaitan 13 Mei. Walaupun peristiwa tersebut masih dalam persoalan, jawapan yang diberikan memberikan pengetahuan dan ilmu yang baru kepada audiens

    ReplyDelete
  18. Isu 13 mei memang rencam dan banyak pandangan. Pembacaan yang meluas dan kajianterperinci akan membantu memahami peristiwa tersebut dengan lebih jelas.

    ReplyDelete