Tuesday 10 January 2012

PENGIKTIRAFAN PENSYARAH IPG


Pertemuan KGMMB dengan YB Dr. Puad Zarkashi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 20 Disember 2011 dianggap berjaya dan menjadi lembaran baru kepada pensyarah IPG. Pertemuan pada jam 4.30 petang itu dimulakan dengan pembentangan isu IPG oleh Tn. Hj. Mohamad Sabri Hj. Arshad, Presiden KGMMB. Antara perkara utama yang dinyatakan ialah isu kenaikan satu gred kepada pensyarah IPG yang memiliki Ph.D dan peluang kenaikan pangkat para pensyarah di IPG. Isu tersebut diperkuatkan lagi dengan penjelasan lanjut yang dikemukakan oleh Persatuan Pensyarah IPG yang turut hadir menyertai rombongan KGMMB. Mereka terdiri daripada 30 orang pensyarah yang memiliki Ph.D dari 25 IPG seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Persatuan tersebut mencadangkan agar pihak kerajaan menaik taraf IPG kepada universiti. Jika cadangan ini terlaksana maka para pensyarah di IPG akan menikmati faedah yang sama seperti universiti. KGMMB seterusnya menambah kenyataan agar pihak kementerian melihat isu kenaikan satu gred pemegang Ph.D seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri dalam Pelancaran Hari Guru 2010 sebagai isu penting. Mereka merupakan aset penting IPG yang perlu dipertahankan agar tidak berlaku pengaliran keluar pensyarah. Mereka juga merupakan tenaga penting jika IPG melaksanakan program ijazah tinggi nanti. KGMMB juga mencadangkan agar para pensyarah IPG yang berada di Gred DG44 diberikan kenaikan DG48. KPM dipohon mendapatkan quota tambahan Gred DG48 untuk pensyarah IPG. Bagi memastikan suara pensyarah IPG dapat didengari, KGMMB memohon agar Persatuan Pensyarah IPG disenarai dalam Majlis Pemuafakatan KPM. Dalam menangani isu pensyarah IPG ini, YB Dr. Puad Zarkashi akan meneliti memorandum yang dibawa dan berjanji membawa isu-isu tersebut dalam mesyuarat post cabinet. Perjumpaan ini juga memberi peluang kepada Presiden KGMMB mengemukakan satu lagi isu besar iaitu Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Para guru kurang jelas kerana terdapat pelbagai maklumat yang diterima berkaitan pergerakan gaji mengelirukan. Para guru juga diminta menandatangani dengan segera sebelum 23 Disember 2011. Hal ini diambil maklum oleh YB Dr. Puad Zarkashi dan akan mengemukakan segera kepada Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga akan cuba membawa KGMMB bersama Persatuan Pensyarah IPG bertemu dengan Menteri Pelajaran Malaysia. Pada akhir pertemuan, Tn. Hj. Mohamad Sabri mengucapkan ribuan terima kasih atas layanan mesra yang diberikan oleh YB Dr. Puad Zarkashi. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak KGMMB dan Persatuan Pensyarah IPG akan sentiasa mendoakan kesejahteraan YB Dr. Puad sekeluarga dan diberikan kekuatan untuk menguruskan KPM.

Dilaporkan oleh Rs Awab

18 comments:

  1. Cadangan menaik taraf IPG kepada universiti bukannya perkara yang mudah.Bagi IPG yang mempunyai ramai pensyarah yang memiliki Ijazah Sarjana dan PhD mungkin itu agak senang dicapai.Apa yang merumitkan ialah terdapat ramai pensyarah kanan yang berjawatan DG 54 dan DG52 tetapi tidak memiliki ijazah tinggi.Mereka yang membuta dasar dan memberi markah prestasi.Fikiran mereka seperti penjajah.Kalau boleh mereka tak izin pensyarah-pensyarah baru yang asalnya dari cerok kampung untuk naik ke DG 48 pun.Ramai yang berusaha mencari ilmu dari sekolah sampai ke universiti,hadir seminar,karang itu dan karang ini tetapi masakan mereka tidak diberi pengiktirafan.Ada kalangan pensyarah lama yang sudah berbelas tahun berkhidmat di IPG (dulu maktab) tidak memperbaharui ilmu tetapi nilai etika dan rasa tanggiungjawab terhadap anak bangsa amat kurang.Mereka kalangan pensyarah kanan bergred DG52 dan DG54 memang susah diubah perangai.Budaya maktab masih wujud dalam diri mereka.Susah diubati.Kecuali mereka dilantik sebagai Pengetua sekolah atau Pengarah Matrikulasi atau sekolah berasrama penuh dan biar kalangan pensyarah baru dari kalangan guru yang veteran yang baru menjadi pensyarah menguruskan IPG.Mereka pensyarah lama ini kadangkala samseng dan degil serta tak boleh diajar.Kita sebagai pensyarah baru masih tetap baru walaupun sudah 7 atau 8 tahun berkhidmat di IPG.Kalau kita berkata-kata takut nanti bergaduh.Tetapi itulah realitinya di IPG kini dalam proses naik taraf.Banyak kesabaran yang perlu dilalui dan harap-harap tuhan beri mereka (pensyarah kanan) rasa ihsan dan rendah diri.

    ReplyDelete
  2. Dalam proses naik taraf atau dalam proses transisi ini memang banyak masalah yang bakal dihadapi.Ada kalangan pensyarah baru yang sudah lama disekolah tetapi cepat pula naik pangkat.Isunya disini ialah pensyarah-pensyarah lama yang mempunyai kelulusan Sarjana dan Doktor Falsafah tak ada pengalaman untuk buat kerja yang berkaitan dengan pengurusan sekolah.Sebenarnya kerja-kerja disekolah rendah,sekolah menengah,kerja-kerja di IPG dan kerja-kerja di universiti perlu dipelajari diasimilasikan di IPG.Apa yang berlaku di IPG ialah dalam proses naik taraf ia masih mengamalkan dunia tersendiri.Aspek kekuatan pengurusan sekolah tidak tahu,aspek pengurusan universiti pun tidak tahu.Maka yang wujud ialah aspek pengurusan diperingkat maktab.Semasa berstatus maktab perguruan ramai kalangan guru yang dilantik menjadi pensyarah ialah guru-guru yang tidak cemerlang dan malas mengajar disekolah tetapi mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda pada waktu itu.Golongan inilah yang menghantui dan masih menjadi hantu di semua kampus IPG sebagai pensyarah kanan atau orang lama jadi pensyarah.Ada juga yang jadi pengarah.Kerapkali kalangan pensyarah lama ini ada yang beragama dan beradap tetapi majoritinya samseng.Mereka pandai mengurus mesyuarat dan memberi arahan.Kadangkala perkara yang mudah dilaksanakan sendiri pun nak beri arahan.Selain itu pensayarah kanan ni kurang ada etika seperti mana pensyarah baru yang asalnya dari sekolah.Jadi disini wujud dua golongan.Satu golongan pensyarah samseng(yang lama) dan yang satu lagi pensyarah baru (guru sekolah).Ada lagi satu ialah kalangan pensyarah yang ada kelulusan Doktor Falsafah tetapi tak tahu buat kerja.Dia pun nak mengarah juga, sama seperti pensyarah lama walaupun dia pensyarah baru.Apa yang lebih baik ialah kita semua pensyarah IPG perlu ada rasa tanggungjawab dan etika seorang guru iaitu mendidik anak bangsa,kemaskan tempat atau bilik dan pejabat kita,jaga tuturkata,beri salam dan senyuman,beri pandangan yang serius dan kurangkan ego,kurangkan rasa marah,bersikap membantu dan perlu ada kemahiran asas menolong dari segi peribadi ,akademik,sesama warga kampus dan adakan jamuan keluarga.Jangan rasa diri terlalu tinggi dengan menjadikan kesarjanaan dan kelulusan,milik kenderaan dengan nombor plat ditempah sebagi simbol elit,status haji,status kenderaan berjenama dan lain-lain lagi yang nampak riak pada pandangan rakan bahawa kita adalah pensyarah. Sebenarnya semua itu tidak ada nilai.Apa yang bernilai ialah sopan santun,bertegur sapa,bergaul bersama sebagai rakan masjid,surau,boleh bertengkar dan bergurau.Bukan itu lebih seronok meneroka ilmu dan mencipta inovasi dan ilmu baru.Kenapalah tension sangat nak serang kawan dengan pelbagai persoalan.Hari-hari cari pasal nak tanya ISO,MQA,prosedur itu,prosedur ini,star rating,itu-ini dan yang buat kerja rajin tak naik-naik gred.Pensyarah lama masih dengan sikap lama dan pensyarah baru masih baru walaupun sudah lama.Lu fikirlah sendiri wahai doktor-doktor...

    ReplyDelete
  3. PHD - Perasaan Hasad dan Dengki.(H huruf besar)
    PhD - Profesional,Muhasabah dan Dzikir.(h huruf kecil).

    Pensyarah - menepati masa,ekonomik,andragogi,pedagogi,ada gigi,lembut gigi(peramah),beri syarahan yang baik dan berisi dan kurang mengarah.Tambah kemahiran dan kurang mengarah serta buat kerja sendiri.Jangan banyak songeh dan ganggu kerja pensyarah lain.Beretika ,jatidiri tinggi,dan sopan santun.Jangan ego,egois,berego,pandang sebelah mata,see people at the corner of your eyes,don't critisize and look and look and look as if the person you deprive and look down on him especially your colleague.Please...

    ReplyDelete
  4. apa dok susah, letak jawatan saja lah. pekeliling terbaru membenarkan letak jawatan (dgn izin).terutama yang ada Ph.D. Saya ada pengalaman, Ph.D th 2009. di IPG setakat DG 44, kwn saya sekolah rendah, ada DG 44. Kawan saya DG 34, sama keluar IPG, tanpa ada Degree pun gaji pada Dis 2011, dia RM 3,600 pokok, saya DG 44, pensyarah IPG, ada Ph.D RM 3,300. Apa lagi tunggu, bye2 IPG. sayonara. di Universiti, aku dapat DS 51, RM 5,200 + 1,500; apa lagi kwn2 yg ada Ph.D, buat apa susah2 dok fikir. resign.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai lagi pensyarah muda di IPG akan berubah haluan.Ini disebabkan tunggak 12 di IPG induk masih di tahap lama.Mereka ingin mengekalkan status quo.Kata pepatah Inggeris,Jika anda ingin maju,binalah bangsa kamu.Jangan lupa generasi yang lebih muda dari kita.Masalahnya staf induk IPG berjuang untuk perut sendiri.Bukan berjuang layak seorang guru sejati.Kini mereka mohon untuk Gred Jusa pulak.Oleh itu ramailah pensyarah IPG pangkat tinggi tapi kerja makin sikit.Tak perlu tulis jurnal,mengajar sikit,tak perlu pergi seminar dan bentang kertas kerja.Dah senang,nak senang lagi.Gaji besar tapi perjuangan untuk orang bawah tak ade....

      Delete
    2. Nampaknya memang kena cabut.Saya sudah 20 tahun mengajar di Sk dan SM, 2010,dapat PhD, sampai sekarang DG44.....

      Delete
  5. pensyarah dg44( M ) teraniaya12 February 2013 at 16:12

    Aku baru je memangku dg44 hakiki di IPG Tawau, Sabah. Aku telah di arahkan oleh Pengarahnya untuk menarik diri daripada pemangkuan kerana isteriku yang mengidap penyakit ketumbuhan kronik disarawak dan aku memohon untuk kembali semula kesarawak selepas tamat tempoh pemangkuan kerana keadaan isteriku yang amat mendesak dan perlukan perhatian dan bantuan daripada aku menemaninya, Anak aku baru je menjejaki kaki ke tahun satu dan perlukan perhatian dan penjagaan daripada aku, pernah juga semasa aku di IPG Tawau pada 28 Jan 2013, isteriku jatuh pengsan dan terpaksa ditahan di hospital kerana pendarahan yang banyak. Anakku terpaksa tidak bersekolah selama 4 hari kerana tiada orang yg menghantar dan menyaranya. Disamping itu aku juga terpaksa menyambung pengajian ku di UPM Serdang secara jarak jauh. Pengarah IPG Tawau tidak mahu mendengar luahan masalah aku ini dan terus mengarahkan aku menulis surat menarik diri daripada memangku dan kembali ke jawatan asal di IPG di Sarawak. Beginikah sikap seorang pemimpin? Aku kini menghadapi kemurungan dan kembali ke Sarawak dan tidak tahu apakah nasib akan mendatang.

    ReplyDelete
  6. Pengarah Buta Perut.Patut dibunuh saja..

    ReplyDelete
  7. KALAU SAYA TERJUMPA PENGARAH IPG MACAM TUU,SAYA PANCUNG SAJE KEPALANYE ...TAK ADA HATI PERUT

    ReplyDelete
  8. ADA SEORANG PTD BARU BERKHIDMAT DI IPG..MULA-MULA JUMPA PENSYARAHNYE OK SAJE.LEPAS TUU DIA TANYA...KITA TANYA...LEPAS TUU DIA BERTENGKAR..HUJUNG-HUJUNG DIA MENGATA KITE...LEPAS TUU DIA JADI KURANG AJAR(NAIK PANGKAT TAPI TAK MENGAJAR)....LAMA-LAMA PEGAWAI PTD TUU PUN HERAN TAK PERNAH JUMPA MANUSIA MACAM DI IPGM

    ReplyDelete
  9. SEkarang ini Pensyarah IPG ramai yang dapat cemerlang. Tapi ramai juga yang lari dari tugas. Bila dah naik pangkat kerja makin kurang. Ada yang jadi Ketua Jabatan tapi beri prestasi yang rendah kepada kawan-kawan. Pengarah dan Timbalan Pengarah masih ditaku lama. Suka mengarah. Tahun 2014 ini masalah tak ada duit untuk buat aktiviti. Ramai Pengarah dan Timbalan Pengarah berada di zon selesa. Perjuangan untuk guru-guru IPG nii tak habis sehingga ada yang buka kolej sendiri kemudian tak dilulus oleh MQA. Ada pulak kawan-kawan jadi pensyarah memang minta betul kerjanya menyemak fail kawan-kawan. Mengabiskan duit kerajaan. Ada juga yang suka guna ISO. Kemudian MQF. Pelik sungguh pensyarah IPG. Tak ada sistem. Kalangan bijak pandai yang ada Sarjana dan PhD jadi bodoh dengan gelagat pensyarah kanan IPG. Kuat bodek Pengarah dan Timbalan Pengarah. Semuanya pembohong dan buta perut.

    ReplyDelete
  10. Senario dan janji Menteri Pelajaran dari 2010 sampai pembentangan badjet 2014 masih tak ada apa-apa perubahan. Kita tunggu 2015 mungkin ada peruntukkan kewangan untuk IPG. Apa pun bapak-bapak menteri kita nii pun buta perut juga. Janji saja banyak. Sebenarnya apa orang politik dan pegawai kanan berjuang untuk rakyat jika dibandingkan dengan raja siam atau jokowi. HAbuk pun tak ada. Malaysia boleh..

    ReplyDelete
  11. Kebanyakan kalangan menteri dan pegawai kanan hanya memikirkan kantung sendiri sahaja. Mereka pun bukan ada masa nak fikir pasal ilmu, keperluan rakyat dan jatidiri bangsa. Kebanyakannya pembohong besar dengan pangkat yang besar. Tidak apa yang membantu rakyat. Gah mereka kata bantu rakyat tetapi mereka robohkan gerai rakyat. Siapa yang tak bayar cukai pintu, rumahnya akan disita. Jika kita bela nyamuk kena denda tetapi penyelidikan pencegahan tak ada. Mereka seronok melancong. Ada sesetengah negeri raja, pegawai kanan kerajaan makan gaji buta. Mereka bukan pergi mengaji atau sambung belajar. Kerja mereka makan kedarah duit rakyat. Mereka bina rumah berjuta-juta samun tanah rakyat. Sawah padi dipajak kepada orang Cina. Ada kapalterbang mereka urus tak betul. Duit rakyat banyak habis.Kalau nak beri satu kenaikan gaji kepada guru yang jadi pensyarah diIPG yang memiliki Sarjana dan PhD memakan masa bertahun-tahun. Sama macam GLC urus sistem penerbangan Malaysia. Makan kedarah duit rakyat. Ahli politik dan pegawai kanan nii pembohong besar. Mereka rajin fikir soal makan, buat baju batik dan melancong. Tentang nak fikir fasal agama dan bangsa jauh sekali.

    ReplyDelete
  12. Assalam en roslan..ade tak en.kenal sorg pegawai permpuan yg mengaku DG48 kerja di situ..namanya Nisya Abdullah.

    ReplyDelete
  13. Assalam en roslan..ade tak en.kenal sorg pegawai permpuan yg mengaku DG48 kerja di situ..namanya Nisya Abdullah.

    ReplyDelete
  14. Dg48 atau Dg52 x silap saya.orgnya belum berkahwin berumur 30an.

    ReplyDelete
  15. Dg48 atau Dg52 x silap saya.orgnya belum berkahwin berumur 30an.

    ReplyDelete