Friday 15 January 2016

MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2016


Majlis Perutusan Tahun Baharu 2016 warga Kementerian Pelajaran Malaysia berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 12 Januari 2016 (Selasa) bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Perutusan disampaikan oleh YB Dato' Seri Mahadzir Khalid, Menteri Pelajaran Malaysia. 


KGMMB menghantar beberapa orang wakil diketuai oleh Dato' Hj. Mohamed Sabri Hj. Mohd Arsad, Presiden KGMMB. Pegawai Kanan KGMMB yang hadir antaranya Dato' Jamaluddin Jali, Dato' Amran Ghani, Hj. Atan Nordin, En. Mohd Said Hussin, En. Ahmad Nawawi Shaari, En. Jasni Md Kechik, En. Abu Bakar RA Mohd Abdullah, En. Kamarul Isam Isa, Hj. Masron Muhammad dan Dr. Roslan Saadon.


Antara intipati penting ucapan YB Menteri Pelajaran ialah penerusan PBS, cadangan mengkaji meniadakan UPSR, beban tugas guru, mengurangkan sistem online, sarana ibu bapa, lantikan PGB tanpa NPQEL, kelestarian alam sekitar, MBMMBI dan sebagainya. Satu pembaharuan yang dibuat oleh Menteri Pelajaran dalam perutusan tersebut ialah berucap tanpa rostrum dan teks. Beliau menyampaikan amanat secara santai dan berjaya menarik tumpuan audiens. Majlis perutusan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.





2 comments:

  1. Kebajikan pensyarah, Staf Sokongan dan lain-lain perjawatan dalam kalangan warga IPGK bukanlah suatu agenda penting dalam Kementerian Pendidikan. Jika seseorang pensyarah ditukarkan dari tempat asal semata-mata untuk kenaikan pangkat yang tidak ubah seperti mencaturkan seseorang mengikut citarasa pihak IPGM. Kadangkala sedih mengenangkan kawan-kawan yang ditukarkan ke Sarawak, Sabah atau dari Utara ke Selatan atau dari Selatan ke Utara maupun dari kawasan bandar ke Pantai Timur. Kadangkala pihak IPGM tidak ada hati perut menukarkan pegawai dengan risiko kebajikan pegawai tersebut terjejas. Jika dibandingkan dengan pegawai-pegawai awam yang lain seperti guru-guru sekolah, PDRM, ATM maupun pegawai perikanan pun ada rasa pertanggungjawaban keatas kebajikan pegawai mereka. Mereka IPGM seperti mempunyai kuasa penuh untuk 'menendang' mana-mana pegawai atau pensyarah kelokasi baru tanpa memperdulikan kebajikan mereka. Ada kalangan pensyarah yang tidur didalam kereta, tumpang bilik kawan-kawan. Bukannya tidak ada wang untuk menyewa bilik tetapi maklum saja kos sara hidup sekarang tinggi terutama dibandar-bandar besar seperti KL dan Johor. Kenaikan pangkat setakat RM1000.00 hanya habis untuk berulang-alik ketempat asal diSemenanjung atau ke Utara atau ke Pantai Timur. Kebajikan dan layanan keatas guru-guru sekolah adalh lebih sistematik dan baik jika dibandingkan apa yang dilakukan oleh pihak IPGM. Lazimnya lambat, tidak efektif dan kadangkala ada perasaan hasad dan dengki semasa melakukan pertuakaran pegawai. Moga Allah membuka hati-hati mereka yang bertugas di IPGM.

    ReplyDelete
  2. Semuga pegawai-pegawai di IPGM mempunyai rasa tanggungjawab jika menukarkan pensyarah atau staf IPGK pada masa mendatang. Rasanya setakat ini sejak penarafan maktab perguruan menjadi institut keadaan penempatan, kenaikan gred perjawatan, terutama aspek kebajikan memang tidak mendapat perhatian seiring dengan perjawatan dan kenaikan pangkat yang ditawarkan. Agak tergesa-gesa kenaikan pangkat diberi tanpa mengambil kira kebajikan mereka. Penstrukturan baru IPGK diharap lebih teliti serta mengambil kira kebajikan pensyarah dan staf.

    ReplyDelete