Saturday 28 June 2014

PENYELIDIKAN TINDAKAN



Pelajar T4PS,
Tidak lama lagi anda semua akan ke sekolah untuk mengikuti interim. Jangan lupa tugasan anda untuk menyiapkan laporan Penyelidikan Tindakan. Mengapa seseorang guru perlu menjalankan kajian tindakan di sekolah?

9 comments:

  1. Shangari Sivabalan28 June 2014 at 20:57

    Tutor kesayangan.. Pada pendapat saya, seseorang guru perlu menjalankan kajian tindakan di sekolah kerana kajian tindakan merupakan satu cara yang efektif dan berkesan untuk mengumpul maklumat. Maklumat yang dapat dikumpul melalui kajian tindakan ini membantu guru untuk memahami pelbagai aspek seperti amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid dan suasana dalam bilik darjah. Selain itu, kajian tindakan juga perlu dijalankan di sekolah kerana ia membantu guru memahami dan memperbaiki amalan pengajaran seperti dengan cara mempelbagaikan teknik pengajaran untuk memudahkan pencapaian kefahaman murid. Tidak dapat dinafikan, kajian tindakan turut memainkan peranan dalam menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shang yang bijaklasana,
      Jawapan yang baik. Semoga dapat menghasilkan kajian yang terbaik dan memperoleh markah cemerlang.

      Delete
  2. Pada pendapat saya,kajian tindakan perlu dilaksanakan oleh guru di sekolah atas beberapa sebab tertentu. Pertamanya, kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem P&P nya di kelas.Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru,meningkatkan prestasi pencapaian murid,mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek.
    Selain itu, pelaksanaan kajian tindakan oleh guru berupaya membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.
    Penyelidikan tindakan dapat menyumbang kepada pembangunan profesionalisme keguruan. “Sikap kritikal”, “pengamal yang reflektif”, “sikap bertanggungjawab serta penilai kendiri adalah asas kepada perkembangan profesionalisme keguruan. Ahli-ahli profesional adalah bertanggungjawab ke atas tindakan mereka. Oleh itu, melalui kajian tindakan menerusi semakan semula amalan secara berterusan, guru-guru boleh membuat justifikasi terhadap amalan mereka secara bertanggungjawab selepas melakukan refleksi kendiri dan penilaian kendiri.
    Kesimpulannya, amalan ini akan menghasilkan guru yang betul-betul profesional. Melalui amalan penyelidikan tindakan, guru akan berubah daripada teknokrat yang tidak kritikal kepada penyelidikan tindakan yang kritikal.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya penyelidikan timdakan dapat meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran.
    Peningkatan keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui peningkatan prestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu murid-murid. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Data yang telah dianalisis memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. Berpandukan kepada analisis data guru mengubahsuai amalan mengajar yang lalu supaya menjadi lebih berkesan. Proses mengutip data dan mengubahsuai amalan berlaku berulangkali sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi murid.

    ReplyDelete
  4. kajian tindakan sememangnya penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap guru kerana dengan kajian tindakan ini lah kita akan mengetahui sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran kita kepada pelajar. selain itu, dengan melaksanakan kajian tindakan jugalah kita akan mendapat jawapan kepada persoalan yang belum terjawab. baiklah, saya bagi contoh. saya mengalami masalah dalam mengawal kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, jadi persoalan saya mengapakah murid-murid tidak berminat dan tidak berkerjasama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. maka dengan melakukan kajian tindakan, saya pasti saya akan dapat menjawab persoalan bahkan akan dapat menyelesaikan masalah tersebut. kajian tindakan yang dilaksanakan juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan. apa yang dapat saya tegaskan di kajian tindakan sememangnya memberi banyak kepentingan kepada guru di sekolah terutamanya dalam meningkatkan lagi kredibiliti seorang guru untuk mendidik pemimpin masa hadapan. akhir sekali, cikgu nampak bergaya dalam gambar di atas

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, kajian tindakah ini dapat membantu seorang guru dalam mengatasi masalah murid dalam pembelajaran. dengan menggunakan model-model tertentu seperti Model Kemmis & McTaggart (1988) dan Model Lewin (1946), guru bukan sahaja dapat membantu murid dalam pembelajaran malah dapat meningkatkan lagi kualiti pengajarannya di dalam kelas. Seterusnya, berdasarkan refleksi pengajaran yang lalu, guru dapat merancang satu plan tindakan yang sistematik. Ia dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi guru dalam merancang pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan.

    ReplyDelete
  6. pada pandagan saya, kajian tindakan perlu dijlankan oleh guru kerana amalan ini dapat mempertingkatkan profesionalisme guru melalui penyelidikan yang dilaksanakan. Saya berkata sedemikian adalah kerana guru merupakan individu yang menguasai subjek yang diajar serta mengetahui cara pelaksanaannya. Ini bermakna, pengetahuan tentang kurikulum mestilah berdasarkan tugas yang dilaksanakannya. Pendapat saya, pengamal kurikulum seperti guru sepatutnya menjalankan kajian berdasarkan tugas-tugas mengajar. Dengan kata lain, guru mesti memahami dan menghayati matlamat serta hasil pembelajaran yang diharapkan daripada subjek tersebut. Seterusnya, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai. Namun begitu, tidak semua hasil pembelajaran berjaya dicapai. Oleh itu, refleksi penting untuk mengesan masalah yang dihadapi, membuat andaian punca wujudnya masalah tersebut.bagi membuktikan andaian adalah benar, kajian perlu dilaksanakan secara sistematik untuk memperbaiki masalah tersebut. Kepakaran sebagai seorang guru berupaya ditingkatkan dalam perkembangan kurikulum dan refleksi pengajaran seterusnya dapat melahirkan budaya profesional di sekolah

    ReplyDelete
  7. Ke hadapan tutor yang dikagumi.

    Gambar ini 5 tahun yang dahulu. Masih simpan lagi eh cik lan. Wahh, penuh nostalgia ini. Dan sekarang pun tengah menghitung bulan untuk meninggalkan IPG tercinta. How time flies :)

    Berbalik kepada soalan, kajian tindakan ini membantu saya sebagai seorang bakal guru dalam merancang P&P dengan lebih berkesan. Guru dikehendaki mengenal pasti masalah dan punca yang berlaku di dalam P&P dan memikirkan cara bagi penyelesaian kepada masalah tersebut mengikut kaedah, teknik dan pendekatan yang telah dipelajari semasa semester sebelum ini. Oleh itu, guru secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi keberkesanan P&P dan sekaligus meningkatkan prestasi murid-muridnya. Pendek kata, kenal pasti masalah- kaedah/teknik/pendekatan- baiki- aplikasi. Melalui masalah, guru dapat tingkatkan lagi pengajaran untuk menjadi lebih baik.

    Selamat menjalani ibadah puasa :)

    ReplyDelete
  8. kajian tindakan bertujuan untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam tugasnya iaitu menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan dalam PDP..

    ReplyDelete