Saturday 19 April 2014

MESYUARAT PEGAWAI KANAN KGMMB KALI KE-10, SESI 2012-14


Mesyuarat Pegawai Kanan KGMMB itu diadakan di Hotel Super Cowboy, Melaka pada 18 April 2014, bermula jam 8.30 malam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Mohamad Sabri Mohd Arsad, Presiden KGMMB. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah penggabungan pangkalan data KGMMB dengan Koperasi KGMMB Bhd, Penilaian Bersepadu PPP, Pelancaran Hari Guru 2014, isu Gred DG48 untuk pegawai kesatuan, mesyuarat agung cawangan dan sebagainya. Mesyuarat juga membincangkan perkara berkaitan Forum Remaja 2014. KGMMB diminta membuat satu kertas kerja oleh DBP untuk mencadangkan nama piala bagi pertandingan Forum Remaja yang ditaja oleh KGMMB. En. Roslan Saadon ditugaskan menyediakan kertas kerja tersebut dan bertanggungjawab menguruskan sebarang perkara yang berkaitan forum tersebut. KGMMB juga akan mengeluarkan peruntukan sebanyak RM5000.00 pada mesyuarat pengelolaan yang akan datang. Mesyuarat juga mencadangkan agar semua Cawangan KGMMB di setiap negeri menyumbang piala sebagai sokongan terhadap pertandingan tersebut dan komitmen memartabat bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment