Wednesday 27 March 2013

PENYERAHAN JURNAL BERWASIT


Buat kali pertama IPGKPP berjaya melahirkan sebuah jurnal berwasit hasil kerjasama Jabatan Penyelidikan dan Inovasi bersama para pensyarah institut dengan universiti luar. Jurnal Penyelidikan, Bil. 4, Disember 2012, dinaik taraf sebagai jurnal berwasit melalui proses penilaian dalaman dan luaran. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan inisiatif yang tinggi daripada Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPGKPP, maka Dr. S. Balasubramaniam, Ketua Jabatan JPIPK telah menyerah secara rasmi senaskhah jurnal tersebut kepada beliau. Jurnal Pendidikan Gerak yang merupakan jurnal terbitan tahunan IPGKPP juga diserahkan. Penyerahan rasmi kepada pengarah diadakan pada 8 Mac 2013, di Pejabat Pengarah. Dr. S. Balasubramaniam disertai oleh pensyarah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi yang terdiri daripada Dr. Tan Huat Tian, Dr. Chee kim Mang dan En. Roslan Saadon. Dalam pertemuan tersebut Tn. Hj. Khalid mengucapkan tahniah atas kejayaan menghasilkan jurnal tersebut dan menggesa jabatan mencari jalan meningkatkan lagi budaya penyelidikan di institut. Dr. S. Balasubramaniam selaku ketua jabatan memaklumkan bahawa pelbagai program telah disusun dan akan sentiasa berusaha membantu para pensyarah melibatkan diri dalam penyelidikan. 

No comments:

Post a Comment