Thursday, 5 September 2013

KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (CPD) GURU DG41 PERAK

Kursus yang melibatkan guru-guru DG41 negeri Perak ini berlangsung pada 3 hingga 7 September 2013 di Pangkor Holiday Resort, Pulau Pangkor. Kursus bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, serta motivasi guru bagi menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar. Guru merupakan pengurus bilik darjah yang penting dan penentu kepada kemenjadian pelajar. Sasaran kursus merupakan guru DG41 Zon Utara-K7 Perak. Para peserta menjalani kursus dengan penuh minat dan menunjukkan komitmen yang tinggi. Kursus dikendali oleh JPN Perak dengan kerjasama pensyarah IPG Kampus Pulau Pinang yang diketuai oleh En. Jamal Mohamed Abdul Rahman. Pensyarah yang terlibat ialah Pn. Teh Kim Hong, En. Aziz Ishak, Dr. Muhammad Raini Mat Rahim, Dr. S. Balasubramaniam, Dr. Parvinder Singh Amar Singh, En. Salahuddin, En. Zaili Idris dan En. Roslan Saadon. 









5 comments:

  1. Replies
    1. boleh tak terang sikit macam mana mencabar?

      Delete
    2. Apa yang mencabarnya?

      Delete
  2. ermm..means..cikgu sebagai pelaksana dasar perlu berganding bahu dgn semua pihak bg merealisaikan hasrat untuk melahirkan generasi yg seimbang dari semua aspek, ilmu, akhlak mahupun agamanya. cikgu kena sedar tanggungjawab cikgu ni bukar sekadar mengajar, tetapi mendidik ank bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah guru berjiwa pendidik...syabas bete...

      Delete