Monday, 1 April 2013

KAJIAN TINDAKAN T4PS


Salam sejahtera buat semua pelajar yang dikasihi.
Saya sudah dapat gambaran daripada beberapa orang pelajar tentang tugasan ini. Ada yang sudah jelas dan ada yang masih lagi kabur. Tugasan ini bukan penghasilan proposal. Ia adalah satu kajian tindakan yang lengkap antara 15-20 hlm sahaja. . Tugasan ini sebagai satu latihan penting dan menyumbang 50% markah. Justeru, kesungguhan, komitmen dan keikhlasan anda penentu kepada pencapaian markah yang cemerlang. Mini tesis yang lengkap akan dibuat pada semester hadapan. Naqib ada maklumat yang boleh dikongsi kerana dia telah datang mendapatkan penerangan daripada saya. 

Wednesday, 27 March 2013

PENYERAHAN JURNAL BERWASIT


Buat kali pertama IPGKPP berjaya melahirkan sebuah jurnal berwasit hasil kerjasama Jabatan Penyelidikan dan Inovasi bersama para pensyarah institut dengan universiti luar. Jurnal Penyelidikan, Bil. 4, Disember 2012, dinaik taraf sebagai jurnal berwasit melalui proses penilaian dalaman dan luaran. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan inisiatif yang tinggi daripada Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPGKPP, maka Dr. S. Balasubramaniam, Ketua Jabatan JPIPK telah menyerah secara rasmi senaskhah jurnal tersebut kepada beliau. Jurnal Pendidikan Gerak yang merupakan jurnal terbitan tahunan IPGKPP juga diserahkan. Penyerahan rasmi kepada pengarah diadakan pada 8 Mac 2013, di Pejabat Pengarah. Dr. S. Balasubramaniam disertai oleh pensyarah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi yang terdiri daripada Dr. Tan Huat Tian, Dr. Chee kim Mang dan En. Roslan Saadon. Dalam pertemuan tersebut Tn. Hj. Khalid mengucapkan tahniah atas kejayaan menghasilkan jurnal tersebut dan menggesa jabatan mencari jalan meningkatkan lagi budaya penyelidikan di institut. Dr. S. Balasubramaniam selaku ketua jabatan memaklumkan bahawa pelbagai program telah disusun dan akan sentiasa berusaha membantu para pensyarah melibatkan diri dalam penyelidikan. 

Saturday, 23 March 2013

TAKLIMAT KAD BARU KGMMB IHSAN FAZIL AGENCY

Taklimat berlangsung di Pejabat KGMMB, Jalan Sentul, Kuala Lumpur pada 23 Mac 2013. Y.Bhg Datuk Hj. Fazil bin Hj. Shafie, Pengarah Urusan Fazil Agency menyampaikan taklimat kepada Ahli Majlis Jawatankuasa KGMMB berkaitan kad yang ditawarkan. Kad tersebut merupakan kad keahlian baru KGMMB yang dikeluarkan oleh Fazil Agency. Kos kad berharga RM10.00 dan ahli cuma perlu membayar hanya RM2.50. Fazil Agency menanggung baki kos sebagai bayaran mengiklan Fazil Agency di dalam kad tersebut. Maklumat yang akan dimuatkan dalam kad tersebut adalah nama, nombor keahlian KGMMB dan Koperasi KGMMB Bhd, serta nombo-nomborr keahlian insuran. Dengan kewujudan kad baru ini diharap dan dipercayai keahlian KGMMB dan Koperasi KGMMB Bhd meningkat. 

Saturday, 16 March 2013

PERBINCANGAN MEJA BULAT 1

Perbincangan Meja Bulat 1 anjuran Jabatan Penyelidikan IPGKK melibatkan pensyarah IPGKPP dan dua orang pegawai dari PPD Tengah, Seberang Perai Tengah. Program dianjurkan oleh Jabatan Penyelidikan sebagai penganjur dan Jawatankuasa Akademik. Perbincangan Meja Bulat 1 dijalankan pada 15 Mac 2013, jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat 1-7, Blok Baru, IPGKPP. Tajuk yang dibicarakan adalah Perkongsian Pintar LINUS yang disampaikan oleh dua orang FasiLINUS dari PPD Tengah. Ceramah diselang seli dangan soaljawab yang membincangkan keperluan PPD dan khidmat yang boleh disalurkan oleh pensyarah IPG sebagai 'service enggagement'. Perbincangan menjadi lebih bermakna kerana melibatkan Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPGKPP yang turut memberikan maklumat dan pandangan. Beliau bangga dengan usaha PPD dalam pelaksanaan LINUS dan menggalakkan para pensyarah membantu menjayakan LINUS di PPD dan sekolah.

BENGKEL PENYELIDIKAN 1

Bengkel anjuran Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPGKPP ini berlangsung di Bilik Angsana pada 14 Mac 2013, bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Para peserta terdiri daripada para pensyarah IPGKPP dari pelbagai jabatan dan unit. Dr. Balasubramaniam dan Dr. Tan Huat Tian bertindak selaku penceramah/fasilitator bengkel tersebut. Dr. Tan Huat Tian memberikan input berkaitan penyediaan dan penulisan proposal, manakala Dr. Balasubramaniam pula memberikan input berkaitan penyelidikan kuantitatif. Selepas input disampaikan, bengkel dibuka untuk sesi soaljawab. Bengkel yang diselaras oleh Dr. Suah See Ling ini berlangsung dengan baik dan lancar. Bengkel Penyelidikan 2 akan berlangsung pada 9 Mei 2013.

Saturday, 23 February 2013

MESYUARAT PEMBINAAN VIDEO KORPORAT KGMMB

Mesyuarat berlangsung pada 23 Februari 2013 (Sabtu), jam 9.30 pagi di Pejabat KGMMB, Jalan Sentul, Kuala Lumpur. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj. Jamaludin Jali, Timbalan Presiden KGMMB. Pegawai KGMMB terdiri daripada En. Roslan Saadon, En. Mohd Said Hussin, En. Jusni Md. Kechik, Pn. Kamariah Sari, Pn. Rohana dan En. Mohd Khairul Akram. One Heart Motion, syarikat yang dipilih untuk pembinaan video korporat diwakili oleh Pengurus dan dua orang pembantunya. Timbalan Presiden membentangkan perkara-perkara yang diperlukan oleh KGMMB dalam video korporat yang bakal diterbitkan itu.. Pengurus One Heart Motion pula mengemukakan perkara-perkara yang boleh dibuat dan kos yang akan dikenakan. Seterusnya beliau menayangkan contoh video korporat yang dihasilkan. 

Sunday, 3 February 2013

PERBINCANGAN 3 PELAJAR T3PS

Para pelajar T3PS yang dikasihi sekalian.
Ketiadaan kemudahan internet di blok asrama boleh diatasi melalui cara membawa laptop di tempat yang mempunyai liputan internet. Pelajar juga boleh berkongsi dengan rakan-rakan yang mempunyai broadband. Markah untuk Perbincangan 1 dan 2 telah ditutup. Sila beri perhatian kepada soalan Perbincangan 3.
Soalan kali ini berkaitan maklumat yang kita perolehi semasa membuat penandaarasan di SK Alma Jaya. Banyak amalan baik dan contoh yang berguna boleh dijadikan panduan. Sila nyatakan satu daripada bahan bantu mengajar yang paling menarik minat anda semasa mengunjungi sekolah tersebut, atau apa sahaja yang menarik dijadikan iktibar.