Majlis
berlangsung pada 10 Januari 2017 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajya (PICC) bermula jam 8.00 pagi. Perutusan disampaikan oleh
YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. KGMMB diwakili
oleh Dato' Mohamad Sabri Hj. Mohd Arsad, Presiden; Tn. Hj. Atan Nordin,
Timbalan Presiden; En. Ahmad Nawawi bin Shaari, Setiausaha; Dato' Amran Ghani,
Naib Presiden 3 dan Dr. Roslan Saadon, Naib Presiden 1.
Antara kandungan perutusan Menteri
Pendidikan adalah Transformasi Nasional 2050 yang bertujuan membentuk dan
menyediakan generasi baharu masa hadapan berlandaskan Transformasi Nasional
2050. Menteri Pendidikan memaklumkan kemerosotan ekonomi memberi kesan kepada
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menuntut
pengubahsuaian bajet. Namun, Pentaksiran Antarabangsa TIMSS dan PISA
mencatatkan peningkatan. Malaysia berada pada kedudukan pertengahan antara 39
negara pesserta TIMSS 2015 berbanding 2011. Pendidikan yang fleksibel dan
bercorak kemahiran berjaya dipertingkat dengan kejayaan melahirkan 2273 graduan
Kolej Vokasional kohort pertama pada April 2016.
Dalam mengejar arus modenisasi dan globalisasi,
Pembelajaran Abad Ke-21 diperkenalkan kepada murid-murid. Ia berkonsepkan
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, terbuka, interaktif, menarik dan
berpusatkan murid. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum
Standard Baharu Prasekolah (KSBP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digunapakai di sekolah-sekolah mulai
2017. Turut diperjelaskan oleh Menteri Pendidikan adalah Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS), Perubahan UPSR, STEM, pemerkasaan TVET, keseimbangan ilmu dan
akhlak dan
No comments:
Post a Comment