Taklimat berlangsung di Pejabat KGMMB, Jalan Sentul, Kuala Lumpur pada 23 Mac 2013. Y.Bhg Datuk Hj. Fazil bin Hj. Shafie, Pengarah Urusan Fazil Agency menyampaikan taklimat kepada Ahli Majlis Jawatankuasa KGMMB berkaitan kad yang ditawarkan. Kad tersebut merupakan kad keahlian baru KGMMB yang dikeluarkan oleh Fazil Agency. Kos kad berharga RM10.00 dan ahli cuma perlu membayar hanya RM2.50. Fazil Agency menanggung baki kos sebagai bayaran mengiklan Fazil Agency di dalam kad tersebut. Maklumat yang akan dimuatkan dalam kad tersebut adalah nama, nombor keahlian KGMMB dan Koperasi KGMMB Bhd, serta nombo-nomborr keahlian insuran. Dengan kewujudan kad baru ini diharap dan dipercayai keahlian KGMMB dan Koperasi KGMMB Bhd meningkat.
adakah ahli dilindungi insurans .sekiranya ia apakah jenis tuntutan yg ada. selama ini tiada info ttg insurans ini.
ReplyDelete