Para pelajar T3PS yang dikasihi sekalian.
Ketiadaan kemudahan internet di blok asrama boleh diatasi melalui cara membawa laptop di tempat yang mempunyai liputan internet. Pelajar juga boleh berkongsi dengan rakan-rakan yang mempunyai broadband. Markah untuk Perbincangan 1 dan 2 telah ditutup. Sila beri perhatian kepada soalan Perbincangan 3.
Soalan kali ini berkaitan maklumat yang kita perolehi semasa membuat penandaarasan di SK Alma Jaya. Banyak amalan baik dan contoh yang berguna boleh dijadikan panduan. Sila nyatakan satu daripada bahan bantu mengajar yang paling menarik minat anda semasa mengunjungi sekolah tersebut, atau apa sahaja yang menarik dijadikan iktibar.
Sepanjang lawatan ke sek ren alma jaya, banyak pengalaman baru yang saya peroleh. Alat bantu mengajar sememangnya amat membantu murid dalam meningkatkan kefahaman dalam pnp. Disamping itu, ia juga membantu guru sebagai pemudahcara untuk menyampaikan pnp kepada pelajar. Sebagai contoh, alat bantu mengajar yang paling menarik perhatian adalah 'POKET ILMU'. Menurut Puan Siti, Pen Kanan 1, penghasilannya adalah idea bersama antara beliau dan guru pemulihan. ABM tersebut akan diletakkan di sekitar kawasan dewan untuk memudahkan murid menimba ilmu walaupun diluar waktu kelas. Sememangnya kreativiti yang tinggi amat diperlukan. Selain itu, ABM ini sebenarnya menarik perhatian murid dari segi penggunaanya, warna, dan bahan yang digunakan. Murid akan tertanya-tanya info apa yang bakal mereka peroleh melalui poket tersebut. Jadi, saya rasa inilah ABM yang amat menarik perhatian saya. Saya yakin, ini akan menimbulkan kesedaran kepada murid bahawa proses penerimaan ilmu bukan sahaja hanya dapat diperoleh di kelas, tetapi di mana'-mana dan bila-bila masa sahaja.
ReplyDelete5.0m
DeleteAlhamdulillah, sepanjang membuat penandaarasan di SK Alma Jaya, pelbagai input atau ilmu baru yang telah saya perolehi bersama rakan-rakan. Bagi saya, perksra yang menarik yang telah saya peroleh adalah pihak guru-guru di sekolah tersebut mencurahkan kemampuan dan ilmu mereka semata-mata untuk mendidik murid. Ini dibuktikan melslui keputusan pencapaian murid yang menunjukkan peningkatan setahun demi setahun sama ada aspek kokurikulum mahupun kurikulum. Guru besar juga ada menyatakan bahawa guru di sekolah ini kebanyakkannya mahir dalam bidang tertentu. Saya rasakan bahawa yang menjadi perkara penting bagi guru adalah keikhlasan untuk mengajar dan itu amat penting untuk pembelajaran murid.
ReplyDelete4.5m
Deleteterima ksih dr. roslan.
DeleteSepanjang mengikuti program BIG Fasa 5 ini pelbagai info baru telah saya perolehi. semasa sesi taklimat saya dapat melihat dengan jelas bagaimana pengurusan sekolah yg sistematik mampu menyumbang kepada kejayaan sekolah sama ada dari aspek kokurikulum ataupun kurikulum. Berdasarkan sesi perbincangan yang dijalankan bersama guru besar saya mendapati keadaan pentadbiran bercorak demokratik mampu menjadikan sekolah berjaya. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui pencapaian-pencapaian yg berjya diperolehi oleh SK Alma Jaya. Selain itu, perkara yang begitu menarik minat saya sepanjang berada di sekolah berkenaan ialah kurangnya bilangan tong sampah yang terdapat di kawasan sekolah. Meskipun bilangan tong sampah adalah terhad persekitaran sekolah masih lagi bersih. Sepanjang berada di sekolah berkenaan agak sukar bagi saya untuk melihat sampah sarap dibuang dimerata-rata tempat.
ReplyDelete5.0m
DeleteTerdapat pelbagai aspek yang menarik dan dapat dijadikan iktibar dan panduan telah dapat saya kenalpasti sepanjang penglibatan saya dan rakan-rakan di dalam program penandaarasan di SK Alma Jaya ini. Pertamanya, saya sangat kagum dan tertarik dengan keakraban Guru Besar selaku ketua pemimpin di sekolah tersebut bersama rakan-rakan guru yang lain termasuklah PK1,guru-guru mahupun murid-muridnya.Pada pendapat saya,hubungan yang baik antara seorang pemimpin dengan anak buahnya amatlah penting bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti mahupun program berkaitan sekolah dapat berjalan dengan baik dan lancar. Saya kagum dengan sikap dan kredibiliti yang dapat dilihat dalam diri guru besar SK Alma Jaya ini yang bertungkus-lumus membangunkan prestasi dan pencapaian sekolah samada aspek akademik ataupun kokorikulum. Selain itu, saya juga tertarik melihat kreativiti para guru yang kebanyakannya menggunakan bahan kitar semula atau bahan yang terpakai untuk membuat bahan bantu mengajar yang kreatif dan cukup inovatif. Sebagai contoh,saya melihat betapa kreatifnya guru di sana menghias pondok bacaan luar dengan pelbagai kad-kad bacaan dan bahan bacaan yang menggunakan CD terpakai dan sebagainya. Saya berasa tertarik melihat kejayaan pondok tersebut yang mendapat sambutan murid untuk membuat aktiviti bacaan di sana. Beralih pula kepada bahan bantu mengajar yang dapat diperhatikan di dalam bilik pemulihan sekolah tersebut. Kali pertama saya menjejakkan kaki ke bilik pemulihan itu,saya berasa teruja dan seronok untuk memasukinya. Hal ini demikian kerana terdapat variasi bahan bantu belajar yang terdiri daripada kad-kad imbasan,paparan kad bergambar,foto-foto,bahan yang digantung,dan hiasan dalaman bilik yang padat dan kemas. Sebagai seorang bakal guru,saya dapat menjadikan kunjungan saya ke bilik ini sebagai satu panduan dan cetusan idea bagi saya membina ABM yang lebih baik dan menarik. Kesimpulannya,saya seronok dan berbangga berpeluang meluaskan pengalaman di sekolah ini.
ReplyDelete5.0m
Deletesebelum itu, saya menyokong keterangan En. Roslan yang mana ketiadaan kemudahan internet di asrama boleh diatasi dengan pelbagai cara. Antara cadangan yang dikemukakan ialah, dengan membawa laptop ke kawasan yang mempunyai liputan internet dan sebagainya. Sebagai pelajar, internet merupakan keperluan dalam mencari maklumat yang diperlukan di samping berinteraksi secara maya dengan orang lain. Saya sendiri telah melanggan Blacberry Internet Service (BIS) pada telefon saya untuk keperluan harian saya.
ReplyDeleteberbalik kepada soalan, setelah diberikan taklimat saya dapati SK Alma Jaya merupakan satu sekolah yang mana cemerlang dari segi akademik mahupun kokurikulum. Antara faktor yang menyumbang kepada pencapaian tersebut ialah, taraf sosioekonomi keluarga murid -murid yang rata-rata tinggal di kawasan perumahan. selain itu, usaha gigih guru-guru sekolah tersebut yang mana bekerja keras dalam memastikan kecemerlangan daapat dicapai. Selain itu, sistem pentadbiran sekolah yang mantap turut meyumbang kepada faktor tersebut. Saya begitu tertarik dengan penampilan guru besar SK Alma Jaya yang bersahaja dan mudah mesra dengan murid dan guru. Beliau juga sendiri telah turun padang dalam membantu murid-murid yang bermasalah dalam pelajaran. perkara lain yang menarik minat saya ialah, sekolah tersebut amat cemerlang dalam bidang kokurikulum khususnya dalam permainan sepak takraw. Seterusnya, persekitaran sekolah yang bersih dan kondusif telah menarik minat saya. walaupun sekolah ini mempunyai bilangan murid 9++ orang murid, ia tidak menjadi untuk sekolah tersebut dalam mengekalkan kebersihan sekolah. pada masa yang sama, usaha guru-guru di sekolah ini khususnya guru pemulihan telah menarik perhatuan saya. Guru pemulihan ini sendiri telah berusaha menghias bilik pemulihan dengan menggunakan duit sendiri tanpa mengharapkan bantuan sekolah. Seperti apa yang diperkatakan oleh guru besar tersebut, beliau sendiri berpuas hati kerana melantik guru tersebut sebagai guru pemulihan. Guru sebegitu harus kita contohi kerana beliau berkhidmat tanpa mengira wang ringgit dan masa yang telah dihabiskan.
Sebagai kesimpulan, BIG fasa ke-5 ini telah membuka minda saya sebelum saya keluar berpraktikum pada bulan 4 ini. Diharapkan segala pengalaman dan nasihat dari guru dan pensyarah dapat memudahkan urusan saya dalam menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan komited terhadap tugas. Insya-Allah
5.0m. Top up 2.0m untuk cover perbincangan yang lepas.
DeleteJujur saya katakan, Sk Alma Jaya banyak memberi kesan yang positif dalam diri saya sebagai seorang bakal guru. Banyak input yang berguna dapat saya gunakan untuk diaplikasikan kepada murid-murid kelak.
ReplyDeleteSikap ramah mesra antara GB dengan kakitangan yang lain, sikap GB yang suka memberi nasihat yang positif kepada kakitangan yang lain juga secara tidak langsung telah membuka mata saya bahawa tidak ada apa yang dapat menjarangkan hubungan antara mereka ini..
Selain itu, Sk Alma Jaya juga mempunyai pelbagai mural yang menarik minat murid-murid. Jujur ingin saya katakan di sini, saya yang sudah meningkat umur ini pun tertarik dengan segala mural yang terdapat di sekolah tersebut. Jadi, tidak mustahil murid-murid di sana juga mengalami perasaan yang sama seperti saya ini. Guru-guru di sana mempunyai kreativiti yang mendalam dan berusaha untuk menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah
saya juga dapat melihat sikap ramah GB terhadap murid-murid tanpa mengiri latar belakang, prestasi dan kebolehan murid. Sikap sebegini merupakan sikap seorang pemimpin yang sentiasa prihatin dengan orang sekeliling.
Secar keseluruhan, saya berpuas hati dengan pemilihan sekolah ini sebagai BIG untuk semester kali ini. Banyak pengalaman, perasaan yang gembira dapat saya kumpul sepannjang hari berada di sana.
Akhir kata, saya sudahi ulasan saya ini dengan pesanan dari PK 1, "guru yang baik ialah guru yang kehadirannya dinanti-nantikan, dan kehilangannya ditangisi anak murid".
Sekian
5.0m
DeleteSaya bersetuju dengan cadangan Encik Roslan untuk membawa laptop ke tempat yang mempunyai kemudahan internet seperti di M-Square. Meskipun kemudahan internet di kolej kediaman sering maenghadapi gangguan, ia tidak boleh dijadikan sebagai satu alasan bak kata pepatah,"hendak seribu daya tak hendak seribu dalih."
ReplyDeleteBerbalik kepada tajuk perbincangan kita, saya amat bersyukur kerana telah berpeluang untuk menimba pelbagai pengalaman berharga semasa BIG kali ke 5 ini. Walaupun pernah menjejakkan kaki ke sekolah sebelum ini semasa SBE, namun pengalaman kali ini lain daripada yang lain kerana saya amat tertarik dengan pengurusan sekolah dan personaliti Guru Besar S.K.Alma Jaya yang amat berkarismatik ini. Beliau berpegang teguh pada kerjasam yang diberikan oleh guru-guru sekolah ini dan berusaha untuk bergerak bersama-sama bagi mencapai kecemerlangan dari segi kokurikulum dan kurikulum. Suasana di sekolah ini yang positif mampu menarik minat para guru dan murid agar memerah kudrat bagi meningkatkan kejayaan S.K. Alma Jaya ini.
Dari segi satu daripada ABM yang menarik minat saya semasa mengunjung sekolah ini pula, saya amat tertarik dengan "Poket Ilmu". "Poket Ilmu' ini adalah sampul berwarna-warni yang dilekatkan di dinding-dinding di dewan dan dibahagikan mengikut subjek-subjek tertentu seperti Matematik dan Sains. Setiap "poket" ini akan mengandungi lembaran kerja dan murid boleh menjawab lembaran kerja ini dan meletakkannya kembali ke dalam "poket" ini. Guru akan menyemak dan mengembalikan lembaran kerja ini.
Idea "poket" ini amat berguna sebagai satu medium untuk mengulang kaji subjek-subjek yang penting kerana murid dapat menilai kembali kefahaman mereka dalam menjawab lembaran kerja tersebut. Informasi-informasi juga dapat disampaikan kepada murid sebagai bacaan tambahan. Selain itu, "poket Ilmu" ini turut mengelakkan pembaziran masa berlaku kerana sekiranya murid sampai awal ke sekolah atau mempunyai masa yang terluang mereka boleh memanfaatkan penggunaan "poket Ilmu" ini. Bagi saya, "poket Ilmu" ini jelas menampakkan usaha guru yang kreatif dan inovatif dalam memberikan ilmu kepada murid. Saya berharap agar dapat mempratikkan idea yang bernas ini apabila menjadi guru pada masa hadapan. Sekian.
markah 5 untuk perbincangan ini, dan top up 2 untuk perbincangan lepas.
Deleteassalamualaikum..
ReplyDeletePertama sekali sy menyokong ulasan Cik Lan yang mengatakan bahawa ketiadaan internet di maktab bukanlah satu alasan untuk tidak melayari laman sesawang. kecuaian dan kelalaian sebenarnya menjadi faktor penting yang menyumbang kepada masalah ini. sebagai pelajar sebenarnya tidak ada alasan untuk mencari ilmu. ilmu hendaklah dicari kerana pembelajaran adalah bersifat berterusan dan sepanjang hayat. Oleh itu, kita tidak boleh bersikap acuh tak acuh sahaja. pesanan ini adalah untuk diri saya sendiri.
Seterusnya, untuk program BIG yang diadakan di SK Alma Jaya pula, banyak input2 yang menarik dan berguna telah saya perolehi. Saya sebenarnya tertarik dengan pengurusan sekolah terutama guru besarnya yang sempoi dan bersahaja. Beliau sanggup menerima kedatangan pelajar T3PS walaupun pada saat-saat akhir. sikap beliau ini sebenarnya amat terpuji dan wajar dicontohi oleh rakan-rakan semua. Pengurusan yang efektif menjadi pemangkin dominan dalam kejayaan dan kemajuan sesebuah sekolah. Selain itu, sikap pemimpin yang mengambil berat akan staf-staf yang berada dibawah turut menjadi penyumbang kepada kelicinan pentadbiran serta menjadikan pentadbiran di SK Alma Jaya dapat diuruskan secara sistematik dan efisien sekali. Sikap karismatik yang ditunjukkan oleh Guru Besar juga mendorong guru-guru yang lain menyumbang sepenuh tenaga dalam usaha SK Alma Jaya untuk mencapai kejayaan dalam bidang Kurikulum mahupun Kokurikulum.
Di samping itu juga, BIG kali ini memberikan motivasi kepada saya untuk menjadi guru yang komited dan sukses pada masa hadapan. Saya memetik kata-kata PK1 yang mengatakan bahawa " Guru yang baik adalah kedatangannya sentiasa ditunggu-tunggu dan pemergiaannya ditangisi". ini amat memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya sendiri. Bagaimana untuk menjadi guru seperti ini? jawapannya ada pada diri saya dan rakan-rakan semua. Apa yang pasti, kita perlu belajar untuk mencapainya dan bukannya hanya bersikap bersikap seperti "melepaskan batuk di tangga". Untuk berjaya bukan mudah tetapi kita boleh berusaha untuk mencapainya dan InsyaAllah kita akan berjaya jika kita berusaha.
Secara keseluruhannya BIG kali ini banyak memberikan saya pengalaman dan pembelajaran baru tentang alam persekolahan. Jika dulu kita hanya berada di sekolah untuk belajar, kini kita berada di sekolah sebagai tenaga pengajar pula. Oleh itu, segala pengalaman yang telah saya kutip sepanjang BIG di SK Alma Jaya ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk praktikum kelak. Mudah-mudahan saya berjaya dalam karier saya sebagai seorang bakal "Guru".
Akhir sekali, saya berharap agar saya dan juga rakan-rakan memperolehi ilmu yang amat berguna di SK Alma Jaya dan berjaya dalam praktikum kelak. Kalian adalah semangat saya dan tanpa kalian saya tidak akan berjaya sampai ke tahap ini. Terima kasih kepada Cik Lan kerana banyak memberikan sokongan kepada kami semua walaupun kami nakal. Jasa, bakti dan segala pahit maung Cik Lan mengajar dan menjadi ibu bapa angkat kami di sini hanya Allah yang mampu membalasnya.
Assalamualaikum Papa Lan dan sahabat..
5m, top up 3m untuk perbincangan lepas.
Deleteterima kasih papa Lan.. :-)
Deletepenggunaan internet kini diguna pakai secara meluas oleh masyarakat dunia khsusnya bagi pelajar yang perlu mengakses pelbagai web demi mncari maklumat yg diperlukan.. oleh itu sekiranya di bilik tiada line internet, maka pelajar perlulah mencari inisiatif untuk mndapatkan jaringan sesawang tersebut. selain penggunaan laptop, pelajar juga boleh melayari internet dengan menggunakan telefon bimbit pintar ataupun tablet yang mempunyai kebolehan untuk mengakses internet tanpa perlu membawa laptop yang besar dan berat pergi berjalan.
ReplyDeleteProgram BIG pada kali ini membawa saya dan rakan2 yang lain ke sebuah sekolah yang mana sekolah berkenaan mempunyai pencapaian yang boleh dibanggakan bukan sahaja oleh pihak sekolah itu sendiri malah murid-murid sekolah juga.
pentadbiran sekolah yang efektif tersebut dipimpin oleh guru besar yang berwibawa di mana bukan sahaja beliau seorang yang komited di dalam tugasnya malah guru-guru sekolah yang lain juga turut dimotivasikan dengan corak kepimpinannya. Kami telah diberi taklimat dan di bawa meninjau kawasan sekolah oleh guru besar itu sendiri. Menariknya juga tiada tong sampah di sekolah berkenaan yang menjadikan kawasan sekolah tersebut bersih dan bebas dari sampah..
Antara perkara menarik yang menarik perhatian saya adalah apabila ada seorang guru yang berpesan kepada kami, " guru yang baik ialah guru yang kehadirannya dinanti2kan,dan kehilangannya ditangisi anak murid.." kata2 tersebut sememangnya menyentuh hati saya di mana saya sebagai bakal guru juga berhasrat untuk menjadi guru yang baik bukan sahaja pada pandangan anak2 muridnya malah pihak sekolah itu sendiri.
akhir kata, BIG kali ini sememangnya memberikan pengalaman serta ilmu baru tentang alam persekolahan. saya berharap agar suatu hari nanti apa yang telah saya pelajari dapat saya aplikasikan di dalam sistem pendidikan si sekolah demi menjadi seorang guru yang cemerlang.
5m, top up 2m untuk perbincangan sebelum ini.
DeleteSalam Kepada cik lan yang disayangi.... Pada pandangan saya, saya amat bersetuju dengan kenyataan dari pihak cik lan yang mengatakan bahawa ABM amat penting dalam mencapai objektif pelajaran yang hendak dicapai.. Menurut pemerhatian yang saya dapat melalui lawatan ke sekolah rendah alma jaya tempoh hari, apa yang dapat saya simpulkan ialah hubungan guru dengan murid adalah amat baik sekali. Tidak semua ABM yang disediakan oleh guru dapat memaksimumkan objektif pelajaran yang ingin dicapai pada hari tersebut malah hubungan guru dan murid turut memainkan peranan penting dalam melaksanakan hasrat tersebut. Hubungan guru murid di sekolah alama jaya cukup dan jelas sekali ternyata bahawa mereka mempunyai hubungan erat. Malah perkara ini turut disebut oleh puan guru besar beliau yang menyatakan bahawa terdapat sebilangan pelajar yang terus berjumpa beliau untuk mengutarakan masalah mereka. Keadaan ataupun situasi ini menggambarkan bahawa pelajar selesa untuk berkomunikasi dengan pihak atasan untuk berkongsi pendapat mahupun meluahkan perasaan mereka. Oleh itu pembelajaran yang dihadapi oleh mereka akan lebih berkesan dek kerana hubungan yang erat tersebut. Bagi saya hubungan yang erat dan mesra yang ditonjolkan di sek. ren. alama jaya ini adalah sesuatu yang amat sukar untuk dicapai oleh semua sekolah kerana ianya dalah satu usaha berpanjangan yang memerlukan pengorbanan dan tolak ansur yang tinggi. Oleh itu budaya yang ditonjolkan oleh sekolah ini cukup mengharukan saya. Mengikut pengalaman lepas saya ketika di bangku sekolah, hubungan sebegini agak sukar dilaksanakan kerana terdapat sebilangan guru yang agak sukar bertolak ansur dengan pelajar dalam sesetengah perkara remeh. Dalam melaksanakan PnP berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan hubungan guru murid haruslah dipandang tinggi oleh semua pihak yang terlibat untuk memastikan murid memandang tinggi terhadap guru malah berasa seronok dalam menimba ilmu. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Peribahasa ini amat bersesuaian kerana amalan yang diterapkan di dalam sekolah ini cukup untuk membuka mata saya dalam menjalani praktikum kelak. Serba sedikit ilmu yang diperolehi daripada sekolah ini dapat saya praktikkan semasa berada di sekolah kelak. Tuntasnya sekolah rendah alam jaya memberikan banyak ilmu berguna untuk saya malahan sikap guru besar yang peramah dan baik hati turut cukup untuk membuakan semangat saya untuk bergelar seorang cikgu kelak.
ReplyDelete5m
DeleteSeperti rakan-rakan yang lain, saya juga bersetuju dengan pendapat encik roslan yang mengatakan bahawa tiadanya kemudahan internet ataupun wifi bukannya satu alasan untuk tidak menjadikan perbincangan secara maya ini sebagai medium untuk perkongsian ilmu, jika kita lihat dari satu sudut, medium ini banyak mendatangkan manfaat, bukan sahaja kepada kami untuk memperkasakan lagi penggunaan teknologi seiring dengan dunia yang serba moden sekarang malahan juga kepada penungunjung blog ini.
ReplyDeletekembali kepada tajuk perbincangan, sepanjang BIG kami disekolah Alma Jaya, banyak pengalaman dan juga input2 baru yang saya perolehi, antaranya ialah mural yang dilukis di dinding2 sekolah yang dapat memberikan motivasi kepada pelajar disekolah tersebut, saya sendiri berasa kagum dengan hasil2 mural tersebut, selain itu juga, saya berasa kagum dengan sikap yang telah ditonjolkan oleh guru-guru disana, sebagai contoh, guru pemulihan yang telah menyediakan bilik pemulihan dengan bahan-bahan bantu mengajar yang saya rasakan mampu menarik minat murid untuk belajar, serta bahan-bahan yang mudah namun memberikan impak yang mendalam kepada murid, kesungguhan guru tersebut juga dapat dilihat apabila sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk menghias bilik tersebut.
Saya juga tertarik dengan kata2 PK1 yang mana telah menasihati kami agar menjadikan kerja guru ini sebagai satu ibadat, ini kerana apabila kita menjadikannya sebagai satu ibadat, secara automatiknya kita akan berkerja dengan bersungguh2 tanpa mengira penat lelah demi memastikan kejayaan anak murid.
akhir sekali, saya berterima kasih kepada cik roslan keran telah mencadangkan sekolah ini sebagai tempat untuk kami menjalankan BIG untuk kali ke 5
5m
DeleteBagi saya penggunaan internet merupakan salah satu daripada cabang untuk memperoleh ilmu. Dunia di hujung jari merupakan salah satu lelebihan internet. Tetapi seandainya kita tidak boleh mengakses internet untuk mendapatkan maklumat, mengapa kita perlu menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak berusaha menggunakan alternatif yang lain. Pada pendapat saya, apa-apa pun berbalik pada keinginan kita untuk berusaha. Jalan sudah terbentang luas, cuma tinggal untuk kita melangkah sahaja. Gunakan minda untuk berfikir mencari alternatif lain untuk mengakses internet. Jika tidak boleh jugak, bak kata Cik Lan bawaklah laptop anda yang berharga itu ke tempat yang membolehkan anda mengakses internet. Mudahkan?
ReplyDeleteBerbalik kepada soalan,
Pertama sekali saya merasakan Sekolah Kebangsaan Alma Jaya adalah sekolah yang paling tepat yang Allah ilhamkan kepada Cik Lan untuk membolehkan kita menjayakan BIG fasa 5. Terima kasih atas cadangan Cik Lan. Apa yang pasti sekolah ini telah membuka mata saya untuk melihat kesungguhan Guru Besarnya iaitu Puan Norsiah Binti Ahmad yang dapat menjalankan pentadbiran secara demokratik. Meskipun beliau merupakan seorang wanita, kesungguhan beliau mentadbir sekolah ini sehingga berjaya benar-benar membuka mata saya sebagai bakal guru dan juga seorang wanita. Selain itu, sikap beliau yang amat penyayang dan mengambil berat terhadap kebajikan guru-gurunya benar-benar menyentuh hati dan sanubari saya. Bagi saya hubungan antara orang atasan dan bawahan amat penting dalam usaha melaksanakan pentadbiran yang efisien dan sistematik.
Kami telah dibawa puan guru besar untuk melawat persekitaran sekolah. Apa yang pasti, saya amat tertarik dengan sudut membaca yang terletak di hujung kawasan sekolah. Sebuah pondok menunggu telah diinovasi menjadi tempat untuk membaca bagi murid-murid. Kawasan yang redup dan banyak bahan bacaan secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk membaca. Sekalung tahniah jugak diucapkan kepada puan Hashimah iaitu guru yang bertanggungjawab menjadikan pondok menunggu ini sebagai sebuah pondok untuk membaca. Beliau juga menggunakan kreativiti beliau dengan menggunakan bahan yang terpakai dan menghias kawasan tersebut sehingga menjadi sebegitu cantik dan menarik. Selain digunakan untuk ruangan menunggu, murid dapat menambah ilmu dengan membaca. Benarlah bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.
Akhir sekali, bahan bantu mengajar di bilik pemulihan benar-benar memberikan saya gambaran awal kepada saya untuk menjadi kreatif seperti guru tersebut. Menurut Puan Norsiah, guru tersebut merupakan orang yang sangat kreatif serta mementingkan kebajikan murid-muridnya. Bayangkan, bilik pemulihan yang pada asalnya adalah kelas biasa, telah diinovasi sepenuhnya oleh beliau untuk memastikan murid-muridnya sentiasa berminat dan tertarik terhadap bahan bantu mengajar yang dihasilkannya. Penggunaan warna, susunan meja dan hiasan yang menarik benar-benar menjadikan kelas itu sangat menarik pada pemerhatian saya. Hal ini sedikit sebanyak membantu saya ntuk berusaha menjadi kreatif seperti beliau dalam usaha untuk mempelbagaikan pengajaran saya nanti.
Sesungguhnya, banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang lawatan saya di Sekolah Kebangsaan Alma Jaya. Semoga segala pengalaman dan pemerhatian sepanjang saya di sini dapat membantu saya menjadi guru yang cemerlang dalam menjalankan amanah yang bakal saya dan rakan-rakan pikul nanti. Bak kata Puan Siti Mariam, jadikan tugas guru sebagai satu ibadah dan insyaAllah anda akan berusaha sebaik mungkin untuk menunaikan ibadah tersebut.
5m, top up 2m
DeleteSaya begitu setuju bahawa ketiadaan internet bukan alasan atau penghalang kepada kita untuk berkongsi pendapat di sini.Kita perlu mengambil inisiatif sendiri sebagai usaha untuk menghidupkan pebincangan ilmiah ini.
ReplyDeleteMelalui lawatan penanda aras (benchmarking) di SK Alma Jaya saya sebagai guru pelatih mendapat pendedahan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.
Banyak maklumat yang saya dan rakan-rakan perolehi semasa membuat penandaarasan di SK Alma Jaya. Pelbagai kemudahan yang ada di SK Alma Jaya, dan pencapaian SK Alma Jaya yang begitu memberangsangkan sekali. Begitu banyak anugerah yang dirangkul membayangkan betapa guru-gurunya bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah. Kami juga telah dibawa sendiri oleh guru besar,Puan Asiah untuk mengenali SK Alma Jaya dengan lebih dekat lagi. Kami telah melihat perpustakaan, bilik seni dan tradisional, makmal komputer, bilik darjah, pejabat,bilik pemulihan, pra sekolah,pondok membaca dan melihat landskap yang dihias oleh guru sekolah tersebut. Saya begitu kagum dan terpesona melihat setiap sudut sekolah ini.Bilik pemulihan yang ceria dan menarik telah menarik perhatian saya semasa membuat tinjauan di sekitar sekolah itu.Banyak kemudahan bahan bantu mengajar telah disediakan oleh guru pemulihan.Pelbagai bahan bantu mengajar telah disediakan bagi meningkatkan kefahaman murid serta menarik minat murid untuk belajar.Saya begitu kagum dengan usaha padu guru pemulihan tersebut yang sanggup mengeluarkan bajet sendiri untuk menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti kad huruf,kad bernombor,kad sisip perkataan-gambar.guru pemulihan tersebut sangat kreatif menghias bilik tersebut.Ia akan menjadikan murid-murid berasa seronok dan ceria untuk belajar.selain itu,pondok membaca berdekatan ruang menunggu juga telah menarik perhatian saya.sudut tersebut menyediakan banyak bahan bacaan dan dihiasi dengan ABM yang diperbuat daripada bahan terpakai contohnya penulisan suku kata menggunakan CD.Sudut yang menarik dan bahan bacaan yang pelbagai akan membolehkan murid mengisi masa lapang mereka dengan baik.Akhir sekali,melalui lawatan,banyak amalan positif yang dapat dicontohi di sekolah tersebut.Amalan-amalan ini menjadi panduan kepada saya apabila menjadi guru kelak.
5.0m
DeleteSalam hormat kepada papa lan dan rakan-rakan..
ReplyDeleteSebagai pembuka bicara, saya dahulukan dengan ucapan ampun dan maaf (walaupun belum raya) kerana alasan saya yang menyatakan bahawa ketiadaan internet menyukarkan saya untuk mengikuti perbincangan ilmiah di ruangan ini. Segalanya bertitik tolak daripada keinginan dan usaha, sesuai dengan pepatah yang menyebut "hendak seribu daya, tak nak banyaklah ko punya dalih"..hehe..Insyaallah, kekhilafan ini tidak akan berlaku di masa akan datang.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pemilihan SK Alma Jaya bagi menjayakan BIG fasa 5 yang berfokuskan kepada penandaarasan merupakan satu keputusan yang tepat. Walaupun lawatan hanya berlangsung selama lebih kurang 9 jam, namun banyak input baru yang saya perolehi. Berdasarkan kepada perkongsian Puan Norsiah, saya melihat bahawa salah satu formula yang mereka gunakan untuk mencapai kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum adalah dengan mengamalkan semangat bekerja dalam satu pasukan. Penggemblingan tenaga dan paduan usaha secara bersama antara golongan pentadbir dengan para guru membantu sekolah ini mencatat kejayaan seperti mana yang telah diberitahu oleh guru besar semasa sesi taklimat.Berdasarkan pengamatan saya juga, ternyata Puan Norsiah berjaya menjadi peneraju yang baik. Beliau merupakan seorang pemimpin yang ada sifat karismatik, dalam kelembutan ada ketegasan.
Bercakap soal bahan bantu mengajar pula, saya amat tertarik dengan bahan-bahan pameran yang dipamerkan di perpusatakaan seperti alat-alat muzik tradisional (rebana, kompang dsb). Bahan-bahan ini merupakan bahan bantu yang bersifat auntentik yang mana boleh digunakan sekiranya tajuk pengajaran berkisarkan kepada kebudayaan dan keseniaan diajar kepada murid-murid. Selain itu, bilik pemulihannya juga lengkap dengan pelbagai bahan bantu pengajaran seperti bahan-bahan bacaan, kad-kad bergambar ditambah pula dengan dekorasinya yang menarik. Saya merasakan bahawa guru-guru di sini kreatif dan memberi komitmen yang baik terhadap tugas mereka.
Akhir kata, lawatan kali ini sedikit sebanyak menyumbang kepada persiapan diri kami yang akan berpraktikum tidak lama lagi. Mudahan-mudahan ilmu yang bermanfaat dan budaya sihat yang dipungut dari SK Alma Jaya boleh dijadikan garis panduan kepada saya dan rakan-rakan semua untuk menjadi warga pendidik yang berkaliber. "Kerjaya guru harus disertakan dengan keikhlasan"- PK Pentadbiran
5.0m, top up 3.0m
DeleteThanesh
ReplyDeleteSalam
Saya sangat setuju dengan persoalan yang diutarakan oleh Papa kami En. Roslan. Sebenarnya pada masa kini, tidak patut dijadikan alasan bahawa tiada kemudahan internet sedangkan banyak ruang yang diliputi dengan wifi di sekitar kawasan kampus. Oleh itu,tidak patut pelajar guru memberi alasan sebegini.
Berbalik kepada perbincangan, terlebih dahulu saya bersyukur kerana dapat mengikuti kursus BIG kali Ke IV dengan berjayanya bersama-sama rakan dan tutor kami ke SK ALMA JAYA. Saya sangat terharu dan teruja dengan segala pencapaian yang diperoleh oleh sekolah tersebut. Perkara yang sangat menarik yang dapat minat saya untuk menjadikan bahan bantu mengajar adalah kemudahan dan peralatan yang mampu disedikan oleh guru-guru disekolah tersebut. Misalnya di kelas pemulihan terdapat banyak bahan bantu mengajar hasil ciptaan dan rekaan guru-guru disekolah tersebut. Malah Saya sangat tertarik dengan mercu tanda yang dibina oleh salah seorang guru disana. Begitu kreatif sekali.
pPada pandangan saya mercu tanda itu sebenarnya dapat diaplikasikan sebagai salah satu BBM untuk murid-murid sewaktu mengajar subjek kajian tempatan atau kemhiran hidup. Malah begitu banyak sekali bahan-bahan buangan yang dijadikan sebagai BBM di sekolah tersebut. Walaupun hanya seketika sahaja kami berada disana, tetapi kami berasa tercapai juga hasrat kami untuk melihat sekolah tersebut sebagai penanda aras kali ini. Jutaa terima kasih kepada pihak yang terlibat... TQ En Lan..
5.0m
DeleteMelalui pengalaman program BIG fasa 5 ini, saya telah mendapat banyak input mengenai penanda aras sesebuah sekolah. Sebagai contoh kita boleh melihat kecemerlangan sekolah itu melalui ciri-ciri kepimpinan, pentadbiran sekolah, infrastruktur sekolah dan pencapaian dalam bidang ko-kurikulum dan kurikulum sesebuah sekolah. Sekiranya sesebuah sekolah itu menyerlah dalam beberapa aspek berikut, sekolah itu merupakan sekolah yang cemerlang dan hebat. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana aspek-aspek berikut merupakan tanda aras bagi mengukur kecemerlangan sesebuah sekolah. Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, faktor yang menyumbang kecemerlangan sekolah ini adalah pentadbiran sekolah yang harmoni dan efisien serta latar belakang keluarga murid-murid yang datang ke sekolah itu. Saya bersetuju dengan pendapat en roslan yang telah diperkatakan pada isnin yang lalu mengenai latar belakang keluarga murid juga telah mempengaruhi serba sedikit kejayaan sekolah ini. Kebanyakan murid yang hadir di sekolah itu merupakan murid daripada keluarga kelas pertengahan. Secara tidak langsung ibu bapa bg murid-murid tersebut memang mengharapkan kejayaan anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka telah dididik untuk cemerlang dalam pembelajaran dan sekali gus mereka datang ke sekolah dgn berbekalkan harapan yang tinggi daripada ibu bapa mereka untuk berjaya dalam pembelajatan. Oleh itu, hal ini secara tidak langsung telah menyumbangkan serba sedikit kepada kecemerlangan sekolah itu. Fenomena ini mungkin akan berbeza sekiranya sekolah ini berada di kawasan pendalaman atau kawasan kampung.
ReplyDeleteMengenai bahan bantu mengajar (BBM) pula, sebagaimana yang kita tahu, BBM merupakan sumber pengajaran yang amat penting semasa PnP kerana ia banyak memberi impak kepada pengajaran guru. Sebagai contoh BBM dpt menarik minat murid untuk belajar serta dpt memotivasikan diri murid untuk berusaha dlm pembelajaran mereka. Oleh itu, sekolah ini telah mengambil langkah yang proaktif dalam meningkatkan prestasi murid dengan menghasilkan pelbagai BBM serta berkongsi idea bagi menghasilkan BBM yg kreatif dan inovatif yang dapat membantu murid bagi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Sebagai contoh, sekolah ini telah menghasilkan satu inovasi dalam penghasilan BBM iaitu 'Poket Ilmu'. Saya sangat tertarik dgn idea ini krn ia merupakan satu bentuk BBM dimana penggunannya yang sangat meluas iaitu bukan sahaja di dalam bilik darjah bahkan dpt digunakan di luar waktu kelas. Poket Ilmu ini akan diletakkan di sekitar sekolah supaya murid mudah memperolehi ilmu. Saya melihat konsep ini seperti konsep wifi atau jalur lebar. Hal ini demikian kerana murid-murid dapat mengakses maklumat atau memperolehi ilmu dimana-mana sahaja mereka berada. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, idea ini adalah hasil daripada idea Pn. Siti, PK 1 bersama-sama dgn guru pemulihan. Sejujurnya saya sungguh kagum dgn perkara ini dan ini merupakan idea yg saya hendak ketengahkan di sekolah dimana saya mengajar nanti. Selain itu, saya juga kagum dgn bilik pemulihan sekolah ini. Suasana di bilik itu sgt kondusif,sgt menarik dan mempunyai daya tarikan utk menarik minat murid utk belajar. Guru pemulihan di sekolah ini amat kreatif dlm menghasilkan BBM. Selain itu idea mereka dalam menarik minat murid utk belajar juga sgt kreatif dan inovatif. Sebagai cth, guru pemulihan di sekolah ini sentiasa membuat perubahan terhadap suasana kelas pemulihan supaya murid tidak berasa bosan dgn kelas mereka sekali gus dpt memotivasikan diri murid utk terus menimba ilmu. Perkara ini juga boleh dijadikan cth serta boleh diaplikasikan apabila kita telah bergelar guru kelak.
5.0m, top up 2.0m
DeletePokoknya, guru-guru di SK Alma Jaya amat kreatif dlm menghasilkan perkara-perkara yg baru bg meningkatkan prestasi murid-murid. Mereka tidak bosan dlm membantu murid utk berjaya. Byk perkara yg boleh kita ambil cth di sekolah ini. Saya sgt beruntung dpt melawat ke sekolah ini krn sy dpt byk ilmu baru yg pasti tidak boleh diperolehi di dlm kelas. Pada pengamatan saya, objektif program BIG fasa 5 ini telah tercapai dgn jayanya. Di kesempatan ini juga, saya mewakili T3PS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd en roslan krn telah menjamu kami makanan yang sgt sedap dan memberi layanan yg sgt istimewa kpd kami merangkap anak-anak en roslan. Selain itu saya dan rakan-rakan juga ingin meminta maaf krn telah menyusahkan en roslan sekeluarga dan juga minta maaf sekiranya ada terguris hati atas perbuatan kami. Saya doakan semoga kehidupan en roslan sekeluarga diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
ReplyDeleteSaya amat bersetuju bahawa ketiadaan internet bukanlah penghalang bg pelajar untuk melaysri internet.inisiatif membawa laptoo ke kawasan yg mmpunyai internet dan meminjam broadband rakan adalah langkah yang boleh dilakukan.saya ingin menambah bahawa penggunaan telefon pintar juga boleh membantu kerana ia lebih kecil dan mudah dibawa kemana-mana.
ReplyDeleteBerkenaan perkara yang menarik perhatian saya mengenai big d sk alma jaya minggu lepas,saya amat berminat dengan kebolehan guru besar sekolh tersebut yang mampu untuk membentuk warga guru dan staf yang positif dalam tugas masing-masing.guru yang dipimpin dapat menampilkan kebolehan masing-masing dengan berkesan dan menerapkan ilmu yang ada pada mereka ke dalam diri murid.sebagai contoh,sekolah tersebut berjaya mencapai kecemerlangan yang membanggakan dalam kedua sektor akademik dan juga kokurikulum.hal ini adalah sesuatu yang menarik kerana ada sekolah yang mempunyai guru yang hebat tetapi tidak mempunyai dorongan dan sokongan yang padu daripada pihak atasan mengakibatkan guru tersebut tidak bersemangat ubtuk mencurahakan bakti sepenuh hati.
Seterusnya saya tertarik dengan hubungan antara guru dan pihak pengurusan sekolah.guru besar tersebut mendedahkaan bagaimana jika adanya aktiviti luar seperti pertandingan sukan,guru-guru akan keluar dan menyokong pasukan yang bertanding walaupun sukan yang dipertandingkan bukanlah sukan kegemaran mereka.hal ini menjadi bukti bahawa sekolah ini mempunyai asas hubungan yang kuat antara mereka dan tidak mustahil akan menjadi satu sumber aspirasi kepada murid untuk bertindak bersama-sama dalam memajukan diri masing-masing.
Selain itu,terdapat satu alat atau bahan ilmu yang digunakan di sekolah tersebut amat menarik.penggunaan poket ilmu di sekitar kawsan sekolah menjadi sesuatu yg baru dan mempunysi daya inovssinya sendiri.kemudahan mengakses bahan ilmiah melalui poket ilmu ini tidak dinafikan dapat membantu muris memajukan diri mereka dalam bidang akademik disamping menanam sikap cintakan ilmu kerans sekolah sendiri seperti membuat satu kempen yang menggalakkan murid untuk mencari ilmu.
Saya juga ingin mengutarakan pujian kepada guru-guru yang terlibat dalam penyediaan kelas pemulihan di sekolah tersebut.kelas yg ada amat menarik kerana guru bijak bermain warna dan juga berupaya menyediakan bahsn bantu mengajar yg menarik dan berguna.bilik yg ada seperti sebuah stor simpanan bhn bantu mengajar kerana kepelbagaian bhn pemulihan yg ada dpt membantu murid semaksimum mungkin dalam meningkatkan potensi diri mereka dan tidak berada di takuk lama.
Akhir kata,tidak bermakna semua kemudahan,semua ilmu yg dicurahkan jika tidak ikhlas.dengan ksta lain,sebagai guru,perkara pertama yg perlu diambil kirs adalah keikhlasan untuk mengajar dan mencurahkan ilmu yg ada kpd murid-murid kerana keikhlasan itulah yg akan membantu hati murid untuk trbuka dlm menerima ilmu.
Dgn ini,sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada encik roslan kerana telah membantu membimbing kami dan menyediakan kami dgn kperluan mental dan fizikal dlm usaha menyelesaikan big ini.sebarang kesalahan,kesilapan yg wujud sama ada kmi sdar atau tdk smasa big ini,sy ingin memohon maaf kepada semua yg terlibat dlm menjayakan big ini.
Majulah guru untuk negara.
5.0m, top up 3.0m
ReplyDeletetrime kasih cik lan..
DeleteProgram BIG penandaarasan di SK Alma Jaya amat menyeronokkan dan memberi banyak input berguna kepada saya dan rakan-rakan. Pelbagai rahsia kejayaan sekolah tersebut telah dikongsi bersama-sama pelatih guru. Saya berasa bersyukur kerana pihak sekolah tidak lokek memberikan tips-tips berguna buat kami.Di tambah pula dengan sambutan yang baik dan layanan mesra dari pihak sekolah membuatkan saya teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sekolah tersebut.
ReplyDeleteMemang tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai amalan yang baik yang disediakan oleh pihak sekolah. Salah satu yang menarik perhatian saya ialah bacaan Surah Yassin pada setiap pagi jumaat. Di sini dapat dilihat bahawa sekolah tersebut bukan hanya mementingkan akademik, tetapi aspek kerohanian juga ditekankan. Itu merupakan satu usaha yang baik untuk membentuk insan yang kamil.
Selain itu, amalan baik yang saya dapat lihat ialah dari aspek kebersihan.Daripada pemerhatian, saya lihat sekolah tersebut kurang menyediakan tong sampah. Hanya terdapat beberapa tong sahaja yang kelihatan. Murid dilatih untuk membuang sampah di tong sampah yang disediakan ataupun murid membuang sampah mereka di rumah. Ini merupakan satu amalan yang baik dan jaran dipraktikkan di sekolah-sekolah lain.
Amalan baik yang menarik minat saya yang diamalkan di sekolah tersebut ialah semua guru akan turun padang untuk memberikan sokongan apabila sekolah mereka menyertai sesuatu pertandingan. SEbagai contoh, jika sekolah tersebut memasuki pertandingan bola jaring, semua guru dengan sukarelanya bersemangat melihat pertandingan tersebut untuk memberi sokongan padu kepada pasukan sekolah mereka. Bukan seperti kebanyakkan sekolah di mana guru pembimbing@ jurulatih saja yang akan turun padang.Saya amat kagum dengan sikap guru-guru tersebut kerana semasa saya bersekolah dahulu, tidak semua guru-guru saya akan tuun padang begitu.
Dari sudut bahan bantu mengajar, saya dapat lihat guru-guru di SK ALMA JAyA amat kreatif dan bersungguh-sungguh untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan. Sebagai Contoh, kita lihat bilik pemulihan. Apabila saya masuk ke bilik tersebut, satu perasaan selesa muncul dalam diri saya dan saya rasa seakan-akan berada di rumah. Bilik tersebut sangat bersih dan ceria. Ditambah pula dengan pemaidani dan alas meja yang sesuai dengan umur murid akan membolehkan murid lebih selesa untuk belajar. Pelabagai kad-kad imbasan, kad gambar ditampal di dinding kelas yang dapat meningkatkan pemahaman murid.Ini juga telah memberikan saya inspirasi dan idea untuk menghasilkan ABM ketika praktikum nanti.
ABM lain yang menarik saya ialah doh daripada tepung yang saya lihat di Prasekolah. Jika dahulu ramai guru yang menggunakan plastisin sebagai ABM,namun sekarang mereka menggunakan doh kerana ianya lebih selamat untuk murid. Ini merupakan sesuatu yang baru buat saya dan boleh diaplikasikan ketika berpraktikum nanti.