Mesyuarat Agung Ikatan ke-10 berlangsung di Pejabat Pemenang, Jalan Pemenang, Pulau Pinang pada 19 Mei 2013 bermula jam 10.00 pagi. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Wira Abdul Latif Abu Bakar, Ketua 1 Gapena. Dalam ucapan rasmi, Datuk Wira memaklumkan pendirian Gapena dan Ikatan dalam mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu. Beliau menyeru agar Ikatan meningkatkan perpaduan dan seterusnya menjadi badan yang peka dengan kepentingan orang-orang Melayu. Dalam mesyuarat tersebut timbul beberapa usul dan cadangan antaranya penubuhan badan NGO untuk penyatuan Melayu dan kerjasama antara UMNO dan PAS.
Cadangan penyatuan UMNO-PAS dikemukan oleh GPMS Sungai Pinang. Menurut Yang Dipertuanya, tidak boleh tidak penyatuan tersebut perlu dilaksanakan. Masing-masing perlu mengendurkan prinsip mereka agar jalan penyatuan dapat dicapai. Tuduh-menuduh, bersangka buruk dan dendam-mendendam perlu dibuang. Masing-masing perlu mengiktiraf perkara-perkara yang baik dan positif dalam kedua-dua parti tersebut. Hal ini selaras dengan kenyataan Ustaz Nasharuddin, bekas Naib Presiden PAS iaitu "Tidak semua dalam UMNO syaitan dan tidak semua dalam PAS malaikat".
No comments:
Post a Comment