Majlis tersebut berlangsung di Hotel Vistana, Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 10 Mei 2013 bermula jam 8.00 malam. Tetamu kehormat pada malam itu ialah Tuan Yang Terutama Tun Dato'Seri Utama (Dr.) Hj. Abdul Rahman bin Hj. Abbas dan isteri. Majlis diserikan dengan persembahan oleh kumpulan penari Perpustkaan Negeri Pulau Pinang dan delegasi Sumatera, Indonesia. Dalam ucapan alu-aluan, Prof. Datuk Wira Abdul Latif Abu Bakar selaku Ketua 1 Gapena, memaklumkan program yang telah dijalankan dan akan dijalankan melibatkan kerabat Gapena. Satu daripada program besar yang akan dijalankan oleh Gapena adalah penghasilan Buku Biografi Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Tiga orang penyair dianugerahi Tokoh Penyair Gapena dan disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.
Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang selaku Timbalan Pengerusi Program Hari Puisi Nasional XIX diberi penghormatan berada bersama Yang di-Pertua Negeri di meja VVIP. Pada malam tersebut juga, Gapena telah mengadakan majlis memotong pulut kuning sempena ulang tahun kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri yang ke-75. Majlis makan malam itu berlangsung dengan meriah dan mempertemukan para penggiat sastera, penyair dan para cendikiawan.

No comments:
Post a Comment