Saturday, 19 April 2014

MESYUARAT PEGAWAI KANAN KGMMB KALI KE-10, SESI 2012-14


Mesyuarat Pegawai Kanan KGMMB itu diadakan di Hotel Super Cowboy, Melaka pada 18 April 2014, bermula jam 8.30 malam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Mohamad Sabri Mohd Arsad, Presiden KGMMB. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah penggabungan pangkalan data KGMMB dengan Koperasi KGMMB Bhd, Penilaian Bersepadu PPP, Pelancaran Hari Guru 2014, isu Gred DG48 untuk pegawai kesatuan, mesyuarat agung cawangan dan sebagainya. Mesyuarat juga membincangkan perkara berkaitan Forum Remaja 2014. KGMMB diminta membuat satu kertas kerja oleh DBP untuk mencadangkan nama piala bagi pertandingan Forum Remaja yang ditaja oleh KGMMB. En. Roslan Saadon ditugaskan menyediakan kertas kerja tersebut dan bertanggungjawab menguruskan sebarang perkara yang berkaitan forum tersebut. KGMMB juga akan mengeluarkan peruntukan sebanyak RM5000.00 pada mesyuarat pengelolaan yang akan datang. Mesyuarat juga mencadangkan agar semua Cawangan KGMMB di setiap negeri menyumbang piala sebagai sokongan terhadap pertandingan tersebut dan komitmen memartabat bahasa Melayu.

Friday, 18 April 2014

MAJLIS RAMAH MESRA TPM BERSAMA WARGA IPG ZON UTARA


Majlis bersejarah itu berlangsung pada 17 April 2014 (Khamis) di IPG Kampus Pulau Pinang bermula jam 2.30 petang. Ketibaan Y.ABhg Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia disambut oleh KPPM, Rektor, Pengarah IPGKPP dan pemimpin-pemimpin politik tempatan. Sejurus sampai, TPM dibawa melawat le Sudut Pameran Akademik IPG dan seterusnya melawat ke asrama institut. Selepas selesai lawatan, TPM dibawa ke Gelanggara untuk sesi bersama warga IPG. Majlis bermula dengan ucapan Rektor dan seterusnya ucapan TPM. Ucapan TPM amat memberangsangkan dan mendapat tepukan gemuruh dari warga IPG. Dalam ucapan tersebut beliau mengumumkan peruntukan sebanyak 2.8 juta untuk membaiki asrama dan 0.5 juta untuk membaiki Dewan Agung IPGKPP. Warga IPG terasa kagum dan bangga apabila TPM turun dari pentas dan bernyanyi dengan kumpulan koir semasa sesi penutup. Majlis diakhiri dengan jamuan melibatkan tetamu kehormat, warga IPG dan semua hadirin.










REKTOR MELAWAT UKCG

Sempena Majlis Ramah Mesra TPM Bersama Warga IPG Zon Utara pada 17 April 2014 di IPG Kampus Pulau Pinang. Rektor yang hadir awal untuk majlis tersebut, mengambil kesempatan melawat Pusat Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) di IPG Kampus Pulau Pinang. Beliau diiringi oleh Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPGKPP; En. Abdul Rahim, Pengarah Jaminan Kualiti IPGM; En. Bob, Pegawai Pengurusan IPGM; dan En. Roslan Saadon selaku pengiring Rektor. UKCG diuruskan oleh Jabatan PJK IPGKPP yang diketuai oleh Pn. Amy Wong Onn Mei. Tuan Sulaiman Wak, Rektor IPGM melawat Pusat Ujian Bertulis dan seterusnya melihat para calon menjalani Ujian Kecergasan. Kehadiran yang tidak diduga itu amat bermakna dan menyuntik semangat para pensyarah dan pelajar yang terlibat menguruskan ujian tersebut. Sebelum Rektor meninggalkan pusat ujian, pensyarah dan pelajar sempat bergambar dengan beliau.






Tuesday, 15 April 2014

WAWANCARA YANG DIPERTUA PERADABAN OLEH MEDIA



Pihak Media dari Yayasan Kepimpinan & Strategi Malaysia cuba mendapatkan maklumat berkaitan petempatan dan pemilikan tanah orang Melayu Pulau Pinang melalui temuramah dengan En. Roslan Saadon, Yang Dipertua Peradaban. Wawancara berlangsung di Blok Akademik, IPG Kampus Pulau Pinang pada 14 April 2014, jam 5.30 petang. Turut hadir, Pn. Normawar Marzuki, Timbalan Yang Dipertua Peradaban. Dalam wawancara tersebut timbul beberapa perkara yang dibincangkan antaranya:

  1. Lemahnya ekonomi membuatkan orang Melayu gagal untuk mengekal tanah dan memiliki hartanah di Pulau Pinang terutama di kawasan Pulau.
  2. Peranan orang tengah/ pembeli yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan impak penjualan tanah menyumbang kepada isu kegagalan pemilikan hartanah penduduk asal.
  3. Kedudukan politik Melayu yang lemah juga menyumbang kepada masalah menentukan dasar pemilikan hartanah yang mesra penduduk asal.
  4. Sosiobudaya kehidupan orang Melayu kurang mementingkan kehidupan duniawi dan kebendaan juga menjadi faktor penting. Sistem ekonomi saradiri (konsep secukup hidup) yang diwarisi  sejak dahulu menjadikan orang Melayu tidak tamak, tenang dan lebih mementingkan kerohanian dan kemasyarakatan.
  5. Masalah pemilikan hartanah dalam kalangan orang Melayu semakin meruncing kesan pembangunan yang hebat. Pembinaan jambatan kedua menjadikan kawasan Batu Maung dan sekitarnya eksklusif dan mahal. 
  6. Tanah yang ditawar dengan harga yang tinggi oleh pihak pemaju menjadi daya penarik utama kepada pemilik tanah. Tanah yang mahal meningkatkan kos pembinaan dan ini akan meningkatkan harga hartanah. Golongan bawahan dan pertengahan tidak mampu memiliki hartanah yang terlalu mahal. Maka dalam hal ini golongan peniaga dan profesional atas yang mampu memiliki hartanah tersebut.

Sunday, 6 April 2014

MAJLIS FAREWELL DINNER MALAYSIA-SINGAPORE MOE 10TH ANNUAL GAMES 2014

Majlis 'Fareweell Dinner'  itu berlangsung di Vistana Hotel pada 5 April 2014 bermula jam 8.00 malam melibatkan kira-kira 550 orang tetamu dari KPM dan KPS. Para tetamu disajikan dengan makanan dan pelbagai persembahan kebudayaan dari Malaysia dan Singapura. Pegawai TinggiKPM yang hadir antaranya Y.Bhg Datuk Dr. Madinah, KSU KPM; Y.Bhg. Datuk Dr. Khair, KPPM; Dato' Syufaat Tumin, Dato' Misrah, En. Sulaiman Wak dan lain-lain. KSU Kementerian Pelajaran Singapura turut hadir dalam majlis tersebut. 

Pada siangnya para peserta terlibat dengan pelbagai permainan yang dipertandingkan seperti bola sepak, bola jaring, sepak takraw, badminton, golf, permainan dalam dan sebagainya. Rektor IPGM terlibat dalam pertandingan golf yang diadakan di Padang Golf Bukit Jambul. Dalam acara itu, KPM berjaya menewaskan KPS. Selepas pertandingan, rektor mengambil kesempatan mengelilingi Pulau Pinang diiringi oleh En. Roslan Saadon dan En. Kamal dari IPG Kampus Pulau Pinang.













Saturday, 5 April 2014

MALAYSIA-SINGAPORE MOE 10TH ANNUAL GAMES 2014

Malaysia-Singapore MOE 10th Annual Games 2014 satu Majlis 'Welcome Dinner'  diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Restoran Pan Mutiara Batu Maung, Pulau Pinang pada 4 April 2014, bermula jam 8.30 malam. Majlis melibatkan warga KPM dan warga Kementerian Pelajaran Singapura (KPS). Pegawai-pegawai Tinggi KPM diketuai Ketua Setiausaha hadir pada malam tersebut. En. Sulaiman Wak, Rektor IPGM juga turut hadir. En. Roslan Saadon bertindak sebagai pegawai pengiring kepada rektor sepanjang beliau berada di Pulau Pinang. Pelbagai permainan dipertandingan dalam acara tahunan itu. Rektor IPGM terlibat dalam pertandingan golf yang diadakan di Golf Resort, Bukit Jambul, Pulau Pinang.








PELANCARAN RAKAN PERPUSTAKAAN

Majlis Pelancaran Rakan Perpustakaan disempurnakan oleh Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang. Majlis kelolaan Unit Pusat Sumber ini diadakan pada 5 April 2014, di Gelangara pada jam 8.00 pagi. Syazwani Syamil (gambar kedua) yang berjaya menghasilkan novel diberikan Anugerah Khas oleh Pusat Sumber/IPGKPP. Kejayaan beliau itu membanggakan warga institut dan memberi petanda bahawa pelajar IPG juga mempunyai pelbagai potensi yang boleh ditonjolkan. Dalam ucapan perasmian, pengarah mengucapkan tahniah kepada pihak Pusat Sumber dan mereka yang menerma hadiah serta mereka yang terlibat menjayakan ulasan buku. Beliau juga menyatakan bahawa membaca banyak mendatangkan kebaikan antaranya membina ilmu baru, mencipta inovasi dan menjadikan pembaca kaya dengan ilmu pengetahuan. Menurut beliau lagi ilmu datang melalui pelbagai saluran dan kita perlu bijak menyaring antara yang baik dan yang buruk.