Tuesday, 15 April 2014

WAWANCARA YANG DIPERTUA PERADABAN OLEH MEDIA



Pihak Media dari Yayasan Kepimpinan & Strategi Malaysia cuba mendapatkan maklumat berkaitan petempatan dan pemilikan tanah orang Melayu Pulau Pinang melalui temuramah dengan En. Roslan Saadon, Yang Dipertua Peradaban. Wawancara berlangsung di Blok Akademik, IPG Kampus Pulau Pinang pada 14 April 2014, jam 5.30 petang. Turut hadir, Pn. Normawar Marzuki, Timbalan Yang Dipertua Peradaban. Dalam wawancara tersebut timbul beberapa perkara yang dibincangkan antaranya:

  1. Lemahnya ekonomi membuatkan orang Melayu gagal untuk mengekal tanah dan memiliki hartanah di Pulau Pinang terutama di kawasan Pulau.
  2. Peranan orang tengah/ pembeli yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan impak penjualan tanah menyumbang kepada isu kegagalan pemilikan hartanah penduduk asal.
  3. Kedudukan politik Melayu yang lemah juga menyumbang kepada masalah menentukan dasar pemilikan hartanah yang mesra penduduk asal.
  4. Sosiobudaya kehidupan orang Melayu kurang mementingkan kehidupan duniawi dan kebendaan juga menjadi faktor penting. Sistem ekonomi saradiri (konsep secukup hidup) yang diwarisi  sejak dahulu menjadikan orang Melayu tidak tamak, tenang dan lebih mementingkan kerohanian dan kemasyarakatan.
  5. Masalah pemilikan hartanah dalam kalangan orang Melayu semakin meruncing kesan pembangunan yang hebat. Pembinaan jambatan kedua menjadikan kawasan Batu Maung dan sekitarnya eksklusif dan mahal. 
  6. Tanah yang ditawar dengan harga yang tinggi oleh pihak pemaju menjadi daya penarik utama kepada pemilik tanah. Tanah yang mahal meningkatkan kos pembinaan dan ini akan meningkatkan harga hartanah. Golongan bawahan dan pertengahan tidak mampu memiliki hartanah yang terlalu mahal. Maka dalam hal ini golongan peniaga dan profesional atas yang mampu memiliki hartanah tersebut.

No comments:

Post a Comment