Program Penanda Arasan di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) belangsung pada 7 hingga 9 November 2013 melibatkan sekumpulan pensyarah yang terdiri daripada Ketua Jabatan dan Ketua Unit IPG Kampus Pulau Pinang. En. Roslan Saadon dilantik oleh Ketua Unit LDP mengetuai rombongan ke IPGKTAA yang berlangsung pada 8 November 2013. Para delegasi dijemput dari Hotel Centre Point, Lipis oleh pihak IPGKTAA dan dibawa ke IPG mereka. Pn. Hjh. Salbiah, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mewakili Pengarah IPGKTAA bersama-sama beberapa orang pensyarah meraikan delegasi IPGKPP sejurus sahaja sampai. Pelbagai maklumat berguna diterima antaranya ialah sistem penggunaan kupon dan hubungan baik JPP-HEP, perkongsian pintar amalan LDP, program peningkatan penyelidikan anjuran PIPK, paparan peristiwa penting dan bersejarah di dinding bangunan dan penghasilan jurnal oleh JIP IPGKTAA. Suatu yang amat mengkagumkan para delegasi ialah keceriaan dan kebersihan di IPGKTAA.
Dalam pembentangan wakil Jabatan PIPK, ada disebutkan tentang kajian Orang Asli yang dijalankan oleh IPGKPP dan ianya menggembirakan delegasi yang hadir. En. Roslan Saadon mengulas hal tersebut dengan panjang lebar pada sesi soaljawab. Wakil Jabatan PIPK seterusnya membentang pelbagai program dan kegiatan yang dijalankan oleh JPIPK. Apabila ditanya tentang kekuatan penyelidikan di IPG beliau menjelaskan mengikut pandangan peribadinya masih belum lagi menyeluruh dan tidak menjadi budaya di kebanyakan IPG. Beliau percaya kekuatan penyelidikan dan penerbitan di sesuatu IPG bergantung kepada individu-individu tertentu yang aktif menyelidik dan menulis. Ketua JPIPK di IPGKTAA misalnya menghasilkan banyak penulisan dan penerbitan. Taklimat disudahi dengan sesi pertukaran cenderamata antara kedua-dua IPG.
Lawatan IPGKPP dimulakan dengan jamuan sarapan pagi dan diakhiri dengan makan tengah hari. Sesungguhnya layanan yang sempurna dan penerimaan pelbagai maklumat berguna meninggalkan kesan yang mendalam kepada pensyarah IPGKPP yang hadir. Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak IPGKTAA.

No comments:
Post a Comment