Thursday, 16 February 2017

PENERIMA PINGAT KGMMB


Dari kiri Hj. Atan Nordin, Dato' Hj. Roslan Madon, Dato' Hj. Jamaludin Jali,
Pengarah JHEKS Wilayah Persekutuan, Datuk Azih Muda, Dato' Mohamed Sabri,
Hj. Saidin Rashid dan Hj. Fadzalih Mahmud


Lima orang bekas pemimpin KGMMB menerima pingat sempena Majlis Makan Malam dan Perasmian Seminar Pendidikan dan Pengurusan Kesatuan. Majlis berlangsung pada malam 20 Januari 2017 di Hotel Kuala Lumpur International. Empat orang dikurniakan Pingat Jasa Bakti (PJB) iaitu Dato' Haji Roslan Madon, Tn. Hj. Fadzalih Hj. Mahmud, Tn. Hj. Saidin Rashid dan Tn. Hj. Atan Nordin. Seorang dikurniakan Tokoh Kepimpinan KGMMB iaitu Dato' Haji Jamaluddin Jali, mantan Timbalan Presiden KGMMB. Pingat disampaikan oleh Datuk Azih Muda, Presiden CUEPECS. Mereka yang dikurniakan pingat merupakan para pemimpin KGMMB yang aktif dan memberi sumbangan yang besar di peringkat negeri dan kebangsaan.

KGMMB MENYERTAI CUEPECS


Kehadiran Datuk Azih Muda, Presiden CUEPECS digunakan sepenuhnya oleh KGMMB untuk memohon dimasukkan dalam organisasi besar itu. Permohonan disampaikan oleh Dato' Haji Mohamed Sabri Mohd Arsad, Presiden KGMMB kepada Dato Aziz Muda, Presiden CUEPECS dalam Majlis Makan Malam dan Perasmian Seminar Pendidikan dan Pengurusan Kesatuan anjuran KGMMB dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.

Dalam ucapan perasmian, Presiden CUEPECS mengalu-alukan permohonan KGMMB dan akan mempertimbangkan permohonan tersebut. Datuk Aziz Muda juga akan cuba membawa isu Gred 48 pemimpin kesatuan guru kepada pihak atasan serta beberapa isu lain yang masih lagi belum diselesaikan.  

KGMMB MEMBELA ETNIK ROHINGYA

KGMMB menyampaikan sumbangan bernilai RM20,000.00 kepada etnik Rohingya. Cek disampaikan oleh Dato' Mohamad Sabri Hj. Mohd Arsad, Presiden KGMMB kepada wakil Media Prima dalam Majlis Makan Malam dan Perasmian Seminar Pendidikan dan Pengurusan Kesatuan yang berlangsung pada 20 Januari 2017 di Hotel Kuala Lumpur International. 


Sebelum penyampaian cek, Tn. Hj. Juhari Mohamad Nor, Ahli Majlis Jawatankuasa Agung KGMMB telah menyampaikan sejarah dan kedudukan etnik Rohingya serta keprihatinan guru-guru Melayu terhadap nasib masyarakat minoriti yang tertindas di tanah air mereka sendiri. 



Tuesday, 7 February 2017

PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KPM


Majlis berlangsung pada 10 Januari 2017 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajya (PICC) bermula jam 8.00 pagi. Perutusan disampaikan oleh YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. KGMMB diwakili oleh Dato' Mohamad Sabri Hj. Mohd Arsad, Presiden; Tn. Hj. Atan Nordin, Timbalan Presiden; En. Ahmad Nawawi bin Shaari, Setiausaha; Dato' Amran Ghani, Naib Presiden 3 dan Dr. Roslan Saadon, Naib Presiden 1. 



Antara kandungan perutusan Menteri Pendidikan adalah Transformasi Nasional 2050 yang bertujuan membentuk dan menyediakan generasi baharu masa hadapan berlandaskan Transformasi Nasional 2050. Menteri Pendidikan memaklumkan kemerosotan ekonomi memberi kesan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menuntut pengubahsuaian bajet. Namun, Pentaksiran Antarabangsa TIMSS dan PISA mencatatkan peningkatan. Malaysia berada pada kedudukan pertengahan antara 39 negara pesserta TIMSS 2015 berbanding 2011. Pendidikan yang fleksibel dan bercorak kemahiran berjaya dipertingkat dengan kejayaan melahirkan 2273 graduan Kolej Vokasional kohort pertama pada April 2016. 

Dalam mengejar arus modenisasi dan globalisasi, Pembelajaran Abad Ke-21 diperkenalkan kepada murid-murid. Ia berkonsepkan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, terbuka, interaktif, menarik dan berpusatkan murid. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Baharu Prasekolah (KSBP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digunapakai di sekolah-sekolah mulai 2017. Turut diperjelaskan oleh Menteri Pendidikan adalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Perubahan UPSR, STEM, pemerkasaan TVET, keseimbangan ilmu dan akhlak dan 

Friday, 20 January 2017

WACANA WASIAT KEENAM RAJA-RAJA MELAYU





KGMMB menghantar beberapa orang wakil menyertai Wacana Wasiat Keenam Raja-raja Melayu yang diadakan pada 19 Januari 2017 di Dewan Utusan Melayu, Jalan Utusan off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Wakil KGMMB terdiri daripada Dato' Hj. Mohamad Sabri Mohd Arsad, Cikgu Kamarul Isam, Cikgu Hasnan, Cikgu Masron dan Dr. Roslan Saadon. Wacana membicarakan kedudukan dan pemartaban bahasa Melayu melibatkan tiga ahli panel iaitu Tan Seri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Prof. Dato' Dr. Zainal Kling dan Cik Fatihah Iliani Jamhari. Hasil wacana tersebut satu resolusi telah dihasilkan untuk dikemukakan kepada pihak atasan.

SEMINAR PENDIDIKAN DAN PENGURUSAN KESATUAN PERINGKAT KEBANGSAAN



Seminar berlangsung dari 19 hingga 21 Januari 2017 di Hotel Kuala Lumpur International (KLIH) melibatkan 300 ahli KGMMB dari seluruh Malaysia. Seminar merupakan anjuran KGMMB dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia. Y.Bhg Tan Seri Dato' Seri Khair Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia menyampaikan ucaptama. Tan Seri KPPM membincangkan pelbagai isu antaranya Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), Pembelajaran Abad Ke-21, bebanan tugas guru dan pelbagai isu lain.


Seminar juga berjaya membawa pegawai-pegawai utama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM hadir membincangkan urusan perjawatan dan kenaikan pangkat guru. Beberapa orang Setiausaha Bahagian hadir diketuai oleh Dato' Jamil Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha BPSM KPM.
Pelbagai perkara disampaikan seperti peruntukan kewangan, kenaikan pangkat, cuti dan sebagainya. Pembentangan diselang-seli dengan pertanyaan para peserta seminar.

Selain itu terdapat pelbagai input lain yang dibentangkan kepada para peserta seperti pengurusan kesatuan yang disampaikan oleh Pegawai Jabatan Kesatuan Sekerja, Isu Halal-Haram Insurans dan sebagainya.


Peserta seminar tekun mendengar pembentangan penceramah 



Majlis Makan Malam dan Perasmian Seminar



Wakil Pulau Pinang bergambar dengan Presiden Cuepecs



PERSIDANGAN PERWAKILAN LUAR BIASA KGMMB


Majlis berlangsung di Hotel Kuala Lumpur International (KLIH) jam 8.30 malam dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato' Mohamad Sabri Mohd Arsad, Presiden KGMMB. Seramai 243 orang perwakilan dari seluruh negara hadir menyertai persidangan. Persidangan diadakan bagi mendapatkan persetujuan KGMMB menyertai dan bergabung dengan CUEPECS. Perwakilan Terengganu telah mencadangkan perkara tersebut dan cadangan tersebut disokong oleh perwakilan Kedah.