Mesyuarat
Pemantapan Bahan Integriti Dalam Pendidikan Program Training
of Trainers (TOT) IPGM/IPG untuk Minggu Integriti Pendidikan Guru
Tahun 2014 berlangsung dari 28 hingga 30 April 2014 di Radius International
Hotel, Kuala Lumpur. IPGKPP diwakili oleh En. Abdul Aziz bin Ishak
(fasilitator) dan En. Roslan bin Saadon. Mesyuarat membincangkan kekuatan dan
kelemahan ceramah Seminar Integriti Warga Pendidikan (SIWP) tahun 2013.
Mesyuarat juga melibatkan aktiviti perbengkelan bagi memurnikan bahan integriti
untuk meningkatkan lagi keberkesanan ceramah tahun 2014. Dr. Hjh. Zuraidah
Razali turut hadir memberikan nasihat dan pandangan yang berguna kepada
kumpulan penceramah. Mesyuarat pemantapan bahan integriti ini dikendalikan oleh
En. Mohamed Razi Suradi (Pegawai IPGM) dibantu oleh para Fasilitator Integriti
IPGM.
Wednesday, 30 April 2014
Sunday, 27 April 2014
TUGASAN PSS3113 UNTUK PELAJAR T4PS (SEMESTER 1-2014)
Perhatian kepada semua pelajar,
Cikgu ada mesyuarat pada 28 hingga 30 April 2014 di Kuala Lumpur. Maka, disertakan tugasan berikut:
PEMBAHAGIAN TAJUK
UNTUK PENYEDIAAN PERSEMBAHAN PPT
Bil
|
Tajuk
|
Tindakan/ Pelajar
|
1
|
1. Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan
·
Tujuan
penyelidikan dalam pendidikan
·
Ciri-ciri
penyelidikan dalam pendidikan
·
Pendekatan
penyelidikan dalam pendidikan
- Pendekatan
positvis (kuantitatif)
- Pendekatan
interpretatif (kualitatif)
|
1
|
2
|
·
Etika dalam
penyelidikan pendidikan
-
Aspek-aspek penting dalam etika
penyelidikan
- Kod etika
2.
Jenis Penyelidikan
-
Penyelidikan asas
-
Penyelidikan gunaan
-
Penyelidikan tindakaN
- Penyelidikan
penilaian
|
2
|
3
|
Pengenalan kepada Pelbagai
Jenis Reka Bentuk Penyelidikan
·
Penyelidikan
kuantitatif
- Kajian
eksperimental
-
Kuasi-eksperimental
- Kajian
tinjauan
- Kajian
korelasi
·
Penyelidikan
kualitatif
- Kajian
etnografi
- Kajian kes
- Kajian
sejarah
|
2
|
4
|
Prosedur Penyelidikan Pendidikan
|
1
|
5
|
Prosedur Penyelidikan Pendidikan
|
2
|
6
|
Penyelidikan
Tindakan
·
Definisi dan
konsep
·
Ciri-ciri
penyelidikan tindakan
·
Kepentingan
penyelidikan tindakan
·
Model Kajian
Tindakan
- Model
Stephen Kemmis
- Model John
Elliott
- Model Dave
Ebbutt
- Model Jack
Whitehead
- Model Jean
Mcniff
- Model Kurt Lewin
|
2
|
7
|
Penyelidikan
Tindakan: Proses
Adaptasi dari model Lewin, 1946 dan
Laidlaw, 1992:
·
Mengenal pasti
aspek amalan bagi penambahbaikan
·
Merancang
tindakan
·
Melaksana
tindakan
·
Mengumpul data
·
Membuat
refleksi terhadap tindakan (sebelum, semasa dan selepas tindakan)
Mengambil tindakan susulan
Merancang kitaran kedua
|
2
|
8
|
Penyelidikan
Tindakan: Rancangan dan Cadangan
·
Fokus / Aspek
amalan bagi penambahbaikan
·
Soalan kajian
·
Sumber
literatur
·
Subjek kajian
·
Merancang pelan
tindakan
·
Melaksana pelan
tindakan
·
Mengumpul data
·
Refleksi:
analisis dan huraian data
·
Jadual kerja
·
Perbelanjaan
·
Sumber rujukan
|
1
|
9
|
Penyelidikan
Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data
·
Pemerhatian:
Pemerhati, peserta dan pemerhati,
peserta
·
Data berbentuk
dokumen
·
Temu bual: Temu
bual berstruktur, semi-struktur, tidak bersetruktur
|
1
|
10
|
Penyelidikan
Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data
·
Senarai semak
·
Rakaman video
dan kaset
·
Log
·
Nota lapangan
·
Foto
·
Portfolio
·
Rekod anekdot
·
Slid
·
Jurnal
·
Diari
|
1
|
11
|
Penyelidikan
Tindakan: Pertimbangan Semasa Mengumpul Data
Pensampelan, kesahan, kebolehpercayaan, bias
|
1
|
12
|
Penyelidikan
Tindakan: Analisis Data
Data
Kualitatif
·
Analisis
kandungan
·
Mengkategorikan
data
·
Mengekodkan
data
·
Menyusun data
dalam grid analisis
·
Mengenal pasti
tema / corak dan makna
·
Menentukan
aktiviti kajian susulan
|
1
|
13
|
Penyelidikan
Tindakan: Analisis Data
Data
Kuantitatif
Analisis deskriptif: Frekuensi,
peratusan, min, mod, median, sisihan piawai, pekali korelasi
|
2
|
19 orang
|
ARAHAN KERJA:
- Ketua Kumpulan agih @ undi tajuk kepada semua pelajar.
- Masuk ke perpustakaan cari bahan dan hasilkan power point berkaitan tajuk masing-masing.
- Pembentangan akan dijalankan pada hari Khamis dan Jumaat nanti (kuliah ganti).
- Tugasan ini penting sebagai ulangkaji dan perkongsian ilmu sebelum menghadapi peperiksaan Mei 2014.
“SELAMAT BELAJAR”
Tuesday, 22 April 2014
KURSUS CPD GURU DG41 BARAT DAYA PULAU PINANG
Kursus tersebut berlangsung dari 21 hingga 24 April 2014, di SMKA Maahad Al-Mashor, Balik Pulau, Pulau Pinang. Guru-guru yang hadir berkursus seramai 90 orang merupakan guru-guru DG41 rendah dan menengah kawasan Barat Daya. Kursus tersebut dianjur dan dikendalikan oleh IPG Kampus Pulau Pinang di bawah kendalian Unit Latihan Dalam Perkhidmatan. Para penceramahnya pula adalah para pensyarah institut tersebut yang merupakan Jurulatih Utama untuk kursus CPD. En. Roslan Saadon dari Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan terlibat dalam kursus itu bagi slot Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran. Para peserta yang mengikuti kursus menunjukkan komitmen yang tinggi dan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang dijalankan.
Saturday, 19 April 2014
MESYUARAT PEGAWAI KANAN KGMMB KALI KE-10, SESI 2012-14
Mesyuarat Pegawai Kanan KGMMB itu diadakan di Hotel Super Cowboy, Melaka pada 18 April 2014, bermula jam 8.30 malam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Mohamad Sabri Mohd Arsad, Presiden KGMMB. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah penggabungan pangkalan data KGMMB dengan Koperasi KGMMB Bhd, Penilaian Bersepadu PPP, Pelancaran Hari Guru 2014, isu Gred DG48 untuk pegawai kesatuan, mesyuarat agung cawangan dan sebagainya. Mesyuarat juga membincangkan perkara berkaitan Forum Remaja 2014. KGMMB diminta membuat satu kertas kerja oleh DBP untuk mencadangkan nama piala bagi pertandingan Forum Remaja yang ditaja oleh KGMMB. En. Roslan Saadon ditugaskan menyediakan kertas kerja tersebut dan bertanggungjawab menguruskan sebarang perkara yang berkaitan forum tersebut. KGMMB juga akan mengeluarkan peruntukan sebanyak RM5000.00 pada mesyuarat pengelolaan yang akan datang. Mesyuarat juga mencadangkan agar semua Cawangan KGMMB di setiap negeri menyumbang piala sebagai sokongan terhadap pertandingan tersebut dan komitmen memartabat bahasa Melayu.
Friday, 18 April 2014
MAJLIS RAMAH MESRA TPM BERSAMA WARGA IPG ZON UTARA
Majlis bersejarah itu berlangsung pada 17 April 2014 (Khamis) di IPG Kampus Pulau Pinang bermula jam 2.30 petang. Ketibaan Y.ABhg Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia disambut oleh KPPM, Rektor, Pengarah IPGKPP dan pemimpin-pemimpin politik tempatan. Sejurus sampai, TPM dibawa melawat le Sudut Pameran Akademik IPG dan seterusnya melawat ke asrama institut. Selepas selesai lawatan, TPM dibawa ke Gelanggara untuk sesi bersama warga IPG. Majlis bermula dengan ucapan Rektor dan seterusnya ucapan TPM. Ucapan TPM amat memberangsangkan dan mendapat tepukan gemuruh dari warga IPG. Dalam ucapan tersebut beliau mengumumkan peruntukan sebanyak 2.8 juta untuk membaiki asrama dan 0.5 juta untuk membaiki Dewan Agung IPGKPP. Warga IPG terasa kagum dan bangga apabila TPM turun dari pentas dan bernyanyi dengan kumpulan koir semasa sesi penutup. Majlis diakhiri dengan jamuan melibatkan tetamu kehormat, warga IPG dan semua hadirin.
REKTOR MELAWAT UKCG
Sempena Majlis Ramah Mesra TPM Bersama Warga IPG Zon Utara pada 17 April 2014 di IPG Kampus Pulau Pinang. Rektor yang hadir awal untuk majlis tersebut, mengambil kesempatan melawat Pusat Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) di IPG Kampus Pulau Pinang. Beliau diiringi oleh Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPGKPP; En. Abdul Rahim, Pengarah Jaminan Kualiti IPGM; En. Bob, Pegawai Pengurusan IPGM; dan En. Roslan Saadon selaku pengiring Rektor. UKCG diuruskan oleh Jabatan PJK IPGKPP yang diketuai oleh Pn. Amy Wong Onn Mei. Tuan Sulaiman Wak, Rektor IPGM melawat Pusat Ujian Bertulis dan seterusnya melihat para calon menjalani Ujian Kecergasan. Kehadiran yang tidak diduga itu amat bermakna dan menyuntik semangat para pensyarah dan pelajar yang terlibat menguruskan ujian tersebut. Sebelum Rektor meninggalkan pusat ujian, pensyarah dan pelajar sempat bergambar dengan beliau.
Tuesday, 15 April 2014
WAWANCARA YANG DIPERTUA PERADABAN OLEH MEDIA
Pihak Media dari Yayasan Kepimpinan & Strategi Malaysia cuba mendapatkan maklumat berkaitan petempatan dan pemilikan tanah orang Melayu Pulau Pinang melalui temuramah dengan En. Roslan Saadon, Yang Dipertua Peradaban. Wawancara berlangsung di Blok Akademik, IPG Kampus Pulau Pinang pada 14 April 2014, jam 5.30 petang. Turut hadir, Pn. Normawar Marzuki, Timbalan Yang Dipertua Peradaban. Dalam wawancara tersebut timbul beberapa perkara yang dibincangkan antaranya:
- Lemahnya ekonomi membuatkan orang Melayu gagal untuk mengekal tanah dan memiliki hartanah di Pulau Pinang terutama di kawasan Pulau.
- Peranan orang tengah/ pembeli yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan impak penjualan tanah menyumbang kepada isu kegagalan pemilikan hartanah penduduk asal.
- Kedudukan politik Melayu yang lemah juga menyumbang kepada masalah menentukan dasar pemilikan hartanah yang mesra penduduk asal.
- Sosiobudaya kehidupan orang Melayu kurang mementingkan kehidupan duniawi dan kebendaan juga menjadi faktor penting. Sistem ekonomi saradiri (konsep secukup hidup) yang diwarisi sejak dahulu menjadikan orang Melayu tidak tamak, tenang dan lebih mementingkan kerohanian dan kemasyarakatan.
- Masalah pemilikan hartanah dalam kalangan orang Melayu semakin meruncing kesan pembangunan yang hebat. Pembinaan jambatan kedua menjadikan kawasan Batu Maung dan sekitarnya eksklusif dan mahal.
- Tanah yang ditawar dengan harga yang tinggi oleh pihak pemaju menjadi daya penarik utama kepada pemilik tanah. Tanah yang mahal meningkatkan kos pembinaan dan ini akan meningkatkan harga hartanah. Golongan bawahan dan pertengahan tidak mampu memiliki hartanah yang terlalu mahal. Maka dalam hal ini golongan peniaga dan profesional atas yang mampu memiliki hartanah tersebut.
Sunday, 6 April 2014
MAJLIS FAREWELL DINNER MALAYSIA-SINGAPORE MOE 10TH ANNUAL GAMES 2014
Majlis 'Fareweell Dinner' itu berlangsung di Vistana Hotel pada 5 April 2014 bermula jam 8.00 malam melibatkan kira-kira 550 orang tetamu dari KPM dan KPS. Para tetamu disajikan dengan makanan dan pelbagai persembahan kebudayaan dari Malaysia dan Singapura. Pegawai TinggiKPM yang hadir antaranya Y.Bhg Datuk Dr. Madinah, KSU KPM; Y.Bhg. Datuk Dr. Khair, KPPM; Dato' Syufaat Tumin, Dato' Misrah, En. Sulaiman Wak dan lain-lain. KSU Kementerian Pelajaran Singapura turut hadir dalam majlis tersebut.
Pada siangnya para peserta terlibat dengan pelbagai permainan yang dipertandingkan seperti bola sepak, bola jaring, sepak takraw, badminton, golf, permainan dalam dan sebagainya. Rektor IPGM terlibat dalam pertandingan golf yang diadakan di Padang Golf Bukit Jambul. Dalam acara itu, KPM berjaya menewaskan KPS. Selepas pertandingan, rektor mengambil kesempatan mengelilingi Pulau Pinang diiringi oleh En. Roslan Saadon dan En. Kamal dari IPG Kampus Pulau Pinang.
Saturday, 5 April 2014
MALAYSIA-SINGAPORE MOE 10TH ANNUAL GAMES 2014
Malaysia-Singapore MOE 10th Annual Games 2014 satu Majlis 'Welcome Dinner' diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Restoran Pan Mutiara Batu Maung, Pulau Pinang pada 4 April 2014, bermula jam 8.30 malam. Majlis melibatkan warga KPM dan warga Kementerian Pelajaran Singapura (KPS). Pegawai-pegawai Tinggi KPM diketuai Ketua Setiausaha hadir pada malam tersebut. En. Sulaiman Wak, Rektor IPGM juga turut hadir. En. Roslan Saadon bertindak sebagai pegawai pengiring kepada rektor sepanjang beliau berada di Pulau Pinang. Pelbagai permainan dipertandingan dalam acara tahunan itu. Rektor IPGM terlibat dalam pertandingan golf yang diadakan di Golf Resort, Bukit Jambul, Pulau Pinang.
PELANCARAN RAKAN PERPUSTAKAAN
Majlis Pelancaran Rakan Perpustakaan disempurnakan oleh Tn. Hj. Khalid Hj. Ahmad, Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang. Majlis kelolaan Unit Pusat Sumber ini diadakan pada 5 April 2014, di Gelangara pada jam 8.00 pagi. Syazwani Syamil (gambar kedua) yang berjaya menghasilkan novel diberikan Anugerah Khas oleh Pusat Sumber/IPGKPP. Kejayaan beliau itu membanggakan warga institut dan memberi petanda bahawa pelajar IPG juga mempunyai pelbagai potensi yang boleh ditonjolkan. Dalam ucapan perasmian, pengarah mengucapkan tahniah kepada pihak Pusat Sumber dan mereka yang menerma hadiah serta mereka yang terlibat menjayakan ulasan buku. Beliau juga menyatakan bahawa membaca banyak mendatangkan kebaikan antaranya membina ilmu baru, mencipta inovasi dan menjadikan pembaca kaya dengan ilmu pengetahuan. Menurut beliau lagi ilmu datang melalui pelbagai saluran dan kita perlu bijak menyaring antara yang baik dan yang buruk.
Subscribe to:
Posts (Atom)