Maklumat yang diterima daripada Cikgu Rosilawati di SK Bukit Indera Muda, Penanti pada 4 Julai 2013 amat bermakna dan berguna. Beliau bukan sahaja berkongsi kaedah dan inovasi yang dijalankan di sekolah, malah memberi banyak motivasi kepada para pelajar guru yang hadir. Pengalaman yang banyak dan luas menjadikan beliau guru yang proaktif dan inovatif. Namun dua nilai penting yang banyak diutarakan adalah IKHLAS dan PENYAYANG.
Bagaimana nilai-nilai tersebut mampu menjadikan kita guru yang baik dan berkesan?. Berikan komen anda.
Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur kerana telah diberi kesempatan untuk berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Mulia di bertam, Pulau Pinang. Program Bina Insan Guru semester ini adalah penandaarasan bagi guru cemerlang bagi subjek major. Oleh yang demikian, kami sekelas telah bersetuju untuk memilih Pn Rosilawati sebagai subjek penandaarasaan kami.
ReplyDeletePn Rosilawati ini seorang guru yang cukup aktif dalam mencurahkan bakti kepada anak-anak bangsa. Beliau tidak pernah mengeluh ketika penat dan lelah dan tidak sama sekali mengabaikan amanah yang telah diberikan kepada beliau.
Sikap dan peribadi Pn Rosilawati ini telah memberikan saya semangat untuk turut sama berjaya dalam profesion keguruan ini. Seharusnya saya bermula dari sekarang memandangkan usaha untuk menjadi guru cemerlang bukanlah satu jalan yang mudah.
Akhir kata,saya berharap program big pada kali ini memberikan saya seribu satu makna dan akan saya jadikan sebagai pedoman hidup untuk profesion keguruan saya..
3m
DeleteSyukur Alhamdulillah kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya dan rakan-rakan yang lain menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) buat kali yang terakahir. tujuan Program kali ini adalah penandaarasan bagi guru cemerlang bagi subjek major. Kami telah bersepakat untuk menjalankan program ini disekolah kebangsaan bukit Indera Muda dan telah memilih puan Rosilawati sebagai subjek penandaarasan.
ReplyDeleteTerdapat beberapa nilai yang telah diutarankan oleh beliau antaranyanya ialah Ikhlas dan penyayang yang saya rasakan snagt penting perlu ada dalam diri sesorang guru, seperti yang kita semua tahu, tugas guru ini bukanlah tugas yang senang,mendengar apa yang telah disampaikan oleh beliau menyedarkan saya bahawa terdapat banyak halangan dan juga keperitan bekerja sebagai guru, tanggungjawab perlulah dijalankan dengan sebaiknya ini keran setiap yang kita lakukan sekarang akan dipersoal di akhirat nanti. walaupun sangat komited dengan kerja, tetapi beliau tetap tidak melupakan dan mengabaikan tugasnya sebagai seorang isteri dan juga ibu, sikap ini membuatkan saya berasa lebih hormat kepada beliau.Banyak lagi input yang telah saya perolehi yang saya pasti dapat saya gunakan apabila mengajar pada suatu hari nanti.
Akhir kalam, saya berharap walaupun program ini merupkan yang terakhir ini tidak bermakna kita berhenti dari terus membina insan guru dalam diri kita, seharusnya kita harus memikirkan cara untuk memastikan keperibadian kita mencerminkan diri kita sebagai seorang guru.
3m
DeleteBismillahirrahmanirrahim.bagi semester ini, program Bina Insan Guru yang terakhir kami adalah membuat satu penandaarasan guru cemerlang. program bina insan guru ini kami susuli dengan mengadakannya di Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Bertam, Pulau Pinang. guru cemerlang yang kami pilih adalah Puan Rusilawati yang penuh dengan ilmu dan sikap prihatin serta penyayang.
ReplyDeletepelbagai input yang berguna kami peroleh berkenaan profesion perguruan ini, baik dari segi amalan duniawi atau bagi ukhrawi. seperti mana yang dinyatakan oleh En Roslan di atas, nilai penyayang dan ikhlas adalah satu komponen yang amat penting dalam memastikan setiap amalan keguruan kita berkesan dan bernilai ke atas setiap murid yang diajar.
sikap penyayang akan menimbulkan satu perasaan yang amat bermakna dalam diri murid. sebagai seorang guru, kita adalah ibu bapa bagi murid yang diajar. dengan kasih sayang dan perhatian kita, murid akan merasakan amat dihargai dan tidak merasa tersisih. dengan niat atau rasa sayang ini, murid tidak akan mudah menyimpan perasaan tidak puas hati di dalam hati apabila ditegur, sebaliknya menganggap ia adalah satu teguran daripada seorang ibu atau bapa.
manakala bagi ikhlas ini pula, ia terletak dalam diri kita dan hanya Allah yang tahu tahap ikhlas kita itu. jika kita ikhlas dalam melakukan sesuatu, dengan mudah berserta izin Allah, apa yang ingin dicapai akan tercapai. jika kita ikhlas, pengajaran yang kita laksanakan adalah berkisarkan pada satu matlamat untuk pencapaian murid dan bukannya untuk mengejar pangkat di dunia semata-mata. hasil daripada ikhlas inilah Allah membantu kita dalam mengajar dengan membuka hati murid-murid untuk mendengar dan mengambil perhatian bagi setiap pengajaran. ilmu yang diberikan juga akan diberkati dan mudah untuk diserap oleh murid.
akhir kalam, sempena dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, saya mengharapkan agar kita semua berjaya menjadi manusia yang berguna pada manusia lain dan juga pada jalan Allah. semoga segala input yang diperoleh semasa program BIG ini akan terus melekat dalam diri saya serta rakan-rakan agar dapat membantu meningkatkan prestasi masing-masing dalam keguruan.sekia, wassalam.
menapati soalan (5m)
DeleteAssalamualaikum tutor yang disayangi...
ReplyDeleteberdasarkan BIG yang telah kita jalankan pada minggu lepas banyak input-input dan maklumat-maklumat tambahan baru yang boleh saya terapkan dalam diri sebagai panduan untuk menjadi guru yang cemerlang kelak.. Nilai-nilai yang diperkatakan guru cemerlang pn Rosilatawati tempoh hari yang bersifat penyayang dan prihatin terhadap pelajar boleh saya terapkan dalam profesion saya nanti...
Tutor yang dicintai,
mengikut pendapat saya nilai-nilai tersebut harus diamalkan oleh saya untuk menjadi guru yang cemerlang kelak.. ini kerana nilai tersebut akan menyebabkan pelajar rasa disayangi dan dihargai oleh guru mereka. berdasarkan pengalaman saya yang lepas saya amat merasakan tindakan guru ini yang mengambil pendekatan perlahan bagi pelajar yang kurang cerdas akan membolehkan pelajar lemah menguasai semua yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. Sy amat terharu dengan tindakan guru tersebut yang sanggup mencurahkan segala keringat bakti terhadap pelajarnya semata-mata untuk membolehkan pelajarnya menguasai konsep asas pengajaran beliau.
Secara kesimpulannya saya fikir nilai-nilai yang ditunjukkan oleh guru tersebut akan saya praktikkan kelak untuk menjadi guru yang cemerlang, terbilang dan gemilang.
4m
DeleteMelalui lawatan BIG ini saya memperoleh pelbagai input menarik yang dikongsi oleh Puan Rosilawati bersama kami mengenai pengalaman beliau serta beberapa tips dan nasihat untuk menjadi pendidik yang berjaya. Antara nasihat beliau adalah guru perlu memiliki sifat penyayang dan ikhlas.
ReplyDeleteSaya bersetuju seorang bahawa sifat ikhlas dan penyayang perlu ada dalam diri seorang guru untuk mendidik anak bangsanya. Personaliti guru penyayang dapat diterjemahkan sebagai seorang guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap muridnya. Guru perlu menyayangi anak murid mereka kerana mereka inginkan perhatian dan kasih sayang. Bagi saya, kasih sayang guru itu akan menjadikan murid ceria, selesa, gembira dan bersedia untuk dididik sentiasa samada di dalam atau di luar bilik darjah.Saya tidak bersetuju ada juga yang menyatakan menyatakan bahawa amalan guru penyayang menjadikan murid-murid manja dan besar kepala. Sebenarnya, murid adalah aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Guru yang bersikap penyayang akan disukai dan disayangi oleh murid.
Seorang pendidik perlu berjiwa ikhlas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru. Guru mesti sedia berkorban untuk meningkatkan urusan keilmuan dan melaksanakan kewajipan terhadap muridnya. Ini kerana semasa pelajar di sekolah, adalah menjadi tanggungjawab guru melatih, mengajar dan memupuk nilai-nilai murni termasuk hubungan kekeluargaan, kemesraan dan keikhlasan dalam diri pelajar yang semakin terhakis.
Akhir kata program seperti ini telah semarakkan jiwa saya untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan kelak.
Excellence (5m)
Deletesebagai seorang guru, kita hendaklah menerapkan nilai-nilai yang positif di dalam kelas mahupun di luar kelas. BIG kali ini membawa saya dan rakan-rakan ke sekolah yg mempunyai guru cemerlang. kami dikehendaki membuat penandaarasan bagi subjek yg di pilih.
ReplyDeletesemasa penandaarasan, Pn Rosilawati banyak memberikan pengalaman beliau semasa bergelar pendidik. beliau banyak berkorban bagi memastikan anak didik beliau berjaya. apa yang saya dapat lihat, keikhlasan dalam menjadi seorang guru itu penting dalam menjalankan tugas sebaik-baiknya. tugas seorang guru merupakan amanah yang perlu dipikul oleh guru. guru yg baik ialah, guru yg sanggup menghabiskan masanya demi kejayaan anak muridnya. keikhlasan ini dapat menjadikan kita guru yg baik dan tabah dengan segala cabaran yg mendatang.
selain itu, pn Rosilawati amat menyanyagi anak-anak muridnya seperti anak kandung sendiri. sebelum bermulanya satu sesi pnp, beliau akan menyuap 7 biji kismis ke mulut anak muridnya beserta doa. sifat tidak berputus asa dan istiqomah beliau telah menghasilkan kesan yg positif. dengan menunjukkan kasih sayang ini, murid akan lebih dihargai dan dapat meningkatkan semagat guru dalam mendidik.
sebagai kesimpulan, apabila kita ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai guru, InsyaAllah kita akan mendapat ganjaran ganjaran yang setimpal. InsyaAllah
4m
DeleteAssalamualaikum tutor yang disayangi, En.Roslan.
ReplyDeleteUcapan terima kasih diucapkan kepada En. Roslan yang sanggup mengikuti kumpulan kami ke BIG bagi sesi terakhir iaitu lawatan penandaarasan guru cemerlang. Alhamdulillah, lawatan yang kami jalankan ini berjalan dengan lancar dan memberikan seribu satu makna bagi kami bakal guru. Pelbagai input dan perkongsian yang berilmiah dan berguna diperoleh oleh kumpulan kami daripada Cikgu Rosilawati sepanjang lawatan ke SK Bukit Indera Muda, Penanti pada 4 Julai 2013. Kami berasakan seperti beliau ibarat sebutir emas yang amat bernilai dalam profesion perguruan. Saya amat kagum dengan ilmu dan penguasaan beliau dalam bidang keguruan ditambah dengan bukti-bukti kejayaan yang telah beliau capai. Beliau banyak memberikan saya peringatan penting sebelum bergelar guru di sekolah kelak. Antaranya, saya perlu ada kesungguhan dan minat yang tinggi apabila diberikan tugasan oleh pihak sekolah dan banyak melibatkan diri dalam aktiviti sekolah. Beliau ternyata cukup petah berbicara apabila percakapannya jelas dan penuh dengan nada dan intonasi yang menarik sekali. Saya juga memperoleh input daripada inovasi yang telah beliau jalankan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya, input perkongsian Cikgu Rosilawati mengenai inovasi yang dijalankan seperti penyediaan bahan bantu mengajar berteraskan bijak bahasa, celik bahasa dan celik baca telah menarik hati saya untuk mengikut langkahnya kelak. Beliau menunjukkan bahawa beliau amat prihatin dengan pembelajaran murid sehingga melaksanakan pembaharuan dalam pengajarannya.
Tutor yang dihormati,
Akan tetapi, terdapat dua sifat atau nilai yang bagi saya perlu ada pada seorang guru yang berjiwa pendidik. Dua nilai ini adalah ikhlas dan penyayang.Persoalannya, bagaimanakah nilai-nilai tersebut mampu menjadikan kita guru yang baik dan berkesan? Nilai ikhlas adalah nilai yang amat subjektif. Saya mengatakan begitu kerana nilai ini agak sukar dilihat dengan pandangan mata sahaja, akan tetapi ianya perlu melalui hati seseorang. Manusia amat sukar mentafsirkan tahap keikhlasan seseorang. Nmaun, nilai ini lahir daripada hati akan mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa ada rungutan mahupun ketidakpuasan hati. Bagi seseorang guru, nilai keihklasan akan membawa mereka ke arah menjadi insan guru yang bekerja semata-mata melahirkan murid yang benar-benar berjaya di dunia dan akhirat. Nilai ini akan mendorong guru mengajar dengan penuh komited tanpa mengabaikan mana-mana murid didalam p&p. Cikgu Rosilawati telah menjadi contoh yang terbaik apabila beliau sering berusaha membantu murid untuk menjadi peningkatan dalam akademik di samping penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid.Keikhlasan seseorang guru kadang-kadang akan diukur oleh murid apabila murid menjadi bersemangat untuk mengikuti kelas guru tersebut. Guru yang mengajar tanpa nilai ini bakal mewujudkan suasana pembelajaran yang hanya ingin memenuhkan masa pembelajaran disamping objektif yang tidak tercapai.
Nilai penyayang juga amat penting bagi seseorang guru yang hebat. Guru yang hebat yang ditafsirkan adalah guru yang mampu memberikan kesan kepada jiwa murid seterusnya murid menjadi berminat untuk mempelajari ilmu di kelas. Seorang guru yang mempunyai nilai penyayang secara logiknya akan melahirkan murid yang bersikap penyayang. Guru akan mudah didekati oleh murid sama ada untuk berkongsi masalah atau idea apabila wujudnya nilai ini. Umpamanya, murid yang mempunyai masalah kekeluargaan memerlukan perhatian yang lebih daripada guru. Maka, sebagai guru yang mempunyai nilai penyayang, maka seharusnya kita cuba menjadikan diri sebagai teman berbicara dan meluahkan rasa murid tersebut. Secara tidak langsung, nilai tersebut akan membantu kita dalam menjadi guru yang baik dan melahirkan murid yang hebat. Nilai penyayang ini amat diperlukan oleh seseorang guru yang ingin berusaha menjadi pendidik yang cemerlang di mata murid-murid.
Pengalaman dan ilmu yang saya timba pada lawatan bersempena Program BIG akan saya gunakan semasa bergelar guru kelak.
Sekian,wassalam.
jawapan yang sangat baik - perfect (5m)
DeleteAssalamualaikum tutor kesayangan..
ReplyDeletePertama sekali,terima kasih atas kelapangan cikgu bagi bersama-sama menyertai Program Bina Insan Guru(BIG) kali ini di SK Bukit Indera Muda,Penanti,Pulau Pinang.
Puan Rosilawati telah menekankan dua nilai baik yang perlu ditanam dalam diri kita semua sebagai pendidik iaitu nilai ikhlas dan penyayang.Secara peribadi,saya sangat bersetuju dengan beliau bahawa kedua-dua nilai tersebut sewajarnya menjadi pegangan dan amalan bagi melahirkan seorang guru yang baik dan mampu melaksanakan P&P dengan lebih berkesan. Pada hemat saya,keikhlasan itu adalah kunci utama dan perlu terlebih dahulu disemai dalam hati jiwa pendidik supaya setiap usaha dan tenaga yang disumbangkan untuk mendidik anak bangsa adalah berlandaskan keikhlasan dalam hati yang suci.
Selain itu,nilai ikhlas ini perlu sentiasa menjadi amalan guru kerana tanpa keihklasan, setiap perkara dan pekerjaan yang kita lakukan akan menjadi tidak bermakna dan sia-sia.
Saya masih ingat kata-kata Puan Rosilawati yang
berpesan supaya sentiasa membetulkan niat kita iaitu untuk mengajar anak murid dengan mengikhlaskan dan berniat ianya sebagai satu ibadah. Tugas mendidik yang dipikul oleh seoramg guru akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T sekiranya kita berniat bahawa setiap tanggungjawab itu sebagai satu ibadah.
Di samping itu juga, nilai penyayang juga ditekankan oleh beliau. Saya daoati Puan Rosilawati bukan sahaja seorang guru yang penyayang,malahan seorang ibu dan isteri yang sangat penyayang. Peribadi mulia yang ditonjolkan beliau ini dapat saya contohi dalam membaiki keperibadian dan sahsiah diri agar melatih jiwa untuk lebih bersifat penyayang.
Nilai penyayang ini daoat menjadikan seseorang guru itu lebih baik dan berkesan kerana nilai ini berupaya membantu guru mewujudkan satu hubungan dan interaksi dengan murid-muridnya secara mesra dan penuh kasih sayang. Kasih sayang merupakan aset penting yang perlu guru berikan pada murid supaya murid berasa dekat dengan guru. Murid sewajarnya dibelai dan mendapat kasih sayang melalui perhatian oleh guru dan sebagainya.
Guru yang bersifat penyayang dan bersifat keibuan bukan sahaja mengeratkan silaturrahim dengan murid,malahan dapat meningkatkan tahap penerimaan murid terhadap sesi P&p yang guru laksanakan. Murid akan lebih seronok dan gembira ketika belajar bersama guru yang mereka sukai dan sayangi. Ini juga membantu guru mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan dalam pengajarannya.
Akhir kata,saya bersyukur kerana berpeluang bertemu dan berkongsi pengalaman bersama seorang guru yang terbukti cemerlangbukan sahaja aspek akademik,malahan peribadi dan keterampilan yang ditonjolkan sangat wajar dicontohi oleh semua guru pelatih T3PS termasuk diri saya sendri. Saya berharap program sebegini dapat terus dilaksanakan bagi sama-sama membaiki dan membuat penambahbaikan pada diri masing-masing.
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN.
Jawapan yang sangat baik (5m)
DeleteProgram bina insan guru yang telah dijalankan pada 4 julai 2013 yang lalu di SK Bukit Indera Muda, Penanti merupakan fasa Program Bina Insan Guru yang terakhir. Melalui program BIG ini saya telah mendapat pelbagai input baharu melalui sesi penandarasan bersama Guru Cemerlang iaitu Puan Rusilawati Binti Abdullah. Saya berasa sunnguh bertuah kerana Puan Rusilawati merupakan alumni daripada IPG KPP sendiri yang dahulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Persekutuan. Menurut beliau institusi ini telah berjaya melahirkan banyak tokoh-tokoh guru yang cemerlang.
ReplyDeleteDalam sesi taklimat yang dijalankan oleh Puan Rusilawati saya dapat melihat perjalanan untuk menjadi seorang guru cemerlang sebenarnya bukan mudah. Ia memerlukan usaha yang berterusan serta kerja kuat untuk memastikan sesuatu bahan yang dihasilkan itu berinovasi serta mampu membantu meningkatkan kecemerlangan murid. Seorang guru perlu ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dengan tidak bersikap pilih kasih dengan menumpukan perhatian kepada murid yang cemerlang sahaja sebaliknya murid yang sederhana dan lemah juga memerlukan perhatian dan bimbingan yang sewajarnya. Di sini saya dapat melihat bagaimana Puan Rusilawati bersungguh-sungguh membantu muridnya yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis dan membaca meskipun sudah berda di tahun empat. Memetik kata-kata Puan Rusilawati, beliau mencabar dirinya sendiri dengan menawarkan diri untuk mengajar di kelas berkenaan kerana beliau berpendapat bahawa sekiranya beliau tidak mampu membantu murid dalam kelas berkenaan untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis beliau sebenarnya telah gagal untuk menjadi seorang guru.
Hasil usaha gigih beliau 18 daripada 20 orang murid dalam kelas berkenaan sudah boleh membaca dan menulis. Sifat ikhlas dan penyayang yang ada pada guru ini telah menjadikan beliau cekal untuk mendidik murid-murid yang pada pandangan kasar guru lain sudah tidak mempunyai peluang yang cerah lagi dalam pelajaran mereka. Selain itu, apa yang saya perolehi sepanjang program BIG fasa 6 ini ialah sebagai sorang guru bahasa Melayu saya perlu lebih kreatif dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Persediaan dari segi bahan dan juga aktiviti mestilah dapat menarik minat murid untuk menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru. Seorang guru mestilah ikhlas dalam mendidik muridnya bermula daripada persiapan sebelum dan juga semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Apabila ikhlas dalam melakukan sesuatu guru tidak akan merasa terbeban dengan apa yang dilakukan sepanjang bergelar pendidik, murid juga akan menjadi lebih mudah untuk menerima ilmu yang disampaikan. Hal ini keran sesuatu tugas atau amanah yang dilaksanakan secara ikhlas akan dikira sebagai ibadah sekaligus dapat menjadi bekalan akhirat kelak. Di samping sifat ikhlas, perkara lain yang saya perolehi semasa BIG ini dijalankan ialah nilai penyayang juga perlu ada pada setiap guru. Melalui nilai ini guru akan menjadi lebih peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku pada murid. Menurut Puan Rusilawati, nilai penyayang sangat penting terutama jika guru tersebut mengajar di kelas yang rata-rata muridnya ada menghadapi masalah dalam keluarga seperti didera, kurang kasih sayang akibat dari perpisahan ibu bapa dan sebagainya. Masalah-masalah sebegini boleh menjejaskan prestasi pembelajaran murid sekiranya guru tidak mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan ataupun meringankan masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan. dengan adanya guru yang menunjukkan sifat penyayang dan mengambil berat ini akan membuatkan murid yang terlibat dengan masalah ini tidak merasa terpinggir dan mengabaikan pelajaran mereka.
Jawapan yang sangat baik (5m)
DeleteBismillahhirahmanirrahim :)
ReplyDeleteBagi saya, susah nak cari guru zaman sekarang yang mempunyai nilai-nilai positif yang dapat diterapkan seperti Puan Rusilawati ini. Kalau adapun, mungkin satu dalam sejuta.
Baiklah, terus terang saya katakan, banyak input yang berguna dapat diperoleh daripada pengalaman Puan Rusilawati itu sendiri. Rasanya, masa yang diperuntukkan untuk mendengar pengalaman beliau sendiri, tidak cukup sebenarnya. Seronok mendengar celoteh beliau. tidak kiralah pengalaman itu manis mahupun pahit. Seperti mendengar ceramah yang diberikan oleh ustazaha Siti Nor Bahiyah di televisyen pula.
Sebagai seorang bakal pendidik, pertemuan empat mata dengan guru cemerlang seperti Puan Rusilawati ini memberi banyak pendedahan kepada saya dan juga rakan-rakan.
Ia mengajar saya dengan lebih lagi mengenai dunia pendidikan kelak. Satu pesanan yang sering dikatakan oleh beliau ialah,"Buatlah pekerjaan dengan niat kerana Allah". Nampak mudah sepotong ayat itu, tapi ramai yang ambil enteng mengenainya.
Guru bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik. Oleh itu, Puan Rusilawati ini merupakan contoh yang sesuai untuk saya dan rakan-rakan jadikan beliau sebagai idola. InsyaAllah.
Terdidik guru, terdidiklah generasi
Sekian, assalammualaikum (:
3m
DeleteSalam Encik Roslan. Alhamdulillah telah berjaya menghabiskan BIG fasa kelima. Sepanjang 5 fasa menjalani BIG, pelbagai input yang bermanfaat dapat saya garap. Pertemuan dengan guru cemerlang kali ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi saya. Puan Rusilawati merupakan seorang guru yang mempunyai pengetahuan, berkemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang P&P.
ReplyDeleteMenjawab apa yang diutarakan oleh Encik Roslan, saya akui keikhlasan dan penyayang itu sangat penting dalam menjalani hidup sebagai seorang guru.
Mari kita singkap dengan lebih lanjut mengenai ikhlas. Pada pendapat saya, ikhlas itu adalah sesuatu perkara yang baik dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Melalui apa yang diceritakan oleh Puan Rusilawati, beliau adalah seorang manusia biasa yang tinggal bersama suami, anak dan juga ibunya yang lumpuh. Tiada langsung nampak keluhan daripada riak wajahnya. Beliau masih mampu untuk menguruskan keluarga, dan juga anak muridnya. Sehinggakan beliau mendapat anugerah Guru Cemerlang. Tefikir juga dibenak saya, bagaimanakah wanita hebat ini melakukan tugasnya? Pada pendapat saya, tugas pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan itu. Kunci kepada semua peranan itu adalah IKHLAS. Sesungguhnya setiap amal itu dikira dengan niat. Jika guru itu berniat dengan ikhlas untuk mendidik murid, usah risau tentang produknya. Murid tersebut juga akan cuba sedaya upaya untuk memahami segala yang diajarkan oleh guru tersebut. Untuk bakal guru yang'fresh' seperti saya, saya perlu sentiasa up date dengan ilmu ikhlas ini sewaktu mengajar. Pada hemah saya, perkara yang paling asas dalam menyemai keikhlasan dalam pengajaran adalah memulakan kelas dengan pembacaan doa. Memang nampak remeh. Tapi ini merupakan kunci segalanya. Di dalam doa itu sendiri, kita berharap semoga dipermudahkan segala urusan dan mengharapkan keihlasan dalam menuntut ilmu. Menyampaikan ilmu bukanlah setakat habis sesi p&p itu sahaja. Tapi guru perlu sedar, murid akan membawa ilmu itu sehingga akhir hayatnya. Saya perlu buangkan sentimen menjadi guru adalah untuk sebagai sumber pendapatan. 100% saya salah. Apabila kita faham makna ikhlas, dan keperluannya dalam kehidupan kita sebagai hamba khususnya guru, maka kita akan berusaha menjaganya sebaik mungkin, dan berusaha mewujudkannya dengan kesungguhan yang tidak terkira.
sambungan..
ReplyDeleteBagaimana pula dengan elemen penyayang yang diterapkan Puan Rusilawati? Kita perlu menganggap anak murid sebagai anak sendiri. Daripada itu, secara semulajadi, akan terwujudnya sifat penyayang tersebut. Sedangkan agama sendiri menganjurkan supaya bersifat penyayang. Guru yang penyayang adalah seorang guru yang mempunyai sikap ambil peduli terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Saya gemar menggunakan konsep 'give and take'. Jika kita mendidik murid dengan sikap yang penyayang, murid juga akan mudah untuk menerima apa yang kita sampaikan.
Selain itu, akan kuranglah kes-kes seperti guru membelasah murid dan sebagainya. Bertepatan dengan apa yang diamalkan oleh Puan Rusilawati, pihak Kementerian Pelajaran sedang di dalam usaha untuk menyemai budaya guru penyayang di sekolah. Ini adalah usaha yang sangat baik sekali. Islam sendiri mengaitkan pembentukan masyarakat penyayang dengan tiga hubungan dasar iaitu hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam. Dalam pendidikan, perkara paling asas perlu dimiliki oleh guru ialah sifat penyayang kepada murid-muridnya. Bahkan, teori Maslow sendiri meletakkan kasih sayang di tingkat yang ketiga mempengaruhi tingkah laku manusia. Perkara yang menarik perhatian saya, Puan Rusilawati menyuapkan anak muridnya 7 biji kismis sebelum memulakan kelas. Selain itu, jika ada murid yang nakal, Puan Rusilawati terpaksa memukulnya. Tetapi, bukan memukul dengan tujuan marah, bahkan tujuannya untuk mendidik. Beliau menyebut "Allahuakbar" sebelum memukul murid tersebut. Selepas itu, beliau cuba kembali untuk mengambil hati murid tersebut dengan menunjukkan sikap penyayang beliau. Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa amalan guru penyayang menjadikan murid-murid manja dan besar kepala. Sebenarnya, murid adalah aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
Guru yang ikhlas dan penyayang merupakan agen pendidik yang baik dan akan berjaya membenihkan insan yang hebat kelak.
Terima kasih kepada Encik Roslan dan isteri, Puan Norliza kerana mempertemukan kami dengan guru hebat ini. Tidak akan saya lupakan segala ilmu yang diturunkan dan juga tips untuk mengelakkan semput ketika mengajar.:)
Maaf atas keterlewatan respon entri ini.
Saya amat bersyukur kerana telah berpeluang untuk menimba pelbagai pengalaman berharga semasa BIG kali ke 6 ini. Walaupun pernah menjejakkan kaki ke sekolah sebelum ini semasa SBE ataupun “School Based Experience”, namun pengalaman kali ini lain daripada yang lain. Hal ini kerana saya amat tertarik dengan personaliti serta amalan-amalan yang disarankan oleh Puan Rosilawati, Guru Cemerlang di SK Bukit Indera Muda, Penanti yang amat berkarismatik ini. Beliau berpegang teguh pada amalan nilai-nilai murni dan berusaha untuk bergerak bersama-sama guru-guru lain bagi mencapai kecemerlangan dari segi kokurikulum dan kurikulum. Beliau juga bersikap amat positif sehingga mampu menarik minat murid yang tidak tahu membaca dan menulis agar memerah kudrat bagi meningkatkan pencapaian diri masing-masing.
ReplyDeleteMenurut Guru Cemerlang SK indera Muda ini iaitu Puan Rosilawati, ketekunan dan dedikasi yang mampu ditunjukkan oleh beliau ini berpunca daripada amalan iklas dan penyayang yang dipegang oleh beliau terhadap profesion keguruan ini. Beliau telah menasihati kami agar memberi penekanan terhadap keikhlasan sewaktu mengajar murid-murid iaitu mengajar dengan hati yang suci tanpa mengharapkan ganjaran daripada pihak sekolah ataupun ibubapa. Puan Rosilawati turut menyuruh kami supaya mengikhlaskan diri di dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang kita adakan dan sentiasa memperingatkan diri supaya berniat ikhlas untuk mendidik anak bangsa. Menurut beliau juga, guru perlu ikhlas menjalankan tugas untuk mencapai matlamat organisasi iaitu sekolah, dan bukannya kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain.
Puan Rosilawati turut menyatakan bahawa amalan penyayang memainkan peranan penting dalam membawa kejayaan sebagai guru cemerlang dalam hidup beliau. Melalui perhatian dan pengamatan saya sendiri, Puan Rosilawati ialah seorang yang kasih akan yang lain, pengasih, pencinta dan bersifat belas kasihan. Beliau amat bersifat keibuan dan melayan anak-anak muridnya seperti cahaya mata sendiri serta bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu, beliau menyarankan kami, bakal pendidik agar menyemai perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai serta mengambil berat ke atas anak murid.
Guru Cemerlang sebegini harus kita contohi kerana sudi berkhidmat tanpa mengira wang ringgit dan masa yang telah dihabiskan sebaliknya mengajar dan mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi. Saya berhasrat agar menyemai kedua-dua amalan nilai ikhlas dan penyayng dalam diri saya supaya mampu menjadi warga pendidik yang berkualiti dan berdedikasi seperti Puan Rosilawati.