Thursday, 15 November 2012

MESYUARAT LALUAN KERJAYA SISWAZAH EX-PPLD




Mesyuarat anjuran KGMMB ini berlangsung pada 10 November 2012 (Sabtu), di Pejabat KGMMB, Jalan Sentul, Kuala Lumpur. Bengkel dihadiri oleh wakil dari KGMMB, PGMPPS, Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak, Persatuan Pengetua Malaysia, Kesatuan Guru Cina Malaya dan Kongres. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohamed Sabri Mohd Arshad selaku Presiden KGMMB. Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat akan membincangkan permasalahan dan isu Siswazah Ex-PPLD kumpulan lantikan 1998 hingga 2007. Mereka merupakan golongan yang sering menerima nasib malang. Mereka dinafikan kenaikan pangkat sebagai Guru Besar. Gaji mereka juga lebih rendah daripada guru-guru DG32. Malah terdapat juga kumpulan yang menerima kenaikan lewat ke DG41. Setiap kejayaan meningkatkan gaji dan pangkat, guru-guru baru yang menikmatinya. Guru-guru yang terlepas bot terus tertinggal tanpa diganti dengan bot yang lain. Golongan ini merupakan guru yang bertungkus lumus belajar dengan wang sendiri. Mereka menyahut seruan kerajaan mendokong pembelajaran sepanjang hayat. Namun, selalu menerima nasib yang malang. Rumusan dari permasalahan yang ditimbulkan, mesyuarat mencadangkan:

- kenaikan pangkat Guru Besar terbuka kepada DG34 dan DG44.
- kumpulan guru yang terlibat (lantikan DG41 tahun 1998-2007) diberikan satu gred peningkatan.
- Ex-PPLD yang baru, dilantik sebagai PPPS DG42.
- senioriti 3 tahun ex-PPLD dipanjangkan sehingga DG54.
- data lengkap berkaitan guru terlibat akan diperolehi daripada EPRD.

Kertas kerja lengkap disediakan oleh Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak dan akan dimurnikan melibatkan kesatuan yang bergabung. KGMMB akan membawa kertas kerja lengkap kepada KPPM untuk dibentangkan sebelum 31 Disember 2012.

17 comments:

  1. Saya sangat berterima kasih dgn usaha dan kegigihan tuan-tuan memperjuangkan guru2 ex-PPLD 1998-2007...begitulah nasib saya...mula mengajar pada 1989, kemudian pada 2000, mengikuti program NPQH (National Profeional for Qualification Headships) di IAB Genting,...harap2 slepas tu dpt jadi GB....tidak jugak....kemudian melanjut palajaran di UPSI pd 2003-2005..kumpulan pertama ambilan Program Pensiswazahan Guru Besar...seramai 64 orang...saya sorang dr Sarawak & sorang dr Sabah....latikan sbg PPPS pd Sept. 2006...tapi malangnya..tidak jugak jadi GB....kemudian saya sambung lagi blajar kat UUM Sintok....ambik program Ijazah Pengurusan Pendidikan...konvo pd 2010.....tapi tidak jugak dpt jadi GB....apalah malangnya nasib.....skarang ni masih lagi berkhidmat sbg PKKK kat skolah rendah...DG44....
    ekian...untuk renungan bersama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap ex-PPPLD(dga 42)ini dapat mengembirakan warga golongan pendidik ini...aminnn

      Delete
    2. Insyaallah, satu masa nanti akan tercapai impian saudara. Apapun kita terus berusaha dan seronok serta ikhlas dengan kerja kita. Saya juga pernah kecewa dengan keadaan yang berlaku. Walaupun berjaya dalam perjuangan mengangkat martabat guru melalui kesatuan, namun tidak semua yang dikecapi. Biasanya guru-guru baru yang menikmatinya. Pesanan saya marilah kita jadikan kekurangan itu sebagai pembakar semangat untuk terus menjadi guru yang terbaik...

      Delete
  2. Orang yang mengejar-ngejar dunia,akhirat akan meninggalkan dia.Orang yang mengejar-ngejar akhirat,dunia akan menyusuli dia...insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Kita yg kerugian di bumi ini, mudah2an mengecapi habuan yg cukup berbaloi diakhirat kelak. Teruskan pejuangan kita walaupun tidak mendapat ganjaran setimpal spt mana guru junior. Kesilapan ini manusia yg cipta maka dpt diselesaikan cuma pihak yg berkenaan pandangnya sbg sesuatu yg berunsur nasib walhal tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg menjadi harap kita yg dikecewakan di muka bumi ini oleh manusia yg kurang perihatin/cekap. Semoga di akhirat nanti semuanya elok2 belaka.

      Delete
  4. Semoga guru2 exppld lantikan tahun 1998 - 2007 yg dilantik ke dg41 dan dg44 diberi laluan fast track dgn mengambilkira pengalaman di ppld utk membolehkan mereka dilantik dlm tempoh yg singkat ke dg48. Ini antara cara yg boleh mengurangkan kekecewaan mereka.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perjuangan ini...saya guru exppld lantikan dg 44 2006.... belum menggunakan exppld ke dg 48. Saya berkhidmat sudah 31 tahun 2013, 10 tahun di exppld dan 21 tahun di ppps siswazah....tolonglah saya untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah laluan exppld ke dg 52? exppld saya selama 10 tahun masih tidak dapat digunakan.

      Delete
  6. adakah laluan kenaikan dg 52 melalui exppld? saya rasa amat kecewa sehingga melemahkan motivasi kerja yang mana kita dulu sangat mementingkan kerjaya...

    ReplyDelete
  7. saya expold, dah rasa burnout n nk pencen dah ambil 58 tpi 55 nnti saya nk pencen dh....10 tahun exppld sya belum gunakan lagi

    ReplyDelete
  8. sungguh menakjubkan bahawa guru-guru dg 41 dan dg 44 tidak layak memegang jawatan guru besar manakala guru besar yang dg 32 dan dg34 masih dibolehkan memegang jawatan guru besar apabila mereka memerolehi ijazah

    ReplyDelete
  9. Saya guru exppld. Dalam exppld selama 12 tahun. Grad tahun 1999. Lantikan ke DG 44 dgn menggunakan formula 9+1 pada tahun 2008. Difahamkan saya tidak boleh menggunakan lagi baki 2 tahun untuk ke DG 48. Adilkah ini?

    ReplyDelete
  10. saya exppld juga amat kecewa kerana belum gunakan 7 tahun exppld ke DG52 dan akan bersara

    ReplyDelete
  11. saya juga agak kurang bernasib baik. tidak dapat menggunakan 9 tahun ppld ke dg52. namun masih mengharapkan agar nutp dapat perjuangkan. mudah-mudahan berjaya...Tq

    ReplyDelete
  12. Saya ex ppld amat kecewa setelah diberi kenaikan pangkat secara time based dg48 atas dasar matagaji 2002 p1t13 ditarik balik kerana tak cukup 12 tahun berkhidmat dalam siswazah. Hanya 10 tahun siswazah + 23 PPLD. Mana ada yang JPA cakap istimewa berbanding dgn fresh graduate.Jadi dg 48 14.1.2012 tu kepada 2017 kot sebab 2009 dg44.... sudah pencenla kalu gitu

    ReplyDelete
  13. Lantikan DG42 tahun 2015 bln 8 hanya d beri elaun memanggu sebanyak RM 225.00 tapi gaji pokok masih gred bkn siswazah.Mohon pencerahan tentang isu ini.

    ReplyDelete