Monday, 9 January 2012

Batu Uban: Bukti Pertapakan Melayu di Pulau Pinang



Francis Ligt dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab membuka Pulau Pinang pada tahun 1876. Kaum-kaum lain yang datang berhijrah pula dianggap membantu menyemarakkan lagi perkembangan kapitalisme di Pulau Pinang. Atas sebab itu sumbangan mereka dijulang dan segala yang berkaitan dengan mereka seperti kawasan (petempatan), bangunan dan tokoh dianggap warisan sejarah yang perlu disimpan malah diwartakan sebagai warisan sejarah yang diiktiraf oleh UNESCO.

Dalam waktu yang sama, pihak-pihak tertentu melupakan sejarah tempatan iaitu sejarah orang-orang Melayu yang membuka dan menetap di Pulau Pinang. Mereka meupakan penduduk Nusantara yang berhijrah mencari tempat yang sesuai untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mereka berhijrah dalam ruang tanah air mereka sendiri dan bertuankan raja yang menjadi penguasa kepada kawasan yang mereka diami.

Jika George Town diwartakan sebagai warisan sejarah, maka Batu Uban juga perlu diberikan taraf yang sama. Mengapa Batu Uban perlu diiktiraf sedemikian? Sejarah Batu Uban boleh menjelaskan perkara tersebut, iaitu:

1. Batu Uban dibuka oleh Nakhoda Nan Intan yang mengetuai sekumpulan peneroka dari Paya Kumbu, Sumatera pada awal tahun 1730-an, lebih awal kira-kira 56 tahun dari tarikh pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light..
2. Pembukaan Batu Uban merupakan kurniaan kawasan petempatan oleh penguasa sah Pulau Pinang iaitu Sultan Kedah. Pembukaan petempatan oleh para peneroka berlangsung dari tahun 1930-an hingga 1940-an.
3. Pembinaan Masjid Jamek Batu Uban menjadi bukti pertapakan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang. Masjid tersebut dibina oleh Nakhoda Nan Sebatang (Hj. Muhammad Salleh @ Maharaja Nan Intan Ibni al-Marhum Tengku Patih Nan Sebatang) pada tahun 1734.
4. Batu Uban menjadi pusat metropolitan yang menghubungkan Pulau Pinang dan Kedah dengan kawasan-kawasan lain di Sumatera, India dan Hadramaut.
5. Batu Uban merupakan pusat aktiviti bagi kawasan Gelugor dan sekitarnya, seterusnya menyumbang kepada perkembangan budaya dan ekonomi bagi kawasan Tanjung.


Maka, seharusnya fakta sejarah ini menjadi asas untuk menafikan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Ligt. Pulau Pinang merupakan milik Sultan Kedah yang diduduki oleh orang-orang Melayu, yang kemudiannya dibuka dengan seluas-luasnya kepada orang luar atas nama kapitalisme. Mereka mengaut keuntungan dengan rakusnya. Mereka juga menyempitkan ruang dan peluang kehidupan bagi orang-orang Melayu. Hingga kini pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menafikan sejarah orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Negeri yang berkembang maju ini seolah-olah bukan milik orang Melayu tetapi negeri yang diwujudkan oleh Inggeris dan dimajukan oleh golongan pemodal dan pendatang.

Atas alasan tersebut, pihak berkuasa, ahli-ahli politik dan NGO’s seharusnya sedar akan situasi yang berlaku. Kesilapan dan kealpaan terhadap sejarah asal negeri Pulau Pinang harus dihentikan. Pembangunan yang berlangsung atas nama keuntungan wang ringgit semata-mata sejak era penjajahan tidak harus berlaku lagi. Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan tapak pertapakan Melayu di Pulau Pinang tidak lenyap ditelan arus pembangunan. Kita juga tidak mahu sejarah orang-orang Melayu tenggelam ditelan oleh sejarah penjajah dan golongan lain.

5 comments:

  1. Sekarang nii Batu Uban penempatan orang Cina.Kalau berani orang Penang kena jumpa Agong mintak tuanku ambil balik Penang dan jadikan jajahan taklok negeri Kedah sebab undang-undang tersebut masih lagi termaktub selagi ada bulan dan bintang.Kalau tidak ia hanya tinggal sejarah sahaja dimana anak bangsa akan mengenangkan negerinya tiada lagi.Itulah nasib bangsa ku wahai doktor-doktor..

    ReplyDelete
  2. Geng-geng mamak dan mami dulu memang terdiri dari orang-orang kaya.Sejarah Pulau Pinang sebenarnya hanyalah suatu pulau tempat persinggahan kelasi kapal.Orang Kedah semasa tuu tak ambil peduli negeri dan tanah air sendiri.Negeri-negeri yang kuat dengan rasa keMelayuan ialah orang-orang Kelantan,Kedah dan Terengganu.Orang Perak dulu negerinya penuh hutan.Yang paling hulu ialah Selama.Dinegeri Kedah yang paling pedalaman ialah Ulu Banat.SEkarang dalam negeri Perlis.Orang Pahang masa tuu adalah para penghijrah dari Sulawesi (orang Bugis).Dari Perak ada yang datang dari Mandeleng,Batak dan SUmatera.Dari Johor kebanyakannya datang dari Sulawesi Selatan,Pulau Jawa,dan orang sungai sekitar Segamat,Yong Peng dan pesisir pantai Johor berasal dari Sabah atau Menado.Orangnya berani,degil dan bersatu padu.Orang sungai ada juga terdapat di Beluran,Sabah.Mereka banyak mengamal ilmu hitam.Lihat Kitab karangan Dr.Haron Din dan AMran KAsimin.Sekarang nii mami Penang cakap India bila orang-orang Cina asak mereka tak ada tempat nak berniaga lalu lari ke Sungai Petani,Kedah dan menetap ditaman perumahan.Jiran-jiran mereka yang baik ialah orang India.MAmi nii suka berkawan dengan India dari rakan mereka yang Islam.Ramai dikalangan mereka amat berpengaruh dan berada pada ketika itu dan terdiri dari ahli UMNO tetapi tidak mempertahan hak bangsa Melayu.Agaknya mami nii bukan Melayu....

    ReplyDelete
  3. Mengikut Frank Swettenhem orang Melayu ini suka hiburan,suka berhutang dan tak mudah bayar dan ada yang tak bayar langsung.Terutama pinjaman MARA.Yang ramai tak bayar ialah YB dan anak cucu mereka.Ada anak mereka yang jadi guru jadi degil dan assigment tak pernah siap.Sama samseng seperti ayah dan emak mereka.Tak amanah terhadap bangsa sendiri.Kalau betul amanah masakan ucapan Karpal Singh menidakkan agama Islam sebagai agama rasmi disiarkan dalam dalam TV3.Apalah salahnya jika orang Melayu dan beragama Islam serta pakai serban seperti Tok Guru Nik tidak disiarkan jika beliau bercakap tentang Islam.Apakah UMNO menolak Islam? Mengikut Mantan PM kita akan hilang maruah bangsa dan agama jika kita tidak bersatu kerana acuan penjajah,perabis duit rakyat,tidak amanah,tidak telus,amalan koroni dan memomokkan saluran politik dan agenda hiburan lebih-lebih dalam slot Jom Heboh berbanding dengan siaran agama,ilmiah,teknologi,ilmu dan fardhu kifayah tidak dikuasai.

    ReplyDelete
  4. Darling, you're just biased. Let's just face the fact that the heroes from every single historical truth which Malaysians are proud of must be malays and muslims. Sorry to pop your bubble but Yap Ah Loy and Hang Tuah are chinese. Just ask any historians who aren't Malays and muslims.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang Tuah are chinese???JOKE OF THE YEAR!!!LOL

      Delete