Thursday, 8 April 2010

Pembatalan/ Tundaan Program Cintai Alam Sekitar

Yang dikasihi para pelajar 2KS,
Program dibatalkan berikutan gempa bumi yang berlaku di negara jiran. Walaupun diumumkan tiada berlaku kejadian tsunami, namun dalam keadaan begini adalah lebih baik kita mengambil langkah berwaspada. Hasil perbincangan dengan KJ, keputusan dibuat supaya tarikh tersebut ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Apa yang anda faham dengan maksud tsunami dan mampukan manusia mengatasi atau menangani tsunami?

3 comments:

  1. oman&aiman- pada pendapat kami, tsunami pada amnya juga dikenali sebagai gelombang jahat. tsunami terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah pergerakan plat-plat tektonik bumi. Selain itu. gempa bumi yang terjadi di dasar laut turut menjadi penyebab berlakunya kejadian tsunami ini. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah, kerajaan hendaklah menambah zon penampam ombak. Kerajaan juga perlu mengekalkan zon penampam ombak semula jadi seperti hutan paya bakau bagi mengurangkan daya pukulan ombak.

    ReplyDelete
  2. Tsunami is a Japanese word with the English translation, "harbor wave." The phenomenon we call tsunami is a series of large waves of extremely long wavelength and period usually generated by a violent, impulsive undersea disturbance or activity near the coast or in the ocean. When a sudden displacement of a large volume of water occurs, or if the sea floor is suddenly raised or dropped by an earthquake, big tsunami waves can be formed by forces of gravity. Earthquakes, landslides, volcanic eruptions, explosions, and even the impact of cosmic bodies, such as meteorites, can generate tsunamis. Tsunamis can savagely attack coastlines, causing devastating property damage and loss of life.

    What should we do?

    1. If we are at home and hear there is a tsunami warning, we should make sure our entire family is aware of the tsunami. our family should evacuate our house if we live in a tsunami evacuation zone.

    2. If we are at the beach or near the ocean and we feel the earth shake, move immediately to higher ground. Do not wait for a tsunami warning to be announced.

    3. If we are on a ship or boat, do not return to port if we are at sea and a tsunami warning has been issued for our area. Tsunami can cause rapid changes in water level and unpredictable dangerous current in harbours and ports.

    ReplyDelete
  3. pok jak berpendapat bahawa:>



    Tsunami merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan".
    Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut (Tidal
    wave). Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar yang membawa
    kemusnahan kepada bangunan tepi pantai.
    Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan
    gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi dan
    bencana alam yang seiring dengannya seperti gelombang tsunami, bagaimanapun kita perlu
    tahu mengenai bencana alam memahami bumi dan alam sekitar kita. Di Indonesia, Pulau Jawa,
    pantai yang sering dilanda tsunami adalah pantai selatan Jawa Barat, Pantai Selatan Cilacap
    dan Pantai Selatan Jawa Timur. Sejak tahun 1990, Indonesia mencatat 15 kali bencana alam
    dilanda tsunami yang berlaku di sepanjang zone-mendak serta zone aktif seismik.
    Punca tsunami
    Ombak laut kebiasaannya di sebabkan oleh pergerakan angin yang menghasilkan ombak yang
    menghempas ke pantai. tetapi gelombang tsunami merupakan gelombang laut yang teramat
    kuat yang terhasil oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh bawah laut, gempa bumi, dan
    hentaman oleh asteroid atau komet pada permukaan laut.
    Gelombang tsunami mampu bergerak sejauh seribu batu merentasi lautan dan masih mampu
    menghancurkan bandar berhampiran laut, memusnahkan dan mengakibatkan kehilangan
    nyawa yang tidak terkira jumlahnya. Gelombang tsunami yang menyebabkan kehilangan jiwa
    paling ramai direkodkan berlaku selepas letupan gunung berapi Krakatoa pada tahun 1883.
    Dianggarkan seramai 36,000 people mati disebabkan letupan tersebut yang menghasilkan
    ombak setinggi 12 tingkat bangunan. Kebanyakannya disebabkan oleh ombak tsunami yang
    melanda perkampungan persisiran pantai, sejauh sehingga 120 kilometer dari gunung berapi
    Krakatoa di Selat Sunda Indonesia.
    Selain itu jiwa yang terkorban akibat tsunami di Indonesia adalah seperti berikut, 19 Ogos 1977
    tsunami di daerah Sumba mengorbankan seramai 189 nyawa. 12 Disember 1992 di daerah
    Flores, gelombang tsunami mengorbankan 2,100 nyawa dan pada 3 Jun 1994 bencana
    tsunami melandaa daerah Banyuwangi mengorbankan seramai 208 orang.
    Hentaman komet atau asteroid juga mampu menyebabkan tsunami gergasi. Walaupun tiada
    sesiapa pernah melihatnya, simulasi komputer menunjukkan bahawa gelombang tsunami
    gergasi yang mampu menghapuskan pencakar langit Manhattan boleh dan sudah tentunya
    pernah berlaku pada masa lalu.
    Pakar sains di Los Alamos National Laboratory di New Mexico menjangkakan bahawa
    sekiranya asteroid sebesar tiga batu lebar menghentam pertengahan lautan Atlantik,
    gelombang tsunami akan menengelamkan Pantai Barat atas sehingga Pergunungan
    Appalachian dan menengelamkan persisiran Perancis dan Portugis.

    ReplyDelete