Pada 18 Mei 2014 (Ahad), bermula jam 9.00 pagi, di Dewan Kuliah A, Blok Akademik Baru, IPG Kampus Pulau Pinang berlangsung Mesyuarat Agung Tritahunan KGMMB Cawangan Pulau Pinang dan Dwitahunan PGMPPS. Seramai 160 orang ahli hadir untuk melaksanakan tugas sebagai anggota kesatuan/persatuan. Tuan Haji Jamaluddin Jali, Timbalan Presiden KGMMB hadir menyempurnakan majlis perasmian mesyuarat dan menyampaikan sijil kepada Ahli Jawatankuasa Sesi 2012-14. Tidak ketinggalan Fawzy Agency dijemput menyampaikan ceramah berkaitan produk insuran. Sejurus selesai menyampaikan taklimat, Tuan Haji Fawzy menyampaikan cek bernilai RM34,293.00 kepada suami pencarum yang telah kembali ke rahmatullah. Beliau juga menyampaikan cek sumbangan Fawzy Agency bernilai RM1000.00 kepada PGMPPS.
Sunday, 18 May 2014
Saturday, 17 May 2014
TEMURAMAH UNTUK BIOGRAFI TUN ABDUL RAHMAN ABBAS
Dalam usaha mengumpul bahan dan sumber untuk penulisan Biografi TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Haji Abbas, satu temuramah dijalankan ke atas Y.Bhg. Dato' Jamaludin Omar atau lebih dikenali sebagai Pak Tam. Temuramah itu berlangsung pada 17 Mei 2014 (Sabtu), bermula jam 3.00 petang di teratak beliau di Kampung Paya Keladi. Prof. Madya Datin Dr. Mahani Musa dan En. Roslan Saadon berkunjung ke rumah Pak Tam untuk menjalankan temuramah. Soalan berkisar kepada hubungan Pak Tam dengan TYT Tun dan sejarah kegiatan politik TYT Tun sejak dari tahun 1970-an. Turut sama dalam temuramah tersebut ialah Cik Fatiha, pelajar Ijazah Sarjana yang bertindak selaku pembantu Dr.Mahani.
Thursday, 15 May 2014
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2014
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan berlangsung di PWTC bermula 14 hingga 16 Mei 2014. Wilayah Persekutuan menjadi tuan rumah. Pelbagai aktiviti djalankan seperti Pameran Seni Visual, Pameran Pendidikan, Senamrobik Hari Guru dan Forum Hari Guru. Majlis Jawatankuasa Agung KGMMB yang diketuai oleh Tn. Hj. Jamaludin Jali menghadiri majlis tersebut.
Wednesday, 14 May 2014
MESYUARAT MAJLIS JAWATANKUASA AGUNG KALI KE-6 SESI 2012-14
Mesyuarat berlangsung pada 14 Mei 2014 (Rabu), jam 4.00 petang di Bilik Mesyuarat KGMMB, Jalan Sentul, Kuala Lumpur. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj. Jamaluddin bin Jali, Naib Presiden KGMMB. Wakil daripada 17 Cawangan hadir membincangkan beberapa perkara antaranya Mesyuarat Agung Cawangan, Mesyuarat Agung Perwakilan KGMMB, Hotel Budget KGMMB, Isu-isu Perjawatan dan sebagainya.
Tuesday, 6 May 2014
KURSUS CPD GURU DG41 DAERAH BARAT DAYA
Kursus CPD Guru DG41 Daerah Barat Daya berlangsung di Sekolah Maahad al-Mashor al-Islami, Balik Pulau dari 5 hingga 9 Mei 2014. Seramai 54 orang guru muda yang sudah berkhidmat sekitar empat hingga enam tahun terlibat dalam kursus ini. Pensyarah IPGKPP yang terlibat memberi ceramah dalam kursus ini ialah En. Jamal Mohamed Abdul Rahman (Setiausaha Akademik), En. Salahuddin Haron (kaunselor), Tn. Hj. Md. Nasir Yusof, Pn. Teh Kim Hong, En. Mior Shaharuddin Mior Abu Bakar, Dr. Tan Huat Tian dan En. Faizul Hasmi Abu Hasan. En. Roslan Saadon terlibat pada hari kedua, menyampaikan ceramah bertajuk Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran. Pn. Junaidah dari unit LDP bertindak selaku urusetia kursus.
Bicarawara Kemenjadian Pensyarah Cemerlang
Bicarawara Kemenjadian Pensyarah Cemerlang
anjuran Persatuan Pensyarah IPGKPP (Klasik) berlangsung pada 5 Mei 2014
(Isnin), jam 2.30 petang di Dewan Persidangan. Forum menampilkan dua orang ahli
panel iaitu En. Hong Kim Guan dan En. Che Yusof Che Hassan. Forum
dipengerusikan oleh En. Roslan Saadon selaku moderator. Forum
membicarakan cara-cara menjadi pensyarah cemerlang melalui perkongsian
pengalaman para panel jemputan. Bagi menghidupkan suasana, bicarawara
dijalankan melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh moderator, soalan
peserta dan perkongsian pengalaman daripada beberapa orang peserta yang juga
merupakan pensyarah cemerlang. Mereka yang berkongsi pengalaman antaranya Dr.
Khoo Bee Lee, Dr. Tan Huat Tian, Dr. Parvinder Singh, Dr. Toh Lai Chee, Pn.
Malar Arasi dan En. Muhaiyuddin. Pada sesi akhir majlis, En. Mohd Mashor
Mustapa, Presiden Klasik menyampaikan cenderamata kepada ahli panel dan
moderator. Sesungguhnya, usaha Klasik ini memberikan sedikit sebanyak
pengetahuan dan pedoman kepada pensyarah memikirkan peluang kenaikan pangkat
secara fast track melalui
pensyarah cemerlang.
Subscribe to:
Posts (Atom)