Thursday, 29 August 2013

PROGRAM WAKIL SEKOLAH KGMMB PULAU PINANG


Seramai 70 orang guru hadir mengikuti Program Wakil Sekolah KGMMB pada 25 Ogos 2013, bermula jam 2.00 petang di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang. Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj. Jamaluddin Jali, Timbalan Presiden KGMMB. Program dimulakan dengan tayangan montage "Perjuangan KGMMB", diikuti dengan ucapan dan perasmian Timbalan Presiden KGMMB dan seterusnya taklimat daripada Fawzy Agency. Majlis diakhiri dengan dialog antara peserta dengan Timbalan Presiden dan Jawatankuasa KGMMB Negeri. Perjumpaan ini bertujuan membekalkan para wakil sekolah dengan pelbagai maklumat berkaitan KGMMB. Mereka juga didedahkan dengan peranan mereka sebagai wakil sekolah yang perlu memainkan fungsi sebagai orang tengah antara KGMMB dengan guru-guru di sekolah. Mereka juga diminta membantu KGMMB mencari keahlian baru. Program ini berakhir pada pukul 4.45 petang. Tn. Hj. Fawzy dari Fawzy Agency berbesar hati menyumbang sebanyak RM1000.00 kepada KGMMB Pulau Pinang bagi menjayakan program tersebut.





KURSUS DALAMAN JU CPD PENSYARAH IPG KAMPUS PULAU PINANG

Kursus yang diadakan ini bertujuan untuk mendedahkan pensyarah dengan modul Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) sebagai persediaan untuk menjadi JU bagi Kursus Pembangunan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41. Kursus berlangsung selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Ogos 2013 di Bilik Persekutuan 1, Blok Beringin, IPG Kampus Pulau Pinang. Seramai 32 orang pensyarah terlibat dalam kursus itu dan dilatih oleh 13 orang fasilitator. Kursus tersebut dikendalikan oleh Setiausaha Akademik dengan kerjasama Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,IPG Kampus Pulau Pinang.

KURSUS JU CPD

Seramai 15 orang pensyarah IPG Kampus Pulau Pinang diketuai oleh En. Jamal Mohamed Abdul Rahman, SUA Akademik terlibat dalam satu kursus yang berlangsung di Hotel Georgetown City, Pulau Pinang bermula 19 hingga 22 Ogos 2013. Kursus Pembangunan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) Gred DG41 itu melibatkan para pensyarah Zon Utara - IPG Kampus Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Halim, Kampus Darul Aman, Kampus Perlis dan Kampus Pulau Pinang. Para pensyarah dilatih untuk menjadi Jurulatih Utama (JU) bagi menjalankan kursus kepada guru-guru DG41 Zon Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) yang akan dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran setiap negeri terlibat bermula pada 3 September 2013 hingga penghujung November 2013. Setiap kursus akan berlangsung selama 5 hari melibatkan guru-guru DG41 yang telah mengajar antara 3 hingga 5 tahun.