Para pelajar 1KSBM yang dikasihi,
Dewasa kini terlalu banyak isu yang timbul dan mampu menggugat perpaduan negara. Isu-isu yang sering ditimbulkan adalah hak keistimewaan Orang-orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam, sistem quota dan sebagainya. Perpaduan amat penting bagi menjamin keamanan dan kemakmuran negara. Dalam menangani masalah tersebut, pendididan Sejarah dikatakan mampu memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat terutama para pelajar. Tugasan anda untuk 17.8.09 ialah:
Soalan:
Buktikan Pendidikan Sejarah mampu membentuk masyarakat Malaysia yang saling hormat menghormati, bertoleransi dan harmonis.
Langkah Tugasan:
1) Bentuk 4 kumpulan ( 5 - 6 orang sekumpulan )
2) Bincang soalan dalam kumpulan
3) Dapatan perbincangan dimasukkan dalam blog ini.
4) Saya akan semak pada malam 17.8.09
Sekian, terima kasih.
Friday, 14 August 2009
LAGU PERPADUAN
Para pelajar 3 KSBM yang dikasihi,
Sebagai sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum, perpaduan amat penting bagi meneruskan kelangsungan hidup yang aman, makmur dan harmonis. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru, kita diperkenalkan dengan slogan "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Slogan tersebut merupakan satu gagasan besar bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan harmonis melalui peranan semua pihak. Sebagai pelajar apakah peranan anda? INILAH TUGASAN ANDA.
Mengikut kumpulan biasa 1, 2, 3 & 4, reka sebuah lagu yang bertemakan perpaduan di Malaysia. Gunakan masa ketiadaan saya untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sekurang-kurangnya beberapa rangkap liriknya dapat saya baca dalam blog ini pada 18.8.09 dan pada 20.8.09 liriknya sudah lengkap di dalam blog saya. Lagunya akan didengar dalam perjumpaan seterusnya. Sekian, terima kasih.

Sunday, 9 August 2009
Khemah dan Peralatan
Pelajar 3KSBM yang dikasihi.
Pastikan peralatan dipinjam dibersihkan, dilipat rapi dan kemas sebelum dipulangkan. Kita meminjam barang orang dan sewajarnya kita menghargainya dan buat apa yang patut.
Pastikan peralatan dipinjam dibersihkan, dilipat rapi dan kemas sebelum dipulangkan. Kita meminjam barang orang dan sewajarnya kita menghargainya dan buat apa yang patut.
Program Cintailah Alam Sekitar
Assalamualikum.Para pelajar 3KSBM yang dikasihi sekalian. Program 2 hari satu malam di Pantai Karachut amat mencabar terutamanya kerana terpaksa berjalan selama 2 jam pergi dan balik. Aktiviti tersebut menguji ketahanan fizikal dan mental. Sesetengah pelajar boleh menghadapinya dengan hati yang tabah dan tenang, sesetengahnya pula kelihatan kurang selesa dengan keadaan tersebut. Mungkin anda sudah biasa dengan keselesaan? Anda kurang mengikuti kegiatan bersukan dan rekreasi lasak. Walaupun ada yang membebel dan masam mukanya seperti cuka, tapi cikgu amat berharap program memberikan banyak impak yang positif. Berikan komen dan pandangan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)